LIHAT SAJA KEPUTUSAN RAKYAT NANTI…


Bila Anwar Ibrahim merancang untuk menggulingkan kerajaan BN melalui acara lompat parti, saya lebih tidak bersetuju daripada bersetuju.

Alasan saya mudah. Jika misi itu berjaya, kerajaan yang bakal dipimpin oleh Anwar itu adalah kerajaan yang lemah dan boleh tumbang pada bila-bila masa. [Anda boleh baca di sini].

Apa yang saya gambarkan itu sudah pun berlaku di Perak. Penyokong Pakatan tentunya tidak pernah menyangka yang kerajaan Pakatan Rakyat di Perak boleh tumbang sekelip mata. Lebih-lebih lagi bila melihat kepada kemampuan Kerajaan Kelantan yang boleh bertahan dari tahun 2004-2008 dengan majoriti 1 kerusi.

Biarpun sebab-musabab kejatuhan itu sedang hebat diperdebatkan, namun itulah risikonya bila sesebuah kerajaan itu hanya dapat ditubuhkan melalui majoriti mudah yang sangat tipis.

Kenyataannya, kegawatan politik yang berlaku di Perak kini adalah disebabkan oleh permainan orang politik yang bijak menggunakan ‘kebocoran’ yang terdapat dalam sistem demokrasi di Malaysia.

Kerana keadaan kelam-kabut, maka peraturan dicipta. Dan kerana peraturan juga, kelam-kabut boleh dicipta. Ertinya, selagi peraturan itu dipaksi dan dilahirkan daripada pemikiran manusia, maka peraturan itu tidak akan sempurna sifatnya. Melainkan peraturan yang telah ditetapkan dan datang daripadaNya.

Lihat saja apa yang berlaku di Perak kini. Kerana peraturan yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, maka kerajaan Pakatan Rakyat tetap mengaku yang mereka masih lagi kerajaan yang sah dan Kerajaan BN pula tetap mempertahankan tindakan mereka. Masing-masing ada hujah masing-masing untuk membenarkan tindakan masing-masing.

Apapun, perkara yang lebih utama kini bukannya hujah dari pimpinan Pakatan ataupun pimpinan BN tapi hujah dari rakyat yang amat penting sekali. Apa yang rakyat fikir dan hujahkan kini akan dijelmakan dalam bentuk keputusan ketika pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau nanti.

Jika rakyat terus menolak BN, ertinya BN perlu mengakui kesilapan mereka di Perak dan jika rakyat memilih untuk menolak Pakatan, maka Pakatan perlu mengakui kesilapan mereka di Perak.

Sebagai pemerhati dan peminat politik, saya berasa gembira dengan apa yang telah berlaku di Perak. Krisis yang berlaku di Perak ini akan menjadi ‘kelas terbuka’ untuk pengundi generasi baru seperti saya memahami prinsip & strategi para politikus, amalan perundangan dan perlembagaan serta halatuju politik Malaysia di masa hadapan.

Yang lebih menarik nanti, PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan menjadi mahkamah terbuka untuk rakyat menilai tindak-tanduk Pakatan dan Barisan Nasional di Perak.


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. selamat berjumpa kembali

    Apa yang berlaku sekarang bukannya rakyat menolak BN khususnya UMNO.Rakyat sebenarnya kecewa bila melihat BN semakin angkuh tidak mahu mendengar rintihan rakyat seperti isu kenaikan harga petrol dan barangan yang mendadak, isu pinjaman PPTN,tol dan lain-lain.UMNO juga mengalami kekalahan yang teruk kerana berlakunya undi protes dari orang BN sendiri.Menyentuh tentang PRK di Bukit Gantang dan Bukit Selambau berdasrkan situasi semasa saya meramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang dan calun bebas akan menang di Bukit Selambau.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Akhirnya dikau kembali yer...

    tahniah!

    ReplyDelete
  3. Salam, terima kasih atas sokongan Uncle Fital dan En Perfectwater.. :-)

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.