JANGAN ULANG KESILAPAN LALU

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan penduduk Terengganu agar tidak lagi membuat kesilapan yang sama dengan membenarkan PAS bertapak di negeri ini.

Katanya rakyat Terengganu perlu ingat apa yang dilakukan PAS ketika ia memerintah di negeri ini.

"Masihkah ingat lagi, siapa tutup balai raya. Siapa tak benar tadika Kemas, siapa buat masjid tak siap, siapa rampas kereta Exco tengah jalan, siapa janji cukai tanah nak hapus tapi tak hapus, siapa yang kata nak hapuskan cukai kalau menang, PAS kluk klek," katanya ketika berucap di kawasan Peti Undi Cabang Tiga malam Isnin.

Beliau berkata PAS ialah parti yang hanya tahu menabur janji tetapi tidak melaksanakannya dan Terengganu berada dalam keadaan yang lebih baik setelah BN menerusi Gelombang Biru merampas kembali negeri ini daripada parti pembangkang.

"Saya nak tanya, siapa buat dua masjid setiap tahun, siapa yang bagi wang ehsan pada rakyat, siapa buat ICT di masjid-masjid, siapa buat macam-macam program tadika Islam JQAF, siapa jadi juara keputusan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) lapan tahun berturut turut, siapa buat lebuh raya, siapa buat universiti Darul Iman," katanya.

Najib berkata kerajaan akan memastikan program yang dilaksanakan di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Ahmad Said adalah mesra rakyat dan penduduk Terengganu mendapat yang terbaik di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya rakyat perlu insaf dengan apa yang berlaku di beberapa negara Islam contohnya di Palestin.

"Hati mana yang tidak meruntun melihat mereka menjadi mangsa kezaliman Zionis," katanya.

Najib berkata Malaysia perlu menjadi negara Islam yang kuat dan gagah perkasa.

"Umat Islam dan ummah tidak akan membangun semata-mata dengan slogan sahaja. Ia akan membangun sekiranya iman dan akidah kita kuat. Kerajaan BN akan lahirkan generasi ulul-albab menerusi dasar pendidikan negara.

Katanya generasi ulul albab boleh menjadi kenyataan sekiranya minda mereka kuat, terisi ilmu pengetahuan sains dan teknologi serta ekonomi.

"Apabila ini dalam tangan kita masa itu kita boleh beri kata dua kepada negara besar dan pertahankan maruah umat Islam," katanya.

"Kita tidak mahu jadi seperti sesetengah negara yang takut untuk menyanggah kuasa besar kerana terima bantuan dari negara-negara besar. Di Malaysia kita menongkah arus, tambah peruntukan untuk projek-projek kerajaan dalam keadaan rakyat di negara besar terpaksa menganggur kerana krisis ekonomi," kata Najib.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. saya nak tanya,sapa yang sembahyang dan makmurkan masjid setiap hari?
    saya nak tanya,buat tu buat ni tu kerajaan pakai duit siapa?
    saya nak tanya siapa bayar gaji menteri umno?
    jawapannya rakyat.
    itu semua hak rakyat.
    menteri awak tu makan gaji dengan rakyat.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.