HANYA PENGECUT YANG MAHU SISTEM KUOTA
Sambil menyifatkan mereka yang cuba mengelak daripada saingan sebagai "pengecut", anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Azalina Othman menggesa agar sistem kuota pemilihan parti itu dihapuskan secepat mungkin.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan berkata, MT Umno seharusnya mengambil keputusan segera berhubung penggunaan sistem kuota tanpa menunggu sehingga selepas perhimpunan agung tahunan dan pemilihan pusat Mac ini.
"Hanya pengecut memilih untuk bertanding di bawah sistem kuota. Puteri Umno tidak pernah mengamalkan sistem kuota ketika era saya dan malah sekarang dan sesiapapun boleh bertanding apa juga jawatan.
"Dan, begitu juga parti-parti lain seperti DAP, PKR dan PAS. Mereka tiada sistem kuota.
"Saya sedih dengan sistem ini yang tidak menggalakkan demokrasi dalam pertandingan parti," kata beliau pada sidang media selepas melancarkan "Zoom! Homestay Pulau Pinang di Pulau Betong di sini hari ini.
Azalina berkata, sistem itu mengurangkan peluang individu berkelayakan untuk bertanding. Beliau menegaskan, sekiranya sistem itu dibubarkan maka ia akan menjadikan pemimpin yang bertanding untuk sesuatu jawatan itu lebih bertanggungjawab.
"Sistem kouta ini hanya menjadikan pemimpin menjaga orang-orang tertentu mendapatkan kouta untuk membolehkannya bertanding," katanya.
Azalina juga mengakui bahawa cadangan memansuhkan sistem kuota berusia dua dekad merupakan antara beberapa perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat MT kelmarin.
"Umno kena berhenti bercakap saja, perlu jujur dan berubah untuk kekal relevan," katanya lagi.
Jelas beliau, sudah tiba masanya untuk Umno mula bekerja demi kestabilan dan kekuatan parti di masa hadapan.
Beliau berkata, perubahan yang dibuat oleh Umno mestilah disertakan dengan keikhlasan demi masa depan Umno sebagai sebuah parti yang disegani.
"Sebagai generasi muda dalam parti, saya melihat perlu adanya keikhlasan dalam perubahan yang dilakukan oleh Umno.
"Untuk berjaya Umno perlu berhenti bercakap dan mula bergerak," katanya.
Sumber: MSTAR
Nur Aflah: Teringat jawapan Obama ketika ditemuramah stesyen TV Al-Arabiya, "People will not judge me by my word but my action"
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Syabas Azalina, wanita yang berani macam ini layak dikehadapankan. Semoga Allah beri hidayah kepada beliau menjadi muslimah.
ReplyDeleteAskm wbt
ReplyDeleteMemang benar, hanya orang penakut dan berkepentingan sahaja yg menyokong sistem kuota.
namun perlu kita sedar diri, kalau kuota tak cukup tu tanda orang tak suka la.. kalau seseorang itu disukai ramai, berapa kuota pun tak menjadi masalah.
kalau kuota dihapuskan pun elok juga.. apa2 pun tak menjadi masalah kpd ahli biasa yg tak mengejar jawatan parti.