DUNIAKU KINI BISU DAN LESU
Duniaku kini bisu dan lesu,
Duniaku kini hanya tertunggu dan menunggu,
Duniaku kini telah layu dan dungu,
Duniaku kini hanya membaca sejarah dulu.
Duniaku kini megah dan bangga dengan dosa-dosanya,
Duniaku kini telah terpenjara dengan idealismenya,
Duniaku kini sudah lupa ingatan PenciptaNya,
Duniaku kini tidak lagi gentar pada balasanNya.
Duniaku kini takutkan perut jadi kecut,
Duniaku kini takutkan luka jadi parut,
Duniaku kini takutkan usaha jadi kemelut,
Duniaku kini takutkan penentang jadi pengikut.
Duniaku kini lihat wang sebagai peluang,
Duniaku kini lihat pejuang sebagai petualang,
Duniaku kini lihat mungkar sebagai gemilang,
Duniaku kini lihat kebenaran sebagai ke belakang.
Duniaku kini kian sempit dan dihimpit,
Duniaku kini hanya melalak dan menjerit,
Duniaku kini jadi tempat kaki pembelit,
Duniaku kini berani sudah jadi sedikit.
Duniaku kini lebih kata dari usaha,
Duniaku kini lebih miskin dari kaya,
Duniaku kini lebih dengki dari bersama,
Duniaku kini lebih sengsara dari bahagia.
itulah dunia yang penuh dengan pancaroba, penuh dengan tipu daya.
ReplyDeleteThe might is right. yang kuat, yang gagah, yang hebat itulah yang dianggap benar.Tindak tanduk mereka menindas dan menyembelih yang lemah itulah Amerika dan yahudi.
Di mana kekuatan kita, sampai bila umat islam nak dipandang hina dan diperkotak katikkan begitu sahaja.
Tunggulah pertolongan Allah tetapi selagi umat islam sendiri bercakaran, berpuak, bermusuhan, taksub kepada ras dan bangsa selagi itulah pertolongan allah itu tak akan datang.