PENGGUNA INTERNET MALAYSIA RAKUS?

Malaysia telah muncul antara 10 negara utama menggunakan aplikasi multimedia bagi mencari pemilik teknologi hiburan dan tabiat penggunaan penduduk global.

Dalam kajian oleh Syarikat Nielsen ke atas 52 negara mendapati rakyat Malaysia merupakan pengguna internet yang rakus dan berpengalaman, aktif dalam memuat turun dan melayari kandungan media dan hiburan secara percuma dalam internet.

Pengarah Urusan Kumpulan Pengguna Nielsen Malaysia, Paul Richmond, berkata penduduk Malaysia adalah ketagih hiburan dan teknologi kerana menikmati sejumlah besar hiburan dalaman, muzik, permainan video dan media digital.

"Penduduk tempatan ketagih pada internet dengan melayari dan muat turun kandungan media digital secara kerap," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Bernama melaporkan dalam soal menikmati media digital, Malaysia menduduki tangga kelima dan kesembilan dalam muat turun kandungan dari internet.

Menurut hasil kajian tersebut, 53 peratus penduduk Malaysia telah melayari atau menyaksikan filem secara penuh, klip video, acara TV dan video muzik manakala 41 peratus telah muat turun pelbagai kandungan sama dari internet sepanjang bulan lepas.

Kajian itu juga mendapati 89 peratus penduduk Malaysia memiliki sekurang-kurangnya sebuah peti televisyen manakala 87 peratus mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer peribadi.

Oleh demikian, kajian itu menunjukkan bahawa jurang digital antara ekonomi yang baru muncul dan maju tidak begitu jauh manakala negara Barat merupakan pengguna banyak dalam perkakasan komputer dengan peralatan generasi depan menjadi popular di pasaran membangun di Asia, kata Richmond.

Sumber: Agenda Daily

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Salam,

    Bagus kajian yang dijalankan itu.. ini menunjukkan rakyat malaysia memilih saluran alternatif bagi mendapat kan berita dan maklumat dan memuat turun apa saja yang percuma di internet...

    faktor utama ialah mendapatkan kebenaran melalui internet tv, blog dan sebagainya... Media arus perdana atau RTM & TV3 harus memandang serius apa yang berlaku sejak kebelakangan ini mendorong lebih ramai pengguna akan melayari berita dari internet berbanding dengan peti TV.

    sekian,

    ReplyDelete
  2. Cuba bedakan secara peratusan golongan yang mana satu yang banyak peratusannya? Golongan belia remaja atau golongan ibu bapak? Saya yakin golongan belia remaja yang lebih ramai dari golongan ibu bapak. Tentunya ramai juga orang Malaysia yang ketagih internet bukan sekadar melihat budaya murni semata, malah budaya lucah juga.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.