RAHIM DAN RAFIDAH DISIASAT SPRM?

Satu dokumen setebal 60 mukasurat yang mengandungi pelbagai laporan rasuah lama dan baru telah diserahkan sempena dengan pemulan baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mula beroperasi 1 Januari tahun ini.

Laporan berkenaan diserahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan Badrul Hisham Shaharin di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini.

Menurut Badrul dokumen berkenaan diserahkan adalah bagi menguji peranan SPRM yang telah ditubuhkan tanpa sebarang pindaan di parlimen ini mampu melakukan tugas dengan baik.

"Ini adalah laporan pertama kepada SPRM. Sekiranya SPRM gagal bertindak terhadapnya (dokumen yang diserahkan) maka rakyat akan terus kecewa kerana wang yang dibayar melalui cukai terbazir untuk memenuhi retorik politik perang rasuah yang hanya menangkap ikan bilis atau pendakwaan berdasarkan politik," katanya di luar Ibu Pejabat SPRM.

Dalam dokumen berkenaan turut mengandungi laporan rasuah bekas Ketua Menteri Melaka Abdul Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz yang pernah dibuat beberapa tahun dulu.

"Dokumen ini turut mengandungi laporan rasuah yang Rahim dan Rafidah serta laporan yang yang pernah Badan Pencegahan Rasuah (BPR) sahkan tertuduh bersalah, namun tidak ada satu pendakwaan dibuat keatas individu berkenaan," katanya yang dipetik daripada Suara KeADILan online.

Selain kes Rahim dan Rafidah yang kedua-duanya dalam perebutan jawatan didalam Umno, dokumen berkenaan turut mengandungi laporan skandal korupsi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, keluarga serta kroninya di dalam Perwaja dan Perlantikan Hakim dalam Skandal VK Lingam.

Skandal korupsi Perdana Menteri Abdullah Badawi, keluarga dan kroni dalam beberapa organisasi, antaranya, Scomi, ECM Libra, korupsi antarabangsa 'Oil For Food' serta agihan kontrak makanan tentera dan Mas turut diserta dalam laporan berkenaan.

Laporan skandal korupsi bakal Perdana Menteri Najib Tun Razak serta kroninya yang terlibat dalam kes pembelian kapal selam, eurocopter dan jet serta pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu turut diserahkan dalam dokumen berkenaan.

Kata Badrul lagi, BPR hanya membuat siasatan terpilih, malah menurut beliau, kuasa pendakwaan bukan ditangan BPR sebaliknya proses berkenaan hanya boleh dilakukan oleh Peguam Negara.

"Kuasa pendakwaan bukan ditangan BPR, kuasa pendakwaan di yangan Peguam Negara yang boleh dipengaruhi oleh orang atasan dan kepentingan politik," kata Badrul kepada Suara Keadilan.

SUMBER : HARAKAH DAILY

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!



Photobucket
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. guinea pig.
    buat test market orang yg dah orang tak mau.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Only way to really able prosecute these animals is to throw out BN.
    Thers is no real seperation of powers in Malaysia. Nothing can happen without sitting PM action and he is not going to act because he is in the same rotten boat!
    Throw out BN- Ini saja cara Malaysia boleh maju, kalau tidak akan menjadi mundur/merana seperti Zimbabwe bila minyak Petronas dah habis dalam tempoh 10 tahun.

    ReplyDelete
  3. yang bagi comment ni duduk kat zimbabwe ke. Tengok Malaysia sekarang. Berpijak di bumi yang nyata. piraahhhh.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    hmmm chekdee memang tak suka rahim tu....sejak kes dengan budak bawah umur...menyebabkan chekdee terasa hilang hormat kat dia.....

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.