Kuasa mutlak letaknya pada ketentuan Allah SWT. Jika Dia mahu bumi Palestin hilang dari peta dunia, tiada siapa mampu menahannya. Begitu juga sebaliknya. Jika Dia mahukan bumi Israel hilang dari peta dunia, tiada siapa pun boleh menahan ketentuan dariNya.
Lalu, ada pihak yang menggunakan sebab ini untuk membiarkan sahaja tentera Israel membunuh rakyat Palestin dan meluaskan empayar jajahannya.
Tidak kurang juga, ada yang berkata begini, tidak perlu boikot-memboikot. Lagipun, yang mendapat kesannya nanti bukannya Israel, tapi rakyat negara ini yang kena menanggung padahnya nanti.
Alasannya, Amerika dan Israel menguasai 30% ekonomi dunia. Hampir semua negara di dunia kini mempunyai rantai niaga dengan Amerika dan juga Israel. Memang benar. Ini fakta yang tidak boleh disangkal oleh sesiapapun.
Mengikut laporan MITI, 10.2% barangan Amerika masuk ke negara ini dari Jan-Nov 2008. Jumlahnya hampir mencecah RM 50 billion setahun. Manakala jumlah eksport Malaysia ke Amerika hampir mencecah RM 60 billion setahun.
Itu baru jumlah dagangan terus Malaysia-Amerika, belum termasuk jumlah dagangan Malaysia dengan negara lain yang berkemungkinan dimiliki oleh syarikat Amerika dan juga Israel. Contohnya, ubat gigi Colgate dibuat di Thailand dan pemilik sebenarnya adalah sekutu Israel.
Justeru itu, apa yang perlu kita lakukan jika benar kita mahu memboikot produk Israel dan Amerika?
Suatu ketika dahulu, Tun Dr Mahathir pernah memperkenalkan polisi “Buy British Last” dan Dasar Pandang Ke Timur. Polisi itu berjaya dan ternyata memberikan tamparan hebat kepada Britain.
Kini, kita boleh aplikasikan kembali dasar itu.
“Buy America Last” dan “Utamakan Barangan Tempatan”.
Selagi kita ada pilihan lain, jangan beli atau gunakan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Israel. Jika tiada pilihan lagi, barulah kita guna atau beli produk mereka. Polisi ini bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.
Jika semua rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya tanpa mengira bangsa dan agama terus mempraktikkan usaha ini, tidak mustahil kebergantungan ekonomi dunia pada Amerika dan Israel dapat dikurangkan dengan mendadak.
Bayangkan dalam tempoh setahun akan datang; Amerika dan Israel hilang 10% penguasaan mereka dalam ekonomi dunia tatkala Amerika sedang bergelut dengan krisis ekonomi terburuknya sejak 1929 dan bayangkan lagi, kalau 10% penguasaan mereka itu berpindah milik ke negara Asia atau Islam? Siapa yang bakal mendapat manfaatnya?
Jangan harapkan Obama seorang untuk mengubah polisi luar Amerika dan mendiamkan Zionis. Jika dunia mengubah polisi ekonomi mereka ke atas Amerika dan Israel, bukan roket Hamas yang akan menghancurkan rejim Zionis. Sebaliknya, rakyat mereka sendiri yang akan bangkit dan mengganas untuk menuntut perubahan pada dasar luar negara mereka.
Sebenarnya, kuasa ada di tangan kita seperti Firman Allah SWT yang sangat masyhur; Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubah nasibnya sendiri.
Nah! Gunakanlah kuasa yang diberikan itu sebelum gergasi Amerika sembuh dari sakitnya dan sebelum nama Palestin lenyap dari peta dunia.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
1 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Dulu dok kutuk Tun Mahathir bagaikan nak rak. Tapi baguslah jika anda telah mula nampak apa Mahathir dah buat yang ada visi. Semua orang buat salah termasuk Tun. Tapi Anwar lagi teruk, bersekongkol dengan Yahudi. Boikot Anwar sama dengan boikot Yahudi. Mungkin dah tiba masanya anda memboikot Anwar.
ReplyDeleteNash