WAN FARID PUN NAFI TERLIBAT


Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menafikan beliau terlibat dalam memberikan wang kepada dua wartawan sebuah lamanweb di Pusat Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, petang semalam.

Beliau berkata dalam tempoh pilihanraya kecil sekarang, pelbagai pihak akan mengambil kesempatan untuk memburukkan peribadinya.

"Saya tidak ada wang untuk ditawar kepada sesiapa...itu bukan saya punya. Anda tahu orang boleh buat apa sahaja terutamanya dalam pilihanraya kecil apabila anda menjadi perhatian.

"Yang pasti ia bukannya daripada Barisan Nasional...saya boleh pastikan.
Itu bakan wang saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar di Kuala Terengganu hari ini, lapor Bernama.

Beliau yang ditemani isterinya, Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab kelihatan tenang dan sentiasa tersenyum ketika bertemu para pengundi di sekolah berkenaan selepas mengundi pada jam 8.02 pagi.

Wan Ahmad Farid menegaskan beliau mahu menang pilihan raya kecil ini dengan cara adil tanpa bersubahat dengan sesiapa atau melakukan yang menyalahi undang-undang.

Semalam, dua wartawan lamanweb berbahasa Mandarin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kerana mendakwa diberikan satu sampul surat berisi wang ketika berada di pusat media berkenaan.



Sumber: Malaysiakini

Gambar oleh: The Nut Graph
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. One of them was lying. I'm inclined not to believe the pros of course.

    ReplyDelete
  2. salam,
    confirm!!!!! memang hantu yang sedang banyak berkeliaran di KT yang bagi duit kat orang ramai di KT

    ReplyDelete
  3. What Farid said is entirely his opinion in his defence but money politic has been within Barisan for so long. There maybe some truth in what Farid said that his opponent is trying to orchestrate his fall but somehow l believe that the public will not believe him.

    This is a political game. It can be very dirty sometimes. You must always be a step ahead all the time.

    I am terribly excited to see who will come victorious in this election. If BN lost, this will indicate that come GE, Trengganu will fell to Pakatan Rakyat. Hopefully this will be the case.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.