Sebelum pergi ke isi tajuk posting ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada imej baru RTM yang kelihatan lebih segar berbanding yang dulu. Tentang isinya, saya belum mahu membuat apa-apa komen kerana saya belum berkesempatan mengikuti rancangannya. Dari pemerhatian awal, nampaknya imej baru RTM lebih ketara dari segi penggunaan chroma screen dan juga flash banner.
Saya ingin memetik berita yang disiarkan oleh Utusan Online [di sini].
Satu rancangan khas sempena pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan disiarkan setiap hari bermula pukul 10.30 malam esok di TV1, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Katanya, rancangan yang disiarkan selama 30 minit itu, akan memuatkan maklumat mengenai landskap parlimen Kuala Terengganu serta rangkuman aktiviti sepanjang pilihan raya kecil itu.
Beliau berkata, rancangan yang disiarkan dalam format yang informatif itu akan dikendalikan oleh seorang wartawan bebas.
"Aspek informatif yang mempunyai liputan tentang memahami landskap Kuala Terengganu, berapa peti undi dan berapa lokaliti. Liputan seperti hari ini di Wakaf Mempelam. Apa lokaliti, pembangunan dan landskap di sana. Aspek ini mesti ada untuk memahami pilihan raya di sini.
"Dalam pada itu, rancangan ini akan turut memuatkan aktiviti yang akan dijalankan oleh calon daripada kedua-dua parti termasuk ceramah dan kempen mereka," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke Pusat Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu di sini hari ini.
Shabery berkata, format rancangan khas itu penting bagi memastikan perjalanan program berkenaan memberikan manfaat kepada penonton di seluruh negara.
Dalam pada itu, beliau berkata. RTM menyediakan dua pasukan sepanjang pilihan raya kecil tersebut, termasuk sebuah pasukan untuk membuat "breaking news" dari semasa ke semasa mengenai aktiviti yang dijalankan oleh calon yang bertanding.
"Masyarakat perlu diberi lebih banyak maklumat mengenai apa yang berlaku di Kuala Terengganu," katanya.
Ditanya mengenai liputan yang adil menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Shabery berkata, perkara yang penting ialah menyiarkan maklumat yang mempunyai nilai berita dan berinformasi kepada penonton.
"Saya tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan liputan yang adil. Bagi saya, yang penting ialah nilai berita... dan mengenai nilai berita, bagaimana definisi mereka terhadap nilai berita. Saya serahkan kepada wartawan yang profesional untuk memikirkan apa yang terbaik daripada segi berita," katanya.
----------------
Memang pelik bunyinya bila seorang menteri tidak faham apa yang dimaksudkan dengan liputan yang adil. Alasan tugas itu telah diserahkan kepada wartawan yang professional masih sukar untuk diterima kerana setiap bahan berita yang akan dipaparkan nanti perlu disunting dan diluluskan oleh penerbit.
Apapun, saya teringin juga mahu menonton rancangan khas itu. Bukannya apa, sekadar nak tahu samada isi rancangan khas itu benar-benar professional atau tidak. Jika benar-benar professional, saya patut tabik pada menterinya. Kalau masih sama macam yang 'dulu-dulu', tak perlulah RTM buat imej baru.
Nanti ada pula yang kata, kulit je cantik tapi isinya hampeh!
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.