SHAHRIZAT MAHU CABAR RAFIDAH?


Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dijangka mengumumkan pendiriannya minggu depan berhubung jawatan yang akan ditandinginya pada pemilihan pergerakan itu.

Setiausaha akhbarnya, Eikmar Rizal Ripin berkata, pengumuman secara rasmi akan dibuat sama ada Shahrizat akan menentang Ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz untuk jawatan Ketua atau menghadapi cabaran Exco Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim bagi jawatan Naib Ketua.

"Mungkin minggu depan (akan buat pengumuman). Tunggulah sikit masa lagi... kita akan buat pengumuman rasmi," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Shahrizat sehingga hari ini masih belum menyatakan pendiriannya sama ada akan bertanding jawatan nombor satu atau dua pergerakan itu selepas menyatakan beliau bertegas supaya pelan peralihan kuasa pergerakan itu perlu diselaraskan dengan Umno induk, Pemuda dan Puteri, Mac depan.

Isnin lalu, mesyuarat Exco Wanita Umno memutuskan pelan peralihan kuasa kepimpinan pergerakan itu kekal pada Jun 2009, manakala jawatan ketua dan naibnya tidak akan dipertandingkan.

Sementara itu, Kamilia tetap dengan pendiriannya untuk bertanding merebut jawatan Naib Ketua dan tidak bersetuju dengan pelan peralihan kuasa tersebut.

Shahrizat memperoleh 73 pencalonan sementara Rafidah dengan 117 pencalonan bagi jawatan Ketua Wanita, manakala bagi jawatan Naib Ketua, beliau mendapat 113 pencalonan manakala Kamilia 54.

Sumber : MSTAR

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. Baru betul kalau Sharizat nak lawan Rafidah. Jangan takut, menang ke kalah ke --- lawan Kak Ejat. Biar jatuh ditempat nombor satu daripada kalah ditempat nombor dua. Penyokong Sharizat akan bermatian kempen kalay Sharizat lawan tempat nombor satu. Wanita dah meluat dengan kesombongan Rafidah. Apa dia buat untuk wanita selain menguntungkan kroni-kroni dan keluarga. Rafidah hanya hebat jadi ketua selama 22 tahun kerana pandai jaga hati orang orang umno diatas. Makna kata cakap orang putih politik"I scratch your back you scratch my back".

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Klu setakat, cabar mencabar tu tak kisah, buat ler ape yg. patut utk. sahut cabaran.
    Tapi klu sampai adegan cakar mencakar sudahnye, parah! Takut ade yg berdarah nanti...
    Bukan ape, zaman ni macam2 cerita luar biasa, lawak, pelik dan jelek bisa terjadi anytime jer...!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Cik Puan Nur Aflah,

    Cabar mencabar adalah asam garam dalam politik, kalu menang ada ganjaran yang akan menunggu. mungkin jawatan Menteri akan menjadi hadiah, Mercedez S320 siap dengan driver, kuasa executive (power), fame dan semua benefit sebagai Menteri. Orang kata Menteri Kabinet nie gaji dia ajer dah RM50,000. Not bad for someone yang dudok dalam Parliment berkokak dan bertekak, bertikam tikam lidah. Anyway wang ringgit bukanlah priority sesetengah Menteri kerana kebanyakan nya sudah pun ada business dan sudah pun menjadi multi-millionaire. Shahrizat dengar kabar, husband dia nie very wealthy so money is not her objective, l dont think so.

    Ramai yang mahukan Sharizat mengambil alih. She is equally capable if not better and is popular among grass root members.
    I will be suprised if she lose to Opah Pidah.

    ReplyDelete
  4. KAK FIDAH ELOKNYA PENCEN AWAL. JAGA CUCU. DAN PEE KE MASJID

    ReplyDelete
  5. Salam,
    What's wrong with these people?
    Billionaires by daylight robbery playing communal politics- and they still cry!
    The rakyat who have been cheated blind (no doubt due to their own communal sentiments)should be the ones crying

    ReplyDelete
  6. harap biar lah yang terbaik menang..hanya ada dua saja bertanding...susah gak ya...itu jer yang ada. azalina pun ok gak...new blood

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Banyak pihak berpendapat bahawa Sahrizat sekarang sedang tersepit.

    Setelah Rafidah menyatakan tidak mahu berundur pada bulan Mac 2009 sebagaimana yang "diminta" oleh Shahrizat, memang wajar Shahrizat mencabar Rsfidah.

    Tapi yang kita nanti-nantikan, adakah Sharizat mempunyai keberanian?

    ReplyDelete
  8. Nur Aflah..,
    Jika Shahrizat ikut pelan peralihan kuasa seperti yang dicadangkan oleh Rafidah dan rakan-rakannya, Shahrizat tidak akan jadi ketua tetapi hanya jadi pemangku ketua wanita selama tiga tahun. Atas alasan untuk membuktikan kewibawaannya untuk memimpin...?

    Ada setengah exco berpendapat walaupun Shahrizat jadi pemangku nanti, hakikatnya dia ada kuasa penuh sebagai ketua untuk buat keputusan...?

    Tujuan Rafidah bertangguh kerana beliau nak gunakan masa tiga bulan (march - jun) itu untuk turun ke bawah berjumpa akar umbi cari jalan rawat parti..?

    Boleh percaya ke keikhlasan Rafidah untuk menyerahkan kuasa kepada Shahrizat pada Jun nanti, memandangkan pada waktu itu negara mungkin mempunyai barisan kabinet yang baru. Dan Rafidah tak ada masalah sebab dia Anggota Parlimen (Kuala Kangsar), sedangkan Shahrizat kalah (kerusi Parlimen Lembah Pantai dalam pilihan raya Mac lepas).

    ReplyDelete
  9. Kak Jat,
    Bila lagi,tunggu apa lagi,sampai bila pun tak akan ada peluang lagi,
    kami semua percaya akan kebolihan kak Jat memimpin.
    Kepada Rafidah janganlah terlalu ego, turunlah sebelum ahli akan MENURUNKAN KAMU.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.