Majlis Tertinggi (MT) Umno telah membincangkan syor bagi membolehkan lebih tiga juta ahli parti itu secara langsung memilih barisan kepimpinan termasuk peringkat pusat kelak. Syor yang turut disentuh ialah menghapuskan sistem kuota yang diperkenalkan hampir dua dekad lalu.
Ia merupakan antara pelbagai syor dan saranan yang disentuh oleh MT malam kelmarin, hasil sesi retreat tahun lalu - susulan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu. Bagaimanapun MT tidak mengambil sebarang keputusan muktamad mengenai cadangan itu, sebaliknya perkara tersebut akan diteliti secara mendalam selepas perhimpunan agung dan pemilihan Mac ini.
Syor-syor itu yang dikemukakan pada mesyuarat itu, antara lain bertujuan menangani masalah gejala politik wang yang dilihat sebagai semakin serius selain mahu memperkukuhkan parti dari pelbagai sudut bagi menghadapi cabaran semasa dan masa depan.
Umumnya dipercayai sistem kuota mendapatkan pencalonan dan pengundian berpusat dipercayai antara punca yang menyumbang kepada berleluasanya masalah rasuah politik semasa pemilihan.
MASIH PERINGKAT CADANGAN
Ketika dihubungi mStar Online semalam, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mengesahkan syor-syor itu ada disentuh kelmarin tetapi "ia masih di peringkat cadangan."
"Belum ada keputusan muktamad, ia hanya di peringkat cadangan... belum ada keputusan lagi," kata beliau.
Umno kini mempunyai kira-kira 3.5 juta ahli termasuk empat sayap iaitu Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera.
Bagaimanapun Putera Umno tidak melibatkan pemilihan formal masa sekarang.
Sistem kuota diperkenalkan selepas pemilihan sengit tahun 1987, yang membawa kepada perpecahan dalam parti dan Umno diharamkan tahun berikutnya.
BANYAK CADANGAN
Sambil mengakui banyak cadangan telah dibangkitkan dan masih dikemukakan, Muhammad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor memberitahu, perkara tersebut akan diteliti selepas pemilihan Mac ini.
"Syor supaya sistem kuota juga dikaji semula juga dilontarkan," katanya.
"Cadangan ini tidak akan dilaksanakan Mac ini, tetapi akan dilaksanakan pada pemilihan akan datang jika diterima pakai," katanya.
JAWATANKUASA PENGURUSAN
Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah ini juga berkata, jawatankuasa pengurusan akan meneliti secara mendalam kesemua cadangan yang dikemukakan selepas pemilihan.
Muhammad menambah, MT membincangkan pendekatan baru yang menyeluruh untuk menyuntik semangat baru kepada ahli-ahli Umno bagi menghadapi masa depan.
"Syor-syor itu dikemukakan agar ahli-ahli Umno diberikan semangat baru dan parti bergerak mengikut kesesuaian semasa," katanya lagi.
KOMEN SETIAUSAHA AGUNG
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula berkata, MT telah memutuskan untuk mempercepatkan pelaksanaan beberapa cadangan yang dikemukakan semasa retreat Umno termasuk pemansuhan sistem kuota.
Namun jelas beliau, cadangan bagi menghapuskan sistem kuota mustahil untuk dilaksanakan pada pemilihan kali ini jika pun parti bersetuju menerimanya.
Bagaimanapun beliau menambah, cadangan itu akan diperhalusi dan dipertimbangkan dari pelbagai aspek demi kebaikan parti.
"Jika parti setuju nak hapuskan, paling cepatpun (laksana) dalam pemilihan akan datang. Kalau itu (hapus kuota) yang terbaik, kita akan percepatkan," katanya.
PERUBAHAN MENYELURUH
Dalam pada itu, seorang lagi anggota MT, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, syor pemansuhan sistem kuota merupakan antara pelbagai idea yang dibincangkan untuk memperkukuhkan sistem parti dari segi pentadbiran, pengurusan dan perlembagaan.
"Ia dibincangkan... pada dasarnya kebanyakan ahli bersetuju bahawa sistem kuota ini perlu dihapuskan," kata beliau yang juga Menteri Dalam Negeri.
"Ia merupakan sebahagian daripada proses untuk berhadapan dengan peralihan kuasa dan memantapkan terus Umno... kita mengkaji semua mekanisme yang sedia ada dan mewujudkan mekanisme yang baru jika perlu bagi Umno menghadapi pemilihan dan pilihan raya umum akan datang," katanya.
Sumber: MSTAR
Mungkinkah proses pemilihan UMNO pada masa hadapan seperti rajah di bawah?
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
- Blogger Comment
- Facebook Comment
2 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Salam Aflah,
ReplyDeleteSemua itu sekadar cadangan yang bakal kekal sebagai cadangan kerana ia terlalu banyak mempunyai implikasi kepada UMNO terutama pemimpin yang selama ini hanya perlu menjaga dua tiga orang sahaja....UMNO takkan berani membuat perubahan ini kerana mereka tahu jika mereka berubah maka mereka akan turut sama diubah kedudukannya...
thx!
Salam..maaf jika salah ruang..cuma nak perkenalkan PUSAT RAWATAN IMANTHERAPY MALAYSIA..mungkin bermanfaat dan dapat membantu mereka yang bermasalah. Layari www.pusatrawatanimantherapy.blogspot.com atau www.tagged.com/imantherapy. Terima kasih.
ReplyDelete