PAS PUTAR BELIT FAKTA KEMISKINAN?

Parti pembangkang sengaja memutar belit fakta dengan mendakwa kononnya Terengganu masih berada di tempat kedua kadar kemiskinan tertinggi dalam negara bagi menutup kelemahan mereka ketika memerintah negeri itu dari 1999 hingga 2004, kata bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata pembangkang memberikan maklumat yang kurang tepat mengenai perkara itu dalam siri ceramah mereka bagi memburukkan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini.

Katanya, fakta yang menunjukkan bahawa Terengganu menjadi negeri kedua termiskin dalam negara, sebenarnya adalah semasa negeri Terengganu di bawah pentadbiran Pas.

“Selepas BN kembali memerintah pada Mac 2004 hingga 2007, kadar kemiskinan turun dari 15.4 peratus kepada 6.5 peratus dengan pendapatan purata penduduk meningkat daripada RM1,984 kepada RM2,463,” katanya kepada pemberita pada majlis penutupan Program Jejak Rakan Sebaya anjuran Pemuda Bahagian Kuala Terengganu di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga Menteri Pelajaran, dan yang turut hadir ialah Ketua Pemuda Umno negeri, Mohd Sabri Alwi.

Idris berkata, Terengganu kini bukan lagi negeri kedua termiskin, sebaliknya ia sudah turun ke tangga keempat, hasil program-program yang dilakukan kerajaan untuk memajukan ekonomi rakyat.

Sehubungan itu, beliau menggesa pembangkang terutama Pas supaya tidak lagi membohongi rakyat dengan memberikan fakta yang tidak tepat sedangkan pada masa yang sama parti itu mendakwa bahawa perjuangan mereka berlandaskan Islam.

Sementara itu, Hishammuddin mengarahkan semua jentera pemuda supaya menggunakan tempoh berkempen yang tinggal beberapa hari lagi, untuk terus mengingatkan penduduk Kuala Terengganu tentang peritnya kehidupan rakyat semasa PAS memerintah negeri itu.

“Inilah jentera yang akan digunakan untuk beri penjelasan kepada perkara-perkara yang cuba dimanipulasi oleh pembangkang. Kalau tak dijelaskan, orang akan terpengaruh,” katanya.

Sumber: Berita Harian


Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. Macam mana Ganu tak miskin, hasil royalti minyak tak sampai kepada sasaran. Sampai dipoket orang orang UMNO tertentu saja. Mungkin BUNGARAYA boleh komen sikit tentang hal ini.

    ReplyDelete
  2. bungaRaya ni.
    GANU KITE.
    tRENGGANU MENGALAMI KADAR KEMISKINAN YANG SANGAT TINGGI KETIKA PAS MEMERINTAH NEGERI TERSEBUT. KERANA ITU SALAH SATU SEBABNYA RAKYAT TRENGGANU MEMILIH SEMULA BN/UMNO UNTUK MEMERINTAH. KEMUDIN SEJAK AKHIR-AKHIRNYA, KADAR KEMISKINAN TELAH MULA MENURUN SECARA DRASTIK.
    BUKAN SAHAJA PEMIMPIN DAN PENYOKONG UMNO YANG MENIKMATINYA MALAH HAMPIR KESELURUHAN RAKYAT TRENGGANU ITU SENDIRI.
    PENENTUAN KEMISKINAN BUKAN SAHAJA DENGAN WANG RINGGIT, MALAH UMPAMANYA PENINGKATAN DALAM PENDIDIKAN RAKYAT TRENGGANU. PEMBANGUNAN PRASARANA DSBNYA. RASA BANGGA BILA KITA SEBAGAI ANAK TRENGGANU BERADA DILUAR NEGERI JUGA SALAH SATU PERUBAHAN DALAM SIKAP RAKYAT TRENGGANU.
    SAYA BIASA BERADA DITRENGGANU SEKITAR AKHIR 70AN DAN KADANG MELAWAT ALAM DUNIA KU SEMASA SEKOLAH HAMPIR SETIAP TAHUN. aKU TAHU DENGAN PASTI TRENGGANU SEKRANG JAUH BERBEDA DENGAN TRENGGANU DAHULU. TERSANGAT JAUH BEDANYA.
    APA YANG KITA MAHU SEBENARNYA "GANU KITE"?
    RAPATKAN DIRI DALAM BARISAN PERJUANGAN SEBAGAI BARISAN YANG MEMPERTAHANKAN PERJUANGAN MELAYU KERANA 100% DRP KITA ADALAH ISLAM.

    ReplyDelete
  3. Sohor benda, dengan wang minyak yang melimpah ruah, baru naik tangga ke 4 (mengikut Idris Jusoh).
    Dengan Kota Bharu (yang dikatakan negeri termiskin) pun bandaraya Kuala Terengganu x leh lawan. Gedung2 perniagaan di Kota Bharu lebih hebat drp yang ada di KT, yang menunjukkan kuasa beli rakyat kelantan lebih baik drp rakyat terengganu.

