SHABERY CHIK NAFI TERLIBAT
"Bukan saya yang suruh beri wang itu!"
Demikian agaknya kata-kata Menteri Penerangan yang menafikan dirinya terlibat dengan isu pemberian RM 300 kepada setiap wartawan yang berada di Pusat Media PRK Kuala Terengganu.
Semalam, Malaysiakini dan Malaysian Insider melaporkan, setiap wartawan yang berdaftar di Pusat Media tersebut mendapat RM 300 sehingga menimbulkan persoalan, siapa yang beri wang itu?
Hisham Abdul Hamid, setiausaha akhbar kepada Menteri Penerangan memaklumkan kepada Bernama, pihaknya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu atau pegawainya untuk melakukan pemberian itu.
Berikutan sogokan itu, semalam 2 wartawan Merdekaview.com telah membuat laporan polis berhubung insiden ini di IPK Terengganu.
Untuk mengetahui apa yang berlaku semalam, sila klik di sini.
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.