SYED HAMID : PAS SUKA TUDUH DAN FITNAH UMNO

"Saya hairan mengapa Pas suka menuduh dan memfitnah UMNO?"

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar hairan dengan tindakan pemimpin Pas Johor membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan berlaku politik wang semasa Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tindakan Pas itu diragui dan dilihat cuba mengganggu urusan pemilihan parti yang tidak berkaitan langsung dengan pembangkang.

"Saya hairan mengapa Pas suka menuduh dan memfitnah UMNO?

"UMNO sendiri ada saluran untuk aduan kes-kes sebegini dan Pas tidak perlu menyiasat sebarang dokumen berkaitan parti," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Masjid Jabatan Penjara Malaysia Kajang di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ketua Penerangan Pas Johor, Mazlan Aliman semalam yang membuat laporan kepada BPR kerana terdapat dakwaan rasuah wang pada pemilihan UMNO Bahagian Kota Tinggi.

Syed Hamid yang tidak gentar dengan sebarang siasatan yang akan dibuat BPR menegaskan, beliau bersedia untuk disiasat bagi membuktikan kebenarannya.

"Sesiapa pun mesti rela disiasat. Jika Pas sendiri sudah masuk campur urusan parti, kita cadangkan dia sendiri memasuki UMNO," tegasnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Sedutan video mengenai kekecohan yang berlaku di Cawangan Sedili dalam Bahagian UMNO Kota Tinggi, Johor.



Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. PAS bukan menuduh. Politik wang diperkatakan oleh orang UMNO sendiri.

    Tetapi saya bersetuju dengan posting oleh Mat Sayuti Omar berkaitan isu ini.

    ReplyDelete
  2. Pencacai UMNO tidak berani melaporkan kpd BPR.
    PAS terpaksa membuat laporan kerana amar maarof nahi mungkar. Itu je..Syed Botak Albar !

    ReplyDelete
  3. Itulah namanya politik. Kita akan cari keburukan parti lawan supaya orang melihat parti kita bagus. Kalau tak buat macam tu susah la nak menang. Manakala kebaikan parti lawan jangan sekali dihebahkan kerana ini tidak akan menguntungkan parti kita.

    ReplyDelete
  4. Betul tu, RASUAH sudah jadi budaya dan milik UMNO sahaja. Kenapa orang lain perlu ganggugat ?????

    Kalau ada kecurian di rumah jiran, ada khalwat di sebelah rumah, ada berbunuh bunuhan di sekitaran, Kita hanya tengok??? Kita hanya pekakkan telinga????

    Syed hamid harus berani jika benar, kenapa takut????

    ReplyDelete
  5. huhuhu..betul lah kluangman..aq pun setuju gak ngan pandangan ko tu.. sebab apa,bila aku lalu kat plaza ke,tepi laut ke..kat sawit ke kat tangga belakang umah ko ke..ada je kelibat musibat manusia bertopengkan rupa melayu,betina tu bertudung,kekadang dah tercabut tudung..duk tengah main geli2....
    ini berlaku kerana...hati kite berkata..
    1)aku rasa dia ni orang muslim kot..mesti tau haram..dan nafsu ..
    2)eh`eh..celaka punye couple,main tak cover...
    3)anak siapalah ni/adik/akak/mak siapalh ni tengah main ni..
    4)budak sial mana lah ni,minum benda haram kat simpag jalan tu....
    5) ramai nye masuk kedai nombor ni..ada cabutan bertuah ke..
    6)beli gula kat kedai ah seng,tu perbuatan subahat..

    dan macam-macam lagi benda yang subahat,haram di celup nafsu, telah berlaku di sekitar kite kan...

    sebab kite, diri kite punya masalah sebenarnya...kita tak tangkap dan serahkan pada badan2 yg wajib...malah kite sendiri bersubahat untul melindungi perbuatan itu...jangan tanya peminpin apa yg dia dah sediakan..tanya diri kite apa yang boleh kite pelawa kan..

    kalo semua masalah berpunca dari peminpin..dimanakah diri kite sebenarnya..?
    tanggung jawab peminpin sbg khalifah besar bagi rakyat, jauh sekali dengan tanggungjawab diri sendiri kepada alam ini sebagai khalifah ilmu pada alam ini,

    fahami tanggungjawab pemimpin,cth (perlu ada menyediakan kemudahan2 asas bagi membantu rakyat)
    dan fahami tanggungjawab diri,(belajar,mendidik,memilih aliran yg sesuaian cara hidup islam,befikir matang sebelum buat keputusan,ada nilai berhemah,kawal kualiti maruah diri dan keluarga,melahirkan genarasi islam serba pantas dan berintelektual) by642248

    (25/01/10)

    ReplyDelete
  6. eemm.ada logik gak otak ko ni 642248,...sebab kecantikan genarasi kite bermula dari rumah pew..yelah kalo takde sumber2 punca makanan yg haram..maka manusia itu mesti suci hati dan mudah mendapt nur dari ALLAH,kemudian diterapkan nilai2 islam,kemudian beri pendidikan akedemik dan islam dengan benar dan sabar dari keluarga,insyallah genarasi baru akan aman-damai,

    tapi,kalo mak bapak makan benda haram,tengok maksiat,buat maksiat/benda haram/tak amanah,becerai berai,curang,menyundal,terima rasuah,makan harta anak yatim,dan sekutu ngan nya..camana nak harapkan anak-anak yang di lahirkan sebagai pewaris keturunan keluarga baik2 belaka,,,sebab banyak benda haram2 tu dah jadi darah daging dan benih kepada anak itu..
    pastu besar nanti sama lah jenayah islam dia akan buat cam bapak/mak dia..tetapi kite kena ingat (tidak pada mereka yang di kecualikan oleh allah s.a.w..)

    jadi ulasan disini, menunjukan maksiat yg berlaku pada sekitar kita pada masa dan hari kini berpunca dari pekara2 diatas..bukan pemimpim yang suruh bunuh2,romen2,mencuri, memberi rasuah..masuk umah kluangman mencuri, dll...
    pemimpin dah sediakan tempat belajar,,ko tak gi belajar,pas tu ko ni cetek ilmu,pandai lak nak komen...aku berani cakap la, orang yang pendek akal,panjang nafsu,tuli huruf,pekak sejarah,tak suka buat pekara orang bijak suka buat,suka buat pekara orang bodoh suka buat..sampai bila pun bangsa,dan kaum itu takkan maju..kerana perubahan sesuatu kaum itu terletak pada diri kaum itu sendiri...dari saya sendiri 642248

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.