Ulasan Pakar Undang-Undang Negara, Dr. Abdul Aziz Bari [kat sini] salah!
Ulasan Hisham Tukar Tiub [kat sini] salah!
Ulasan MSO [kat sini] salah!
Ulasan Bekas Pengerusi SPR [kat sini] pun salah!
Ulasan saya [kat sini], hampir nak betul tapi salah! Kira salah jugak lah..
Ulasan saya yang hampir betul dalam posting itu :
“3) Meminta 2 bekas ADUN PKR itu mengaku masih lagi ahli PKR sehingga keputusan kes rasuah mereka diputuskan oleh mahkamah. Jika kedua-duanya didapati bersalah, UMNO mempunyai modal untuk berkempen dalam pilihanraya kecil.”
Ulasan saya yang salah dalam posting itu :
“Kalau 2 bekas ADUN tu bawa kes surat ini ke mahkamah, macam mana?
Mereka akan kalah kerana mereka sendiri yang menandatangani surat tanpa bertarikh itu. Melainkan kalau khidmat hakim HACKS digunakan dalam perbicaraan itu.
Jika hujah “perlembagaan membenarkan rakyat untuk bebas berpersatuan” digunakan, ianya tidak relevan kerana mereka sendiri yang bersetuju dengan butiran surat itu. Tiada siapa yang memaksa dan tiada siapa yang dipaksa dalam kes ini. Tandatangan diturunkan atas kerelaan sendiri. Kalau mereka tidak rela, kenapa mereka tidak membantah sejak Mac 2008 dahulu?”
****************
Nampak gayanya, bukan mahkamah yang tentukan status perletakan jawatan 2 bekas ADUN PKR itu tapi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) semacam mengambil-alih tugas mahkamah.
Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, Pengerusi SPR mengumumkan:
“SPR dengan ini memaklumkan wujud keraguan terhadap surat-surat peletakan jawatan oleh penyandang kerusi berkenaan yang telah dikemukakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri,"
Biasanya hakim di mahkamah yang biasa berkata “wujud keraguan munasabah”. Tetapi hari ini, satu lagi sejarah baru dicatatkan, SPR pula yang berkata “wujud keraguan”. Cuma tidak ada perkataan munasabah sahaja. Kalau tidak, dah sebiji macam keputusan mahkamah.
Kata Pengerusi SPR lagi,
“ADUN boleh letak jawatan dan menulis kepada Speaker dan memanglah peraturannya Speaker menulis kepada SPR memaklumkan keadaan itu, bukan mengisytiharkan kerusi itu kosong,"
Kelihatannya, kata Pengerusi SPR itu bertentangan dengan kenyataan bekas speaker DUN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah [di sini] yang menyebut:
Dalam soal mengisytiharkan atau menentukan sama ada sesuatu kerusi itu kosong atau tidak, speaker mempunyai kuasa mutlak untuk memutus dan memaklumkannya kepada pihak SPR.
Katanya, pihak SPR hanya menerima pemakluman dari speaker sahaja sebagai pihak yang berautoriti.
"Dalam soal ini, kuasa speaker lebih besar daripada kuasa seorang Menteri Besar atau Perdana Menteri sendiri dan kaedah ini menurut perlembagaan dan akta SPR," jelas beliau.
Soalan yang sedang bermain dalam kepala saya sekarang ini adalah :
Adakah Najib dapat talian hayat baru?
hmmm... nampaknya SPR telah mendahului makamah. Teserlah sudah kepada kita belang SPR.
ReplyDeleteSalah lagi SPR?.
ReplyDeleteSPR agaknya menambah kecelaruan, bukan menyelesaikan masalah.
ReplyDeleteAapa pula tindakan MB dan Speaker DUN Perak selepas ini?
Salam Aflah,
ReplyDeleteDari dulu dikatakan SPR menjadi Agen Kerajaan, memangpun sebab gaji mereka pun dibayar kerajaan,mestilah kena ikut kerajaan.
Soalnya sekarang SPR lebih besar kuasanya sebab itu ia mampu mengenepikan PERKENAN SULTAN PERAK. Mana dia panglima, pangenam,pangtujuh, panglapan dan pangsembilan UMNO yang mengaku hak kedaulatan raja mereka? Mana pi habih ni????
