SAYA KECEWA!


Dr Shaariibuu Setev, bapa wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan penganalisis Abdul Razak Abdullah Baginda daripada pertuduhan bersubahat membunuh anaknya.

Beliau turut bertanya mengapa Abdul Razak, yang mengenali anak perempuannya dibebaskan tetapi dua anggota polis yang tidak dikenali anaknya, diperintah membela diri, demikian menurut laporan Bernama.

Ditanya wartawan sama ada beliau menjangkakan Abdul Razak akan dibebaskan, Shaariibuu berkata beliau sangat kesal dengan nasib yang menimpa anaknya dan menyangka anaknya akan mendapat keadilan di Malaysia.

Mengenai sama ada keputusan Mahkamah Tinggi itu akan memberi kesan kepada sistem kehakiman di Malaysia, beliau berkata dunia mengikuti perkembangan kes anaknya dan beliau percaya keputusan itu, sedikit sebanyak, akan memberi kesan kepada kehakiman Malaysia.

Peguam Karpal Singh, yang menjadi peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, semasa ditanya mengenai tindakan selanjutnya selepas keputusan pembebasan Abdul Razak, berkata beliau akan menulis surat ke Jabatan Peguam Negara memohon pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Katanya pembebasan Abdul Razak belum muktamad kerana pendakwaan boleh memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwaraya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang mengetuai barisan pendakwaan, beliau akan berbincang dengan Peguam Negara sama ada mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.

Tun Abdul Majid berkata pendakwaan akan mempertimbangkan untuk memfailkan rayuan selepas meneliti penghakiman.

"Kami mempunyai 14 hari untuk memfailkan rayuan tetapi kami perlu menunggu arahan Peguam Negara," katanya, sambil menambah kata bahawa pihak pendakwaan telah melaksanakan tugas secara teliti bagi membuktikan kes.

Sumber : Malaysiakini

NUR AFLAH : Banyak yang tak kena dengan perjalanan dan juga perbicaraan kes ini. Kebanyakan media antarabangsa yang melaporkan kes ini turut mencurigai ketelusan kes ini. Apa kata anda? Adakah anda dapat menerima keputusan ini atau anda juga berasa sangsi?


Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Salam Aflah,

    Sabar Sheribu..., baru permulaan ni...lepas ni dua2 pun bebas juga sebab nak jaga seseorang yang bakal jadi suami kepada bakal wanita pertama malaysia 2009...

    Apa punya mahkamah ni???

    thx!

    ReplyDelete
  2. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin perlantikan beliau sudah dipertikai oleh parti-parti pembakang........................
    Abdul Razak memang tidak bersalah secara langsung...
    Tapi orang yang betul-betul bersalah didapati tidak bersalah dan tiada kena mengena dengan ksalahan yang dilakukan.
    Adapun orang suruhan itu mesti bersalah kalau terlepasjuga bererti
    mereka juga tidak bersalah kerana yang bersalah itu adalahAltantuya Shaariibuu itu sendiri kerana bunuh diri,
    Jadi tiada orang bersalah.
    logiknya saya juga boleh jadi hakim.(NORMAN HAKIM )
    Memey,memey........siapa yang akan menjadi mangsa korban cinta.
    Suami ,isteri @ dot............

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.