KALAU BUKAN AZMIN YANG BOHONG, SIAPA?


Selepas menunggu hampir 10 tahun, naib presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali akhirnya lega selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan mahkamah lain sebelum ini yang membebaskan dan melepaskannya daripada tuduhan memberi keterangan palsu.

Hakim Datuk Md Raus Sharif yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Ma'arop dan Datuk Sulaiman Daud menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang bersetuju dengan keputusan Mahkamah Sesyen bagi membebaskan dan melepaskannya daripada tuduhan itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohamed Azmin, 42, berkata beliau amat lega kerana keputusan itu menunjukkan beliau tidak melakukan kesalahan itu.

Pada 13 Julai 1999, Mohamed Azmin dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Hamdan Indah daripada tuduhan memberi keterangan pada perbicaraan kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi pada 9 Mac 1999. Pihak pendakwaan kemudian membuat rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Patail membenarkan rayuan itu dan mengarahkan agar kes itu didengar semula di Mahkamah Sesyen bagi Mohamed Azmin membuat pembelaan.

Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir mendapati Mohamed Azmin bersalah dan mengenakan hukuman penjara 18 bulan tetapi membenarkan permohonan Mohamed Azmin menangguhkan hukuman bagi beliau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Pada 1 Nov 2007, Mahkamah Tinggi bersetuju dengan keputusan awal Mahkamah Sesyen untuk membebaskan dan melepaskan Mohamed Azmin daripada tuduhan memberi keterangan palsu, dan ini mendorong pihak pembelaan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Sumber: MSTAR

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!



Photobucket
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.