Bila SPR yang menyanggah PERKENAN SULTAN PERAK yang mike daulatkan, takder pula yang hendak marah kepada SPR tu...
thx!
p/s: harap kenyataan Raja Dr. Nazrin Shah tidak sekadar retorik bila menyatakan tentang raja yang tak boleh berpatisan, kerana ada pemerintah diraja negeri tertentu yang memang nampak sangat partisan mereka.Moga para baginda ambil iktibar.....
Nur,mereka ngaku ahli pkr sebab mereka tak boleh nak lompat ke umno lagi.
ReplyDeletemereka tak leh lompat kerana jawatan adun mereka di'letak'kan.
Umno mahukan kerusi mereka.
sekarang dah boleh melompat,atau jadikan tiket bebas sebagai batu loncatan sementara menunggu seorang lagi nak melompat(jika ada)ke umno.
3 orang baru ada makna.
as far we are concern(PR),yang penting jawatan adun mereka dilucutkan supaya ada prk baru supaya kita dapat mengganntikan tempat mereka dengan calon adun baru yang boleh diharap.
cara nak lucut tak kesah:
1)mahkamah lucutkan kerana kesalahan rasuah,bagus,lagi cepat lagi bagus.
2)mereka sendiri letak jawatan ,lagi bagus,ada dignity.
on the umno side,as long dapat kerusi itu sudah.
by hook or by crook.
DI SABAH, PTI diberikan Kad Pengenalan Sementara untuk membolehkan mereka mengundi.Dari dulu nhingga sekarang dan mungkin selamanya kalau UMNO jadi pemerintah, SPR tidak mungkin sebuah Suruhanjaya yang bebas. Orang UMNO macam Bungaraya ni bukannya tak tahu tetapi membuta tuli menyokong Parti untuk kepentingan diri.
ReplyDeleteMengikut kenyataan Karpal Singh dalam akhbar hari ini (4 Feb.2009), Mahkamah telah memutuskan pada tahun 1982, bahawa surat perletakan jawatan tanpa tarikh seperti yang melibatkan dua ADUN Peraki tu adalah tidak sah. SPR mungkin berpegang pada keputusan mahkamah ini. Dengan itu, keputusan SPR sukar untuk disanggah.
ReplyDeleteGood thoughts.
ReplyDeleteI link your blog. Check out mine. =)
Ulasan saya tentang perak di sini
ReplyDeletejenayah BESAR terhadap PERAK
Satu sadiwara politk yang memaparkan pemainan politk yang kotor dan licik.
ReplyDeleteWhat goes around comes around. DSAI invented the same strategy in the aborted 9/16 for trying to wrest the government from BN. Now the opponent used the same invention to take Perak. Dirty it is, but it is the same game played by both sides.
ReplyDeleteDSAI is now taking the people to the street to protest. A mammoth gahthering is planned to show force. This strategy is not used by Najib yet. If Najib is also taking people to the street, it may turn very ugly and it will have a very serious consequences.
The best policy is to outlaw hopping and call for a fresh by-election. Other options and analysis are just petty and total waste of time.
Salam,
ReplyDeleteChekdee maseh dengan pendirian ..."tak sukakan Najib dan tak sukakan rosmah"
Hmmm..... apa akan jadi ya.... apabila Malaysia diperintah oleh orang yang SALAH...... hmmmm
salam...
ReplyDeleteha ha ha, tu baru intro, prelude baru...belum full blow lagi, pasni tak taulah...ha ha ha
Salam,
ReplyDeleteMana hilangnya AFLAH??? Ada masalah ke? harap tak kena ISA....
Tunggu PR dapat balik PERAK baru nak komen ke?
Salam,
ReplyDeleteKrisis dan kecelaruan dalam politik Perak mungkin dapat dihindarkan jika DUN dibubarkan dan satu pilihan baru diadakan. Dengan itu, akan dapat ditentukan parti manakah yang betul-betul mendapat sokongan rakyat.
Sayangnya hal itu telah tidak dilakukan.
Kalau SPR yang salah, saman je le dalam mahkamah.. puncanya kat sini.. yang nak pegi saman sultan tu buat apa.. TAKDE SAPA PUN NAK SAMAN SPR KENAPA.. DAH TAHU SURAT TU SALAH KE.. TAPI APA SALAHNYA CUBA LAGI.. KALAU MENANG.. LAIN KALI BOLEH PAKAI SURAT YANG ADA TANDA TANGAN SAJA... LAGI BAGUS.. BOLEH TULIS APA SAJA BILA KEADAAN MEMERLUKAN..
ReplyDelete