DULU NOMBOR 3, SEKARANG NOMBOR 1?

Sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh, calon BN iaitu Datuk Arif Shah menyatakan, peluang untuknya memenangi pilihanraya kecil itu begitu cerah berdasarkan kepada nombor 3 yang diperolehi pada hari pencalonan.

Sila tonton video di bawah :



Akhirnya, beliau kalah dan Anwar menang dengan majoriti yang lebih besar.

Kini, tuah pada angka juga turut diharapkan oleh Calon BN bagi PRK Kuala Terengganu. Berita Harian melaporkan,

Wan Farid anggap petanda baik



KUALA TERENGGANU: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengharapkan angka 1 akan membawa tuah kepadanya untuk menang pilihan raya kecil Parlimen Terengganu 17 Januari ini.

Beliau berkata, namanya yang diletakkan kedudukan nombor satu daripada tiga calon pada kertas undi bakal menjadi angka ajaib untuk meneruskan penguasaan BN di Parlimen Kuala Terengganu.

"Saya adalah calon nombor satu dalam kertas undi dan harap ia akan menjadi angka ajaib," katanya kepada pemberita semalam.

Wan Ahmad Farid juga berharap kehadiran ramai penyokong BN ke pusat penamaan calon memberi petanda awal yang baik BN untuk memenangi pilihan raya kali ini.

Beliau berkata, sejak pembabitan aktif dalam politik dan pilihan raya pada 1999, kehadiran penyokong pada penamaan calon semalam lebih tinggi daripada sebelum ini serta lebih tinggi berbanding ketika sokongan terhadap BN memuncak pada pilihan raya umum 2004.

Katanya, walaupun BN hanya menghadapi pilihan raya kecil, sokongan daripada penyokong kali ini boleh dianggap sebagai luar biasa.

"Saya terharu dengan kehadiran ramai penyokong dan ini adalah petanda awal yang baik," katanya.

Lebih 15,000 penyokong BN berarak dari kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Said untuk mengiringi beliau ke pusat penamaan calon awal pagi semalam. Perarakan diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ditanya mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau hanya proksi Perdana Menteri, Wan Ahmad Farid berkata, beliau tidak mahu mengulas perkara itu tetapi gembira dengan kehadiran Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkempen untuknya.

"Saya tidak mahu ulas isu itu kerana apa yang saya mahu lakukan sekarang ialah memberi tumpuan sepenuhnya kepada pilihan raya dan ingin berjumpa seberapa ramai pengundi," katanya.

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Bukan angka yang bagi kemenangan. Allah yang bagi. Kalau Allah nak menagkan sorang tu, menaglah. Bukan nombor. Hmmmm....

    ReplyDelete
  2. Org BN mmg suke main nombor...
    pasal tuh la kedai nombor byk berleluasa..so tak pelik lah Ariff Shah and Wan Farid suke nombor tuhhh...sok nanti kalah dek nombor jugak nanti (nombor jumlah undi)

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.