NAJIB, MUHYIDDIN & MAHATHIR PENING KEPALA?


Isu Kuota

Beberapa jam sahaja lagi, Najib akan ditabalkan sebagai Presiden UMNO yang sah bagi menggantikan Abdullah Badawi. Najib telah menang tanpa bertanding kerana lawannya, Ku Li gagal mendapat pencalonan yang diperlukan.

Ketika merasmikan perhimpunan wanita, pemuda dan puteri UMNO, Najib mencadangkan agar sistem kuota dihapuskan. Pada beliau, sudah tiba masanya barisan kepimpinan UMNO ditentukan sendiri oleh 3 juta ahlinya. Menurutnya lagi, dengan mengkaji semula sistem kuota itu, amalan salahlaku politik seperti rasuah boleh dihapuskan.

Pada pendapat saya, cadangan itu sudah terlambat untuk dilaksanakan. Sepatutnya, sistem kuota itu sudah pun dihapuskan sebelum pemilihan kali ini. Jika itu dapat dilakukan, mungkin hari ini perwakilan UMNO akan menentukan samada Najib, Ku Li atau juga calon lain yang lebih layak menggantikan Abdullah Badawi. Bila cadangan itu dibuat setelah kemenangan Najib dijamin, ianya sekadar satu tindakan populis Najib.

Isu PPSMI

Pendirian Najib mahu meneruskan perlaksanaan PPSMI sudah dapat dijangka. Najib dilihat tidak mahu berkonfrontasi dengan Tun Mahathir kerana beliau amat memerlukan sokongan Tun yang sebelum ini begitu lantang mengkritik Abdullah Badawi.

Sebelum ini pun, Najib sudah membatalkan pembinaan LCCT di Labu kerana mendapat tentangan dari Tun Mahathir. Malah, saranan Tun agar LCCT baru dibina di sayap KLIA telah diterima oleh Najib.

Semalam, usul perwakilan wanita UMNO untuk menghapuskan terus perlaksanaan PPSMI menarik perhatian ramai. Usul itu jelas tidak selari dengan kehendak Najib dan ianya seolah-olah memberikan petunjuk awal yang kepimpinan Najib belum lagi mendapat sokongan yang menyeluruh daripada perwakilan UMNO.

Kemenangan Khairy

Najib mahukan pemimpin yang ‘berani berubah’. Pemimpin yang dimaksudkannya itu adalah Mukhriz. Ternyata perwakilan pemuda tidak menghiraukan permintaan Najib dan memberikan kemenangan kepada Khairy Jamaludin.

Kemenangan Khairy memberikan tamparan hebat kepada Najib dan Tun Mahathir. Malah ketika pengumuman dibuat malam tadi, penyokong Mukhriz ternyata begitu kecewa sehingga berlaku perang mulut dan ejek-mengejek di lobi dewan. Jika penyokong Khir dan Mukhriz berterusan tidak dapat menerima kemenangan Khairy, berkemungkinan besar UMNO akan terus bergolak.

Selepas ini, Najib akan berhadapan dengan Khairy yang mewakili regu Pak Lah. Mahu atau tidak mahu, Najib perlu memberikan kerusi kabinet kepada Khairy. Apakah kementerian yang bakal diterajui oleh Khairy? Mungkinkah Kementerian Belia dan Sukan?

Pemerhati politik sedang menantikan komen dari Tun Mahathir mengenai kemenangan Khairy. Apakah yang diperkatakan oleh Tun? Jika komen yang diberikan itu sesuatu yang bersifat negatif, Najib juga akan terkena lumpurnya.

Kebangkitan orang Abdullah

Kekalahan Rafidah dan Mukhriz adalah petanda perwakilan UMNO mahukan Najib keluar dari kepompong Mahathirisme. Shahrizat dan Khairy adalah orang Abdullah dan sudah tentu, kedua-duanya akan cuba mengekalkan pengaruh Abdullah Badawi dalam era pentadbiran Najib.

Hari ini, perwakilan UMNO akan menentukan pula nasib Muhyiddin, calon pilihan Najib yang digelar ‘berani menegur’. Dalam jangkaan ramai pihak, Mat Taib boleh mengalahkan Muhyiddin jika momentum semalam masih berterusan hari ini. Penyokong Ali Rustam yang kecewa dengan tindakan Lembaga Displin UMNO sudah bersedia untuk memalukan pilihan Najib.

Kini, sudah ada suara-suara yang berkata, “bukan UMNO yang akan rebah jika UMNO tidak mahu berubah tapi Najib yang akan rebah jika Najib tidak mahu mengalah!”.


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. Kekalahan Mukhriz adalah merupakan satu isyarat kepada Mahathir bahawasanya ahli UMNO telah menolaknya.Kemenangan Khairy pula petanda wujudnya di sudut hati kecil ahli UMNO bahawasanya Anwar Ibrahim masih mereka sayangi.Sebab kempen untuk menang jawatan ini pastinya ada isu Khairy menolong Anwar Ibrahim untuk mendapatkan visa/passport ke Jerman untuk mendapatkan rawatan.Yang membenci Anwar Ibrahim hanya kuncu-kuncu Mahathir,Najid dan Hishamudin demi mencapai matlamat tersembunyi mereka.

    ReplyDelete
  2. masih ada jugak orang2 dalam umno yang prihatin dengan masalah anak melayu bila usulkan tolak ppsmi.

    ReplyDelete
  3. Saya tidak pasti adakah ia satu kebetulan atau tidak, tapi semua Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri UMNO yang baru sebenarnya ialah orang nombor dua (Naib) dalam pertubuhan itu.

    Adakah ini merupakan satu ciri budaya UMNO, di mana orang nombor dua itu nampaknya diberi perhatian dan sokongan untuk naik ke atas?

    ReplyDelete
  4. Kini, sudah ada suara-suara yang berkata, “bukan UMNO yang akan rebah jika UMNO tidak mahu berubah tapi Najib yang akan rebah jika Najib tidak mahu mengalah!”.

    Rasa2 macam betul je kenyataan itu

    ReplyDelete
  5. Ingat Tun M. ada syarat-syaratnya sekiranya ingin beliau kembali ke UMNO. Apakah syaratnya???

    ReplyDelete
  6. Sy telah menjangkakan kemenangan KJ, bkn kerna dia menantu Pak Lah tapi kerna Mukhriz dan Khir Toyo masih didalam politik mahathirisme.

    Yg dah pencen sepatutnya berehat je.

    ReplyDelete
  7. Khairy Jamaluddin (budak kanyiaq) patot duduk belajar,bukan menentang....kerana khairy menantu pak lah,harap mahathir dapat masuk semula umno,dan tentang habis habisan khairy dan pak lah.....hidup TUN

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.