ANDA ‘SAYANG’ NAJIB ATAU ‘SAYANG’ UMNO?


Jika tiada aral melintang, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak akan sah menjadi Presiden UMNO pada penghujung bulan Mac nanti kerana beliau sudah menang jawatan itu tanpa perlu bertanding dengan sesiapa.

Sebelum jawatan itu disahkan sebagai rasmi, Najib sudah pun diuji dan diberi kepercayaan oleh Pak Lah untuk mengetuai beberapa tugas penting UMNO. Antaranya pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Hasilnya, Najib gagal mengembalikan sokongan pengundi terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Biarpun pelbagai analisis dan alasan telah diberikan tentang kekalahan itu, namun para penyokong UMNO dan Barisan Nasional hendaklah mengakui yang Najib bukanlah ‘hero’ yang boleh diharapkan untuk mengetuai UMNO/BN bagi mengharungi tsunami politik yang sedang melanda politik negara.

Kenyataan ini memang sesuatu yang sukar untuk diterima. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang sedang memegang jawatan penting dalam UMNO dan Barisan Nasional. Bak kata pepatah, hendak diluah mati emak, hendak ditelan mati bapak. Menolak kepimpinan Najib seolah mereka mahu menggali kubur sendiri.

Justeru itu, saya langsung tidak berasa hairan jika mereka masih mahu mempertahankan Najib. Lebih-lebih lagi, perlantikan Najib turut direstui Tun Mahathir, bekas Presiden UMNO yang paling lama berkuasa di negara ini.

Jika anda sudah lupa, UMNO pernah mengalami krisis terburuknya pada pilihanraya 1999. Tun Dr Mahathir mula sedar, jika beliau terus memegang kuasa, UMNO boleh tewas dalam pilihanraya 2004. Sebagai politikus yang genius, Tun Mahathir memilih Abdullah Badawi dan bukannya Najib yang sepatutnya lebih layak mengikut hirarki UMNO.

Dengan imej Mr. Clean yang dimiliki Abdullah, tidak sukar untuk kita meneka sebab-musabab Tun Mahathir sanggup membelakangkan struktur hirarki UMNO dan memilih Abdullah Badawi. Pada waktu itu, UMNO lebih memerlukan seseorang yang dianggap ‘bersih’ daripada seseorang yang dianggap ‘berpengalaman’.

Kemampuan UMNO/BN membangunkan negara ini sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat dunia tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun. Biarpun terdapat beberapa kekurangan di sana-sini, namun ianya dipandang sebelah mata oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Akan tetapi, UMNO telah kehilangan sesuatu yang amat berharga untuk mengekalkan kuasanya iaitu kehilangan ‘imej bersih’nya. Tuduhan UMNO/BN mengamalkan kronisme, nepotisme dan rasuah politik hanyalah intrepretasi daripada kegagalan UMNO/BN mengekalkan imej bersihnya di mata rakyat Malaysia.

Ternyata strategi Tun Mahathir menjadi bila beliau memilih Abdullah Badawi. UMNO/BN mendapat kejayaan yang paling cemerlang dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Kejayaan itu sebenarnya berpunca dari imej Abdullah Badawi yang dianggap sebagai pemimpin yang bersih dari sebarang skandal dan pengundi cuba menaruh harapan yang tinggi pada Abdullah Badawi.

Malangnya, Abdullah Badawi gagal mengekalkan imej ‘bersih’ itu. Gambar beliau bersentuhan dengan bukan muhrim menyakitkan mata pengundi Islam. Kisah budak tingkat 4 memusnahkan kepercayaan para peniaga dan pengusaha. Kehadiran semula Anwar Ibrahim dan pengaruh media alternatif berjaya memanipulasikan keadaan itu sehingga UMNO/BN mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya 2008.

Tsunami politik yang berlaku kini bukan kerja semalaman. Ianya adalah hasil daripada kegagalan UMNO/BN mengenalpasti perubahan yang diminta oleh rakyat sejak dahulu lagi. Contohnya, isu rakyat menentang ISA, isu kemunduran kaum India, isu konsep negara Islam, isu AUKU, isu ketelusan pihak media sudah diperkatakan sejak bertahun dahulu. Semua isu ini gagal difahami dan ditangani oleh UMNO/BN.

