ARAB SAUDI MAHU BANGUNKAN SEMULA BANDAR GAZA
"Setitik darah rakyat Palestin lebih bernilai daripada semua kekayaan di dunia ini"
Itulah ungkapan yang diucapkan Raja Abdullah bin Abdul Aziz ketika menyampaikan sumbangan US$1 bilion untuk membina semula wilayah Genting Gaza yang telah musnah selepas tiga minggu diserang rejim Israel.
Bercakap pada Sidang Kemuncak Ekonomi Arab, Raja Abdullah berkata, tidak kira betapa pentingnya isu ekonomi, ia tidak boleh disamakan dengan nyawa dan maruah.
"Dalam tempoh beberapa hari lepas, kita menyaksikan imej yang amat menjijikkan, berdarah dan menyakitkan, pembunuhan dilakukan secara terang-terangan di hadapan mata dunia oleh penjenayah kejam yang tidak berhati perut dan tanpa belas kasihan," katanya lagi yang sebelum ini dikecam kerana hanya mengambil sikap berdiam diri.
Terdahulu, Amir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Sabah, yang mempengerusikan sidang kemuncak dua hari itu, mengetuai kutukan bertalu-talu pemimpin Arab yang membantah kekejaman Israel di Gaza.
Beliau berkata Kuwait akan memberikan sumbangan sebanyak US$34 juta kepada Agensi Pekerjaan dan Bantuan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Near East (UNRWA) sebagai memenuhi keperluan segera rakyat Palestin, dan akan turut memberikan sumbangan kepada usaha antarabangsa negara-negara yang menghulurkan bantuan.
Beliau menggambarkan serangan Israel sebagai "satu jenayah perang dan perang terhadap kemanusiaan".
Lebih 1,300 rakyat Palestin terbunuh dan 5,300 lagi cedera manakala kira-kira 4,000 bangunan kediaman musnah sejak Israel melancarkan serangan pada 27 Dis.
Ahad lalu, Israel mengisytiharkan gencatan senjata yang kemudiannya diikuti oleh Hamas. Rejim itu diberikan masa seminggu oleh Hamas untuk mengeluarkan bala tenteranya dari Gaza. Banyak pihak yang beranggapan, Israel mengumumkan genjatan senjata kerana mahu memberi peluang kepada dunia untuk meraikan kedatangan Presiden baru Amerika, Barrack Hussein Obama.
Bercakap selepas pemimpin Kuwait, Presiden Syria Bashar Al-Assad menyeru negara-negara Arab menggunakan istilah 'entiti terrorism" bagi menggambarkan negara Yahudi.
Al-Assad berkata walaupun gencatan senjata itu dijamin, tiada tanda-tanda keganasan akan berakhir memandangkan tentera Israel masih berada di Gaza. Presiden Mesir Hosni Mubarak berkata negara itu menunjukkan sokongan yang kuat dan jelas kepada Genting Gaza sejak hari pertama pencerobohan Israel itu.
Sambil menyatakan Israel perlu sedar bahawa mencapai keamanan di Timur Tengah adalah satu keperluan utama yang tidak boleh ditangguh, beliau berkata rejim itu perlu mengambil kira dengan lebih serius inisiatif Arab untuk keamanan.
Sementara itu, Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang sebelum ini dikecam kerana bersekongkol dengan puak Zionis telah meminta rakyat Palestin yang berpuak-puak melupakan perbezaan mereka dan mengadakan pertemuan di Mesir.
"Jika kejadian berdarah di Gaza masih tidak cukup untuk kita bersetuju antara satu sama lain, jadi bila lagi masa itu akan sampai?" kata Abbas yang kelihatan 'gembira' bila kekuatan Hamas di Semenanjung Gaza berjaya dilumpuhkan rejim Israel.
Beliau berkata jika persetujuan dicapai, apa yang diperlukan selepas itu ialah kerajaan yang bersatu dan berusaha untuk menamatkan keganasan Israel, berundur dari Gaza dan membuka sempadannya serta mengadakan pilihan raya.
Dari sumber asal: Bernama
Nur Aflah: Hamas lebih layak mentadbir Palestin!
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
aku tak sabar menunggu kehadiran mu Imam Mahdi...dan aku ingin sgt2 utk menjadi sebahagian dari tentera mu
ReplyDelete"Beliau berkata jika persetujuan dicapai, apa yang diperlukan selepas itu ialah kerajaan yang bersatu dan berusaha untuk menamatkan keganasan Israel, berundur dari Gaza dan membuka sempadannya serta mengadakan pilihan raya..."
ReplyDeletewell said. If he seriously means it, then that's the mark of a wise leader. If I am a palestinian, that's the leader i will chose, not the terrorist Hamas who ONLY knows how to talk big and have no other objectives other than to wipe the Jews out of Israel....sigh....
I wonder if one day the real bumiputera of Malaysia becomes strong and start to 'usir' the Malays/Chinese/Indian out of Malaysia...what will the world says.....
or maybe indonesia starts another round of Konfrontasi to get back Sabah and Sarawak, since this is the unfinished job of the 60's....and what would the world says...
or maybe we can go back to those dynasty days where all the nothern states of peninsular belongs to the Siam, and now the Kingdom of Siam wants to get back all that is rightfully theirs and which were taken from them by the British....
is it not Silly?
my point is, if the fued has been on going for two generations, then is it not time to learn to move on and make the best of what you have and make an attempt to improve the lives of the next generations? Again, this is the problem of PRIDE...indeed as the Good Book says, the biggest sin is NOT blasphemy,..... but Pride
Look at how the Hamas talks -
"Rejim itu diberikan masa seminggu oleh Hamas untuk mengeluarkan bala tenteranya dari Gaza...."
Hai Hamas the prideful, who are you to dictate that? Wise up Hamas, the whole world are wathching your useless arrogance day after day...
KaKiaYam