APA DAH JADI NI?

Lembaga Masjid Tanjung Bidara (LMTB) menafikan sengaja memulau sebuah keluarga dari Kampung Pasir Gembur, Tanjung Bidara, sebaliknya mendakwa keputusan itu dibuat selepas mendapat kebenaran Majlis Agama Islam Melaka (Maim).

Ini berikutan tindakan yang diambil oleh LMTB dibuat mengikut perlembagaan yang sudah diluluskan dan bertujuan memupuk semangat gotong-royong dan bersatu-padu di kalangan penduduk dalam kariah terbabit.

Pengerusi LMTB, Johar Kadar, berkata jawatankuasa masjid sebelum itu berbincang mengenai cadangan mengadakan majlis korban berkelompok, malah sudah mengadakan perbincangan dengan keluarga terbabit untuk turut sama mengadakan ibadah terbabit di masjid.

Bagaimanapun, katanya, hasrat berkenaan ditolak meskipun salah seorang daripada ahli keluarga terbabit sudah memujuk tetapi keluarga berkenaan tetap dengan pendirian mahu mengadakan korban sendirian di rumah mereka di Balik Batu.

Menurutnya, pihak masjid mengadakan ibadah korban secara berkelompok ketika itu adalah semata-mata bagi merapatkan hubungan di kalangan masyarakat di dalam kawasan Tanjung Bidara tanpa mengira fahaman politik atau ideologi.

“Barangkali anggapan sesetengah pihak bahawa majlis berkenaan adalah program kerajaan sekali gus menyebabkan mereka enggan turut serta menjayakan ibadah korban berkelompok berkenaan,” katanya, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan seorang ahli keluarga terbabit yang mendakwa keluarganya ‘dipulau’ LMTB akibat mengadakan ibadah korban di rumah sendiri pada pagi Aidiladha yang lalu.

Sementara itu, Johar berkata, keengganan keluarga terbabit itu menyebabkan pihak LMTB terpaksa mengeluarkan surat bagi memaklumkan bahawa mereka dipulau selama tahun mengikut perlembagaan yang sudah diluluskan.

Dalam pada itu, beliau berkata, berkemungkinan salah seorang daripada keluarga terbabit tidak memahami situasi yang berlaku hingga membuat kenyataan di dalam akhbar sedangkan pihaknya berkenaan hanya menjalankan tugas berdasarkan peraturan sedia ada.

“Malah, sebelum ibadah korban dilaksanakan pada Aidiladha lalu, Imam 1 Masjid Tanjung Bidara, Abu Khir Jamaludin, Sidang Kampung Pasir Gembur, Harun Md Nor termasuk saya berkunjung ke rumah berkenaan untuk membincangkan mengenai perkara itu.

“Selain itu, pihak LMTB turut memaklumkan lebih awal sekiranya keluarga itu bersetuju mengadakan ibadah korban di Masjid Tanjung Bidara, maka mereka boleh membawa pulang semua daging korban dan tulang haiwan yang dikorbankan.

“Kita bukannya mahu daging dan tulang korban itu, sebaliknya cuma mahu mereka bersama-sama turut serta mengadakan ibadah korban berkenaan di masjid secara beramai-ramai dalam suasana mesra,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkenaan termasuk memberikan penjelasan kepada pihak Maim.

Sumber: Harian Metro


Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!



Photobucket
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.