
Gobind berkata, sepanjang pengetahuannya, ketika Jabatan Peguam Negara mendapat fail kes, mereka dikatakan mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Razak yang akhirnya menyebabkan Razak ditahan reman sepanjang perbicaraan.
"Apabila tiba masa pembebasan pada masa ini, tiada alasan konkrit yang diberikan...tiada yang berubah. Jika tiada yang berubah, kami akan tanya kenapa Jabatan Peguam Negara membuat keputusan yang sebaliknya iaitu rayuan tersebut tidak perlu (dilakukan).
"Ini penting kerana kes ini bukan sahaja mendapat perhatian dalam negara malah daripada masyarkat antarabangsa," katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Jumaat lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai barisan pendakwaan kes pembunuhan Altantuya berkata, pihaknya tidak akan memfailkan rayuan atas alasan Hakim Mohd Zaki Md Yasin yang memutuskan kes berkenaan sudah membuat penemuan fakta ketika membebaskanRazak daripada tuduhan tersebut.
Razak merupakan tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan Altantuya dibebaskan 31 Oktober lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah Hakim Mohd Zaki mendapati tiada kes prima facie bagi Razak untuk menjawab tuduhan.
Bagaimanapun, dua lagi terduduh iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah supaya membela diri atas tuduhan yang dihadapi dan akan memberikan keterangan secara bersumpah untuk membela diri mereka mulai 15 Januari tahun depan.
Sumber : MSTAR
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
kes RPK mahu dibuat rayuan. manakala kes jenayah berat tidak mahu dibuat rayuan. apa punya dolchi punya pendakwa raya. makan gaji buta je atau malaysia boleh ?
ReplyDeleteMungkin betul Razak tak salah,tapi yg salah ada org lain,spt mana SD RPK dan SD pertama PI Bala.
ReplyDelete