AHMAD NASIR LEBIH RELA DIPENJARA

Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Ketika ditahan polis, Ahmad Nasir Darus (27 tahun) hanya memakai serban.

Beliau bagaimanapun memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dirinya dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara selama dua hari.

Bagaimanapun, atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah SAW, beliau lebih sanggup menjalani hukuman penjara.

Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan. Mahkamah mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan yang munasabah dan tiada keterangan saksi-saksi lain yang dapat mengesahkan Ahmad Nasir 'seorang lebai'.

Pelajar pondok itu yang diwakili peguam Ahmad Rizal Effande Zainol memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut bagi membolehkan rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi. Namun, mahkamah menolak permohonan peguam dan mengekalkan keputusan asal. Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.

Ahmad Rizal ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu beliau menyerahkan kepada anak guamnya untuk memilih sama ada ingin membayar denda atau sebaliknya. Katanya, anak guamnya merasakan dirinya tidak bersalah kerana ia hanya mempertahankan sunah Rasulullah saw dengan memakai serban.

Oleh itu beliau akan memfailkan permohonan rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.

"Saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi bagi dijadikan bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah 'lebai' dalam peruntukan undang-undang," katanya.

Perkarangan mahkamah dipenuhi hampir 100 rakan Ahmad Nasir yang datang untuk memberikan sokongan moral dan keadaan agak hiba kerana kebanyakan dari mereka kelihatan menitiskan air mata selepas mendengar keputusan mahkamah.


FAKTA KES:

Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.

Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama.

Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 beliau membuat pengakuan tidak bersalah serta mohon dibicarakan.

Sumber asal: Harakah Daily

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Salam Aflah,
    Apa nak jadi dengan malaysia yang digembar-gemburkan sebagai negara Islam tetapi dalam usaha hendak membuktikan bahawa seseorang itu boleh dikategorikan sebagai 'lebai' mestilah didatangkan saksi yang menyokongnya...Lagi satu kenapa bila muslim memakai serban boleh disaman tetapi kawan-kawan sebangsa dengan Karpal Singh yang 'alim dan warak tidak pula disaman kalau melakukan kesalahan yang sama....hairan-hairan....apakah anak Sultan Kelantan yang comel itu tidak mengambil kira faktor ini untuk dijadikan landasan hujahnya untuk menolak kes ini dari dibicarakan atau memang tuntutan menutup kepala bukanlah aurat bagi seorang lelaki dan tidaklah juga menjadi salah bagi seorang perempuan seperti hakim tersebut?? mfikirkan...

    ISLAM HADHARI ISLAM SEJATI????
    thx!

    ReplyDelete
  2. tengok fakta kes.

    jalan pasir tumboh. mana tu?
    kalau jalan utama tu, jalan pasir putih.

    ahmad nasir budak pondok pasir tumboh?
    bermakna dia bukan naik motor dgn serban sampai ke kuala krai. hanya sekitar pondok saja.

    gunalah budi bicara sikit.
    ikut buku pun biarlah kena gaya.

    calon pilihanraya naik motor tak pakai topi keledar takpa pulak. polis ada ribu2 kat situ.

    ReplyDelete
  3. ini lah hasil penjajahan sekular yahudi yg diteruskan oleh UMNO..bile ckp org ramai tak percaya..kes serban ni dah lama sejak saya sekolah sains tengku abdullah raub lagi...masa tuh sekolah amat anti dgn golongan org yg berserban dan nak menegakkan sunnah..bukan pakai time pi kelas pun...just pakai time semayang kat musolla asrama je pun...cek2 balek background pengetua tu..tgk2 org Johor..aku dah boleh agak lah parti apa anutan dia tu....kepada hakim ,pendakwaraya,polis yg menahan,dan kepimpinan kerajaan yg memerintah : KO JAWAB LER KAT PADANG MASYAR SOK...KO TENTANG SUNNAH DIA TAPI SOK KO NAK HARAPKAN DIA BAGI SYAFAAT PADA KO???NAK HARAP NABI LETAK SERBAN DIA UTK BERATKAN TIMBANGAN AMAL BAIK KORANG??HEHHE SORIIII

    ReplyDelete
  4. die kene saman sbb tak pakai helmet kan?
    bkn sbb die pakai serban..
    per mslhnye ie
    pakai helmet tu kan utk keselamatan sndr..
    dah kene saman byr jelah..
    huhu

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.