Keadaan ini bertambah buruk bila pengundi muda sudah memiliki tahap pemahaman yang lebih baik tentang perjalanan politik negara. Golongan ini tidak lagi mudah dipengaruhi oleh mana-mana parti politik. Biarpun golongan ini sering dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral, tetapi mereka lebih mengutamakan pemimpin yang bermoral.

Sebagai contoh, kelas tingkatan 5 Sigma dipenuhi pelajar yang keras kepala dan nakal. Lazimnya, ketua kelas yang mereka pilih adalah seseorang yang dilihat lebih bermoral dan berkredibiliti di kalangan mereka. Lalu, memang tidak menghairankan bila belia India sanggup menyokong Tuan Guru Nik Aziz daripada pemimpin MIC, belia Cina sanggup menyokong Anwar Ibrahim daripada pemimpin MCA dan belia Melayu sanggup menyokong Lim Guan Eng daripada pemimpin UMNO.

Persoalannya kini, adakah Najib memiliki ciri-ciri pemimpin yang bermoral?

Jika ditanya pada penyokong Pakatan Rakyat, tentu sahaja mereka akan menjawab tidak.

Justeru itu, setiap penyokong UMNO perlu bertanya pada diri sendiri, adakah anda sayangkan Najib atau anda sayangkan UMNO?

Jika anda sayangkan UMNO, anda kena baca posting ini dengan hati yang terbuka. Jika anda bencikan UMNO, anda kena baca posting ini sebagai iktibar untuk mengekalkan kejayaan yang sedang anda miliki.

Kesimpulannya, setiap pemimpin di Malaysia perlu bijaksana dalam setiap tindakannya; perlu benar dalam setiap niat, percakapan dan perbuatannya; perlu menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan kepada rakyatnya; perlu amanah dalam menjalankan kewajipannya; jika mahu menjadi pemimpin yang disegani dan diterima oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan aga
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Salam Aflah,

    Selagi Najib's gagal memebersihkan imejnya dan keluarganya maka dia sama sekali tak layak untuk menjadi Khalifah Islam Hadhari Kedua Malaysia....

    Orang UMNO bukan sayang Najib's tetapi mereka lebih sayangkan perut-perut mereka yang kosong, dari langsung tak terisi baik mereka nyatakan sokongan kepada manusia yang tak layak.

    Secara tradisinya seorang presiden dalam UMNO akan menjadi PM tetapi tak salah kalau tradisi itu diubah kerana menjadi hak mutlak seorang PM semasa untuk menamakan sesiapa sahaja untuk menjadi penggantinya dan penggantinya semestinya layak dan disukai umum. Jika tidak jangan salahkan rakyat kalau mereka menukar terus kerajaan selepas PRU 13 nanti...

    Kepada Pak Lah, fikirkan semula pengganti yang layak, anda sendiri sudah nampak siapa yang gilakan kuasa dan jangan hancurkan harapan pengasas UMNO terdahulu (bukannya TDM) ketika mula menubuhkan UMNO...

    Najib..., Be gentleman la, dah dua kali kalah PRK, letak saja jawatan tu...opss! Budaya letak jawatan tu bukan menjadi kebiasaan di Malaysia, jadi susah juga yer.....

    KOPI.K.LA.SNDIRI!!!

    thx!

    ReplyDelete
  2. Saya bekas pelajar 5 Sigma dan menjadi Ketua Kelas..bukan sebab lebih bermoral tetapi lebih tampan..

    Sesuai untuk Aflah.

    BTW, Dato' Najib memang kureng.

    ReplyDelete
  3. salam NorAflah:

    "Ada ubi ada batas" dan "Orang berbudi kita berbahasa" dua kata-kata inilah yg Mahathir terpaksa memberi sokongan padu pada Najib. Kalau tidak Mahathir hanya tinggal pada nama sahaja kalau bukan Ku Li yg jadi PM. Pandainya Pak Najib...itulah namanya strategi perjuangan.

    ReplyDelete
  4. Najib sudah hampir sampai ke puncak hirarki kepimpinan UMNO dan negara.Kecuali takdir menentukannya lain, Najib akan menjadi Presiden UMNO dan PM Malaysia tidak lama lagi.

    Sekarang saya kira bukan masanya lagi untuk bertanya sama ada sayangkan Najib atau sayangkan UMNO.

    Itu semua sudah terlambat.Soalan itu barangkli wajar dikemukakan sebelum PRU12 dahulu; bukan sekarang.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.