ULASAN AGENDA DAILY TENTANG ANWAR
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerap guna pelbagai cerita untuk tarik simpati atau tunjuk dirinya hebat bila berceramah atau kempen.
Di Kuala Terengganu malam Rabu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau tidak dapat bersama-sama dalam perarakan mengiringi calon PAS ketika proses penamaan calon pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu kerana berada di luar negara.
Katanya, beliau bukanlah orang besar dalam isu perang Israel – Palestin tetapi berada di Ankara, Turki sebagai menyatakan sokongan terhadap umat Islam di Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Israel.
Dengan nada sedih berbaur bangga, Anwar berkata beliau di situ kerana mahu menghubungi beberapa pemimpin negara-negara Islam termasuk pemimpin Hamas di Gaza bagi berkongsi kesedihan terhadap peperangan yang dilakukan Israel terhadap Gaza di bumi Palestin.
Maka terpukaulah lebih 20 ribu penyokong PAS, PKR dan sebilangan DAP yang di depan pentas mendegar betapa prihatinnya Anwar terhadap rakyat Islam di Gaza malah ahli parlimen Permatang Pauh itu dua tiga kali mengulangi cerita beliau menghubungi pemimpin di beberapa negara Islam.
Walaupun cerita Anwar menarik dan mengundang simpati tetapi penasihat PKR itu terlupa satu perkara besar atau barangkali beliau buat-buat lupa.
Umum mengetahui Anwar memang ada hubungan rapat dengan Amerika malah negara itu kerap kali mengkritik undang-undang negara ini yang mahu membicarakan Anwar dalam kes tuduhan liwat bukan sahaja dalam kes terbaru malah yang terdahulu.
Umum juga tahu Amerika adalah sekutu rapat Israel dan negara yang masih dipimpin Presiden George Bush terus menyokong serangan yang dilakukan rejim Zionis itu terhadap penduduk Islam di Palestin.
Timbul tanda tanya, kenapa Anwar tidak menghubungi rakan-rakannya di Amerika terutama Bush meminta negara itu mengarahkan Israel berhenti membedil dan membunuh penduduk di Gaza?.
Inilah yang pelik. Dalam ceramah hampir satu jam itu, Anwar langsung tidak menyebut soal Amerika sebaliknya berputar-putar cerita bagi menagih perhatian orang ramai yang mendengar ceramahnya itu.
Malangnya Agendadaily tidak dapat bertanya soal itu kepada beliau. Jika tidak pasti Agendadaily akan terus kena balun dengan Anwar seperti kerap berlaku dalam sidang media beliau di pejabat PKR.
Itulah Anwar yang pandai menagih simpati rakyat dengan cerita yang rakyat hendak dengar walaupun skripnya ada kala bercelaru dan ada kala tidak logik macam cerita pelan 16 September.
Secara sinis Anwar seoalah-olah mengambarkan UMNO juga zalim seperti Israel.
Di pentas PAS malam tadi juga Anwar berputar-putar soal hukum Hudud dengan mengatakan DAP dan pemimpin bukan Islam dalam PKR bukan pertikai hukum itu tetapi mahu penjelasan daripada PAS.
Datuk Husam Musa sebelum ini berkata, PAS tetap laksana hukum itu jikia pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan manakala Pengerusi DAP, Lim Kit Siang sebaliknya berkata, kena langkah mayatnya dulu jika PAS mahu laksanakan Hudud.
Anwar jelas cuba menjernihkan ketegangan hubungan DAP dan PAS dalam isu itu dengan berulang kali menyebut nama Tian Chua (PKR) dan Ronnie Liu (DAP) yang mahu tahu pasal hukum itu bukannya menentang.
Seperti biasa , media dan UMNO menjadi sasaran ketua pembangkang itu.
Katanya, RTM pasti akan putar belit kenyataannya malam ini manakala UMNO dituduh akan terus pukul canang dengan mengambarkan ada permusuhan DAP dengan PAS.
Menurut beliau, perbezaan pendapat antara DAP dan PAS berhubung isu Hudub tidak bermakna parti itu bermusuhan.
Malah Anwar menganggap ‘kerja sial’ sesiapa yang hendak melaga-lagakan DAP dan PAS.
Maka bergemalah takbir oleh penyokong-penyokong PAS malam itu.
“Jangan ikut gendang mainan UMNO dalam isu Hudud. Tak ada hak bukan muslim pertikai hukum Islam,” katanya yang kemudian meneruskan ceramah berkempen bagi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut yang akan menentang calon BN dan Bebas dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini.
Selain Anwar, turut berucap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mustapa Ali, serta bekas Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan yang baru menyarung baju PAS, Datuk Zahar Hashim dan rakan rapat Anwar, Kit Siang.
Sumber: Agenda Daily
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
Anwar mungkin baik dengan sesetengah pemimpin Amerika, tapi bukan bererti dia baik dengan Bush atau Obama.
ReplyDeleteyahudi memang tak boleh dibawa berbincang...panggil bush pun sia sia la...kan tu musuh no 1 umat islam..kan panggil bush orang yang anti anwar ni mesti kata anwar bersekongkol lak...ceramah je tahu tapi kecek ngan bush...bodoh jugak pengarang agenda ni.nak putar belit la tu...
ReplyDelete