ISU KATAK : APA PERLU DILAKUKAN?


Tiada peruntukan undang-undang yang boleh menghalang mana-mana ahli parlimen ataupun ahli DUN daripada melompat parti.

Ertinya, mana-mana ahli parlimen ataupun ahli DUN berhak meninggalkan parti yang diwakilinya dalam pilihanraya untuk beralih arah ke parti lain ataupun bebas daripada sebarang parti.

Biarpun tiada halangan yang diberikan kepada mana-mana ahli parlimen atau DUN untuk melompat parti, namun perbuatan melompat parti amat jarang berlaku. Ini disebabkan oleh faktor majoriti yang diperolehi oleh sesebuah parti yang memerintah dan juga soal etika kepimpinan.

Isu melompat parti selalunya timbul bila berlakunya keadaan di mana parti yang memerintah hanya mendapat majoriti mudah.

Selepas PRU ke 12, BN mendapat kemenangan tipis di peringkat Parlimen dan DUN Negeri Sembilan. Manakala Pakatan Rakyat mengalami nasib yang sama di DUN Perak dan DUN Kedah.

Keadaan ini telah membuka peluang kepada BN dan juga Pakatan Rakyat untuk mengambil-alih teraju kepimpinan yang sedang berada di pihak lawan mereka. Selain daripada undi tidak percaya, pertukaran teraju kepimpinan di peringkat DUN atau Parlimen boleh berlaku melalui kaedah melompat parti.

Menyedari betapa bahayanya situasi ini, maka terdapat beberapa pihak yang telah mencadangkan agar undang-undang anti-lompat parti diperkenalkan di negara ini.

Bagaimanapun, cadangan ini didapati bercanggah dengan prinsip perlembagaan Persekutuan yang telah memberikan kebebasan kepada rakyatnya untuk menyertai mana-mana pertubuhan yang mereka sukai.

Pada era 80an, Datuk Shahrir Samad pernah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen BN Johor Bahru, kemudian bertanding semula dan menang atas tiket parti Bebas.

Sejurus selepas insiden itu, kerajaan yang memerintah iaitu BN telah meminda undang-undang bagi menghalang mana-mana ahli parlimen atau DUN yang telah meletak jawatan daripada bertanding dalam mana-mana pilihanraya untuk tempoh 1 penggal atau 5 tahun.

Akibat daripada undang-undang itu, maka ahli parlimen ataupun DUN yang melompat parti tidak lagi mahu meletakkan jawatan mereka kerana mereka tidak dibenarkan untuk bertanding semula atas tiket parti baru mereka untuk tempoh 1 penggal atau 5 tahun.

Adalah tidak wajar jika seseorang ahli Parlimen ataupun DUN yang melompat itu dikecam kerana tidak mahu meletakkan jawatan mereka. Ini kerana, hak mereka untuk bertanding semula telah dinafikan selama 1 penggal atau 5 tahun.

Oleh sebab itu, jika undang-undang anti-lompat parti mahu diperkenalkan, maka undang-undang itu hendaklah:

1) Ahli parlimen atau DUN yang melompat parti mesti mengosongkan kerusi yang diwakili mereka dan pilihanraya kecil perlu dilakukan di kerusi itu.

2) Membenarkan ahli parlimen atau DUN yang meletak jawatan untuk bertanding semula tanpa apa-apa halangan.

Persoalannya kini, adakah BN dan Pakatan Rakyat boleh menerima 2 cadangan di atas?

Fikir-fikirkanlah…


DIKEMASKINI:

Dua Exco Perak dilaporkan bakal melompat ke BN pada bila-bila masa. [di sini]

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Parti PAS dikatakan mahu orang UMNO masuk beramai-ramai ke dalam parti itu.

    Kalau demikian, biarkan sajalah sesiapa hendak melompat.

    ReplyDelete
  2. Salam Aflah,

    Masalahnya dulu takpe pulak kalau adun atau ahli parlimen pembangkang nak masuk BN dan terbukti ia telah menjatuhkan kerajaan. Kenapa pulak tak boleh sekarang? Dulu buat kat orang sedap2 jer..bila kena batang hidung sendiri barulah nak teraba2 cari solusi...

    thx!

    ReplyDelete
  3. Askm,

    Political parties are not 'sightseeing hop-on & hop-off buses'. Hopping from one political parties to another by the 'wakil rakyat' is definitely an act of betrayal. Bukan sahaja pengkhianatan kpd parti asal masing-masing, tapi yg paling penting ialah kpd amanah yg telah diberikan oleh para pengundi. Yang melompat itu 'pemimpin'.
    Apa pendapat saudari???

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.