SANGGUP PANJAT BUMBUNG BIARPUN MENGANDUNG 5 BULAN


Mengandung lima bulan tetapi sanggup panjat bumbung mengelak diri daripada ditangkap khalwat bersama dua lelaki.

Begitulah tindakan seorang wanita warga tempatan berusia 20 tahun yang sanggup menggadai keselamatan diri dan kandungannya selepas diserbu Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) di Taman Nora di sini semalam.

Bagaimanapun, dalam operasi pukul 3 pagi, wanita itu ditahan termasuk dua lelaki berusia 24 dan 25 tahun yang tinggal serumah dengannya.

Satu sumber berkata, wanita bekerja kilang itu sanggup mengadai nyawa untuk melarikan diri ke rumah bersebelahan setelah menyedari kehadiran pegawai JAIJ.

Katanya, semasa diserbu, pemilik rumah itu membuka pintu selang beberapa minit pintu itu diketuk.

"Terdapat seorang lagi lelaki dalam rumah itu dan mereka menafikan terdapat wanita dalam rumah tersebut," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, anggota JAIP tiba-tiba menemui kasut dan aksesori wanita di dalam rumah itu sebelum mereka terdengar bunyi pintu jeriji besi di belakang rumah dibuka.

Selepas meninjau di belakang rumah itu, anggota JAIP ternampak seorang wanita di atas bumbung yang cuba menyeberang ke rumah bersebelahan.

Sumber: Kosmo

Nur Aflah: Takut penguatkuasa tapi tak takut dosa. Di mana silapnya?

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Salam,

    Perhh dasyat.. memang dasyat... dah terdesak.. apa nak buat.. yang lain belakang kira...

    Sedih... memang sedih.... anak-anak bangsa kita jadi begini...

    ReplyDelete
  2. nasib baik kat malaysia kalau ikut undang2 semerah padi kau dah kena sula

    denda?
    paling tinggi pun kena bayar dam aje

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.