Perbuatan Kerajaan Negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat yang mengarahkan pegawai-pegawainya mengambil kunci premis dewan orang ramai, pejabat KEMAS dan tadika di negeri itu adalah satu tindakan yang tidak bertimbang rasa.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, perbuatan itu adalah satu penganiayaan terhadap kanak-kanak.
"Inilah dia contoh "Kerajaan Berkebajikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Kempen Tabung Bantuan Bencana Alam di Pasar, Seni,Kuala Lumpur,Ahad.
"Saya amat dukacita dan berharap Kerajaan Negeri Perak memikirkan semula tindakan drastik ini kerana kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa," tambahnya.
Muhammad berkata beliau sudahpun memberi arahan kepada pegawai-pegawainya mencari tempat alternatif dan kerajaan akan menampung bayaran sewa tempat-tempat yang dipilih itu.
"Walaupun saya sudah mengarahkan pegawai-pegawai supaya mencari tempat yang berhampiran dengan kawasan lama, sekiranya tidak ada pilihan, kita mungkin terpaksa berpindah ke tempat yang lebih jauh. Ini pastinya akan menyukarkan ibubapa menghantar anak-anak mereka. Tetapi buat masa ini, itu sahaja yang kami dapat buat," katanya.
Akhbar hari ini melaporkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa hampir 13,000 murid tadika di Perak terjejas pembelajaran mereka berikutan tindakan kerajaan negeri itu mengarahkah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengosongkan 700 tadika milik agensi itu.
Ahmad Zahid berkata, beberapa pengerusi Jawatawankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) telah menyerahkan kunci premis dewan orang ramai, pejabat KEMAS dan tadika kepada pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN).
Menyentuh Pilihanraya Kecil Terengganu, Muhammad berkata, beliau yakin calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mempunyai peluang yang cerah untuk menang.
"Kita sudah melihat ada keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR) berikutan pemilihan calon. Pada mulanya mereka mencalonkan A, kemudian B, dan selepas itu kedua-duanya ditolak dan calon C pula dipilih.
"Ini pasti membawa kesan kepada pengundi. Selain itu pengundi di Kuala Terengganu juga akan mengambil kira kesanggupan Datuk Wan Ahmad Farid melepaskan jawatan Timbalan Menteri dan juga senator kerana membuktikan beliau akan lebih fokus jika menjadi wakil mereka, berbanding calon PAS, Abdul Wahid Endut, yang pada ketika ini memegang tanggungjawab sebagai ADUN Wakaf Mempelam.
Sumber : Agenda Daily
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
1 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Salam,
ReplyDeleteIni barangkali cerita sedih, kerana parti politik dan orang politik bergaduh, kanak-kanak jadi mangsa.
Siapakah yang betul, dan siapakah yang salah, anda nilailah sendiri.