    ReplyDelete
  4. Kemiskinan rakyat terengganu bukan berlaku pada zaman PAS. Ia diwarisi dari UMNO sejak berpuluh tahun. Bila PAS memerintah dengan politik putar alam UMNO, wang royalti ditarik balik (dok kang dok tahu) pemimpin UMNO peringkat pusat lah yang menganinayai rakyat terengganu..kabor gok sikit.. Jadi 17/1/2009 nati kite pakat pakoh PAS.

    ReplyDelete
  5. Wang rolaty bukan ditarik balik. Mo dok tahuke?. Ia dipanggil dengan panggilan "wang ehsan". Melalui Jabatan Persekutuan yang dibantu oleh kepimpinan UMNO, wang juga disalurkan kepada rakyat Trengganu.
    Pekan Kelantan memanglah besar dan luas. Prasarananya pun okey semuanya. Bas Station pun all right. Kelantan serba serbi okey. Dari ulamak hingga kepelacuran khabarnya. Taxi yang paling banyak menggunakan Merz. juga taxi Kelantan. Di Uni. juga students Kelantan yang paling ramai. Mereka yang bergelar CEO dalam syarikat utama kerajaan juga ramai dari Kelantan. Menjadi pengarah-pengarah Jabatan Kerajaan Persekutuan juga ramai mereka. Eloklah tu. Yang tak eloknya, mereka makan dengan kerajaan tapi undi bukan kerajaan. Itu yang tak okeynya.

    ReplyDelete
  6. siapa yang putar belit ni.

    putar belit adala dua perbutan. pertama dia putar.putar bib putar.lepas tu dia belit pulak. ini kerja ular. ular memang suka membelit terutama sekali ularsawa. soalnya sekarang siapa kena putar dan siapa kena belit. yang dah kena putar dan kena belit tu rakyat Terengganu, dah tahu kena belit bunuhlah ular sawa tu. kok tak nanti habis kamu semua bukan sahaja kena putar dan dibelit tapi kena telan pulak.

    saya ular lidi je

    ReplyDelete
  7. errr .. wang ehsan untuk rakyat terengganu tu perlu dedefinasi yang lebih tajam ..

    dalam istilah sebenarnya nya ia adalah
    'wang suapan rakyat (UMNO) Terengganu' ..

    bukan semua yang dapat pung .. yang tertentu dan memenuhi spesikasi tertentu sahaja ..

    contoh ibu tunggal 'UMNO' dapt , ibu tunggal 'PAS' tak dapat .. bukan setakat ibu tunggal 'PAS' sahjaa , ibu tunggal 'PAP' pun belum tentu dapat ..

    itu lah lumrahnya ..ga

    lagi satu ; pimpinan BN terengganu rata-rata tak da lah yg teruk sgt ,

    cuma ketandusan idea dan kekadang tu terlalu jadi 'pak turut' BN pusat. .

    tapi wan farit memmag ada lagak sombong dan elitis !

    harap bungaraya dpt menerima teguran ini.

    ReplyDelete
  8. Cara Roslan berkata-kata saya kira okey> Tidak mengeluarkan kata-kata maki dan tuduhan yang tidak berasas. Begitulah yang sepatutnya jika kita berbincang. Saya terima nya dengan rasional.
    memang anak-anak muda selalu terbawa-bawa dengan isu-isu panas dan bertentangan dengan hati yang membara.
    Tapi begitulah sikap melayu Trengganu. Saya sebahagian besar masa saya habiskan diTrengganu ketika usia muda. Duduk di Bestut dan Kuala Trengganu. Tapi yang melekat dengan saya ialah bahasa Kelantan. Bahasa Trengganu sukar sedikit saya nak meluahkannya.
    Orang Trengganu harus berbangga kerana kerajaan BN negeri tu membangunkan rakyatnya jauh lebih baik jika dibanding Selangor, Perak, Perlis, Sabah, Kedah Pulau Pinang dll. Terutamanya dalam peneranpan nilai dan penghayatan islam dikalangan remaja khususnya akan-anak sekolah rendah dan menengah. Kita maklum kerana Trengganu memiliki sumber kewangan yang banyak. Kita maklum bandarayani tidak ohmmm pada waktu malam dan kurang ceria jika dibanding dengan Bandar lain di Malaysia. Itu kerana perniagaan mungkar dan Nangkir tidak berleluasa di Bandaraya Trengganu.
    Kerajaan sangat sensitif dengan keluhan rakyat negeri.
    Siapa yang cakap Ibu Tunggal PAS tak dapat bantuan? Yang tak dapat bantuan itu ialah ibu tunggal yang samseng. Yang tunjuk lagak. Yang mengada-ngada. Kalau dia mohon dengan perangai spt itu, ibu tunggal UMNO pun tak akan diluluskan. Pegawai pemberi bantuan manusia biasa. Jika kita datang seolah spt kaya raya, siapa nak bagi bantuan?. Tentu ada sebab lain lagi. Kawan saya seorang ibu tunggal dan bekas suaminya penyokong kuat PAS di Kg Raja, Besut. Saya tanya dengan dia, samada dapattak bantuan kebajikan? Dia jawab, "YA".

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.