SUMPAH SAIFUL TIDAK SAH?

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan satu garis panduan sumpah menurut hukum Islam tidak lama lagi bagi mengatasi masalah kekeliruan serta pendapat yang berbeza di kalangan ilmuan Islam megenai perkara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, anggota Majlis Fatwa Kebangsaan sedang meneliti segala hukum berdasarkan nas, agar selari dan tiada perbezaan pendapat di kalangan tokoh agama.

"Setelah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ahli Fiqah Islam dimuktamad, garis panduan akan dikeluarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar BaitulmalMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 2007/2008 di sini hari ini.

Soal sumpah menurut hukum Islam menimbulkan kekeliruan apabila bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 16 Ogos bersumpah atas nama alQuran di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa beliau diliwat oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bagaimanapun sumpah yang dibuat Saiful mengundang pelbagai polemik berkaitan status sah sumpah itu sendiri.

Ada pendapat mengatakan sumpah itu tidak mengikut syariat Islam, malah ada menyatakan sumpah berkenaan tidak menepati apa dikehendaki hukum Islam dan beranggapan sumpah yang ada dalam Islam ialah hanya li'an membabitkan suami isteri.

Ahmad Zahid berkata, apabila garis panduan itu dikeluarkan umat Islam yang hendak mengangkat sumpah secara Islam perlu mematuhinya bagi mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan.

Dalam pada itu, Zahid berkata, sebuah institut fatwa akan ditubuh bagi mengkaji fatwa yang pernah dan akan dikeluarkan serta hukum Islam yang dipakai di negara ini serta negara Islam lain di dunia.

Beliau berkata penubuhan institut itu yang dikenali sebagai Darul Iftaq merupakan antara persetujuan yang dicapai pada pertemuan antara anggota Parlimen Islam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat pertengahan bulan lepas.

Ahmad Zahid berkata buat permulaan Darul Iftaq akan beroperasi sebagai sebuah unit di Jabatan Agama Islam sebelum kuasanya diperluas sebagai sebuah jabatan di bawah Majlis Agama Islam.

Terdahulu seramai 139 pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan menerima sumbangan wang tunai, sijil dan plak daripada Zahid.

Sumber : Bernama

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Biar kan saiful terjun dengan labu labunya. Insyallah jika sumpahan itu tidak benar maka kau akan merasainya azab didunia ini tidak perlu memunggu diakhirat.
    Kita sama sama akan lihat dan tunggu bila tibanya azab itu kepada saiful.Kebenaran akan pasti ujud dan kebatilan akan musnah akhirnya.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.