KERAJAAN KEDAH! 6 RIBU SAHAJA

Kosmo hari ini melaporkan,

ALOR SETAR - "Kalau tak di bedah, doktor kata anak saya bila-bila masa sahaja boleh meninggal dunia."

Demikian kerisauan bapa kepada Mohd. Firdaus Che Aad, 23 (gambar), yang mengalami ketumbuhan otak mengenai nasib anaknya itu setelah diberi penerangan oleh sekumpulan doktor di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Che Aad Yusof, 53, memberitahu, jika anak lelakinya itu tidak dibedah semula, tidak ada jaminan boleh diberikan oleh doktor kerana ketumbuhan pada hidungnya itu akibat pembedahan membuang ketumbuhan di otak pada tahun 2004 sudah parah.

"Doktor kata mungkin sehari, mungkin sebulan lagi dia boleh hidup, saya sudah habis ikhtiar untuk melihat anak saya kembali sihat," jelasnya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan rayuan ibu Mohd. Firdaus, Rohani yang memerlukan bantuan sebanyak RM6,000 bagi kos rawatan anaknya yang menghidap penyakit ketumbuhan otak. Baru-baru ini hidung anaknya itu membengkak sehingga penglihatannya kabur.


*******************

Buat Kerajaan Negeri Kedah, tolonglah prihatin pada nasib ibu Mohd Firdaus yang terpaksa memohon bantuan bagi merawat penyakit anaknya itu. Bukannya banyak sangat RM 6 ribu itu jika nak dibandingkan dengan peruntukan rakan Pakatan Rakyat anda di Perak yang beli Toyota Camry baru.

Buat ahli Parlimen MCA, tolonglah jengok pengundi kawasan awak tu. Jangan sibuk kat Kuala Terengganu aje.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. HI Nur Aflah,

    can you start a fundraising campaign for Mohd Firdaus? eg.bank account details or even Paypal. I would like to begin to donate whatever I can now. Thank you,

    ReplyDelete
  2. TQ Lee for your concern.

    I already mail to Kosmo but still no reply. Anyway, i'll share any info with you later.

    ReplyDelete
  3. kalau belanja Rm 6000 pun nak minta dgn kerajaan negeri,buat apa kementerian kesihatan yg ada budget lebih besar.bottomline jgn asyik merayu,usahalah lebih sikit.
    baitulmal ada pinjaman,org kaya yg mudah dapat duit dari sumberx./@#$%^&* pun banyak.

    ReplyDelete
  4. apa nak bising ininuation dengan camry tu ?
    jumlah kereta zahid hamidi saja lagi mahal dari semua camry2 tu combined.
    khairy pakai beemer M5 harga nya saja sudah RM989,000, itu belum campur kereta lain.

    ReplyDelete
  5. duit cash khir toyo saja dah RM565 juta iaitu 565,000,000 (setelah 4 tahun jadi MB).

    apalah sangat dengan 6,000 tu

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.