SALAH BABI ATAU SALAH KITA?


Sebelum ini, isu ternakan babi di Selangor mendapat liputan yang meluas daripada media arus perdana sehinggalah ke ruangan blog.

Dan kini, isu tersebut merebak ke Kedah pula bila kerajaan negeri yang diterajui PAS telah bersetuju untuk meneruskan projek ternakan babi tersebut di Bukit Selambau, Sungai Petani Kedah.

Mengikut rekod, projek ternakan babi secara bersepadu di Selangor dan Kedah merupakan projek yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu iaitu kerajaan Barisan Nasional.

Mungkin disebabkan projek ini tidak ada papan tanda “Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional” seperti projek-projek yang lain, maka ianya tidak disedari oleh rakyat.

Pertikaian mula timbul bila kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambil-alih kepimpinan negeri Selangor dan Kedah telah mengambil keputusan untuk meneruskan projek ternakan babi tersebut. Maka, isu ini pun disensasikan dengan tujuan untuk memperlekehkan kewibawaan kerajaan Pakatan Rakyat.

Jika difikirkan, ada buruk dan baiknya isu ini diketengahkan.

Apa kebaikannya?

Bila isu ini dibangkitkan, secara tidak langsung penternak babi di negara ini akan lebih berwaspada dengan aktiviti penternakan mereka. Jika sebelum ini aspek kebersihan dan penjagaan alam sekitar tidak menjadi keutamaan bagi mereka, mungkin selepas ini, para penternak babi terpaksa memberi keutamaan kepada aspek kebersihan dan penjagaan alam sekitar.

Ini dapat dibuktikan apabila kebanyakan penternak babi mula mengubah kaedah ternakan mereka ke arah kaedah yang lebih moden, bersih dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Apa pula keburukannya?

Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum perlu menghormati tradisi dan cara hidup kaum-kaum yang lain. Sebagai contoh, orang bukan Islam di negara ini mesti menghormati pandangan orang Islam di negara ini tentang pengharaman babi.

Dan orang Islam juga harus menghormati cara hidup bukan Islam di negara ini yang masih menjadikan babi sebagai sumber makanan mereka.

Bila isu ternakan babi ini dijadikan isu di sebelah pihak sahaja, ianya akan dipandang sebagai penindasan kaum tertentu kepada kaum tertentu. Keadaan ini boleh menyebabkan jurang perpaduan antara kaum di negara ini akan menjadi semakin melebar dan bukannya bertambah baik.

Apa yang perlu dilakukan berhubung isu ini?

Pertama, semangat toleransi perlu dikekalkan. Hubungan kaum perlu dijalinkan melalui semangat saling menghormati antara hak dan tradisi kaum-kaum yang wujud di negara ini. Misalnya, babi antara perkara yang diharamkan oleh Islam sebagaimana arak, judi, zina, riba dan lain-lain lagi.

Justeru orang bukan Islam harus menghormati pandangan umat Islam berhubung pengharaman ini.

Dalam masa yang sama pula, orang Islam harus menghormati tradisi penganut lain yang memakan daging babi. Untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak, ternakan babi seharusnya dibenarkan tetapi mestilah berpandukan kepada syarat dan peraturan tertentu. Misalnya, aktiviti ternakan tersebut mestilah menepati piawai alam sekitar, tidak menganggu ketenteraman penduduk dan mengikut kuota yang telah ditetapkan.

Isu ini tentunya tidak menjadi isu jika semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Malangnya, terdapat segelintir pengusaha dari bukan Islam yang tidak menghormati peraturan dan hanya mementingkan keuntungan.

Misalnya, arak tidak boleh dijual kepada orang Islam-dijual juga, bilik hotel tidak boleh disewakan kepada pasangan Islam yang bukan muhrim-disewakan juga, transaksi riba tidak dibenarkan kepada orang Islam-dibenarkan juga dan nombor ekor tidak boleh dijual kepada orang Islam-dijual juga.

Lebih menyedihkan, ada pula di kalangan umat Islam sendiri yang begitu melenting bila berbicara isu babi tapi dalam masa yang sama, mereka ini tidak kisah bila melihat kegiatan haram lain yang berlaku depan mata mereka.

Tidak dapat dinafikan, umat Islam di Malaysia begitu jijik dengan babi tapi meleleh air liur bila melihat peha dan betis anak dara sunti yang gebu, tertelan air liur bila melihat botol Jack Daniel dan Carlsberg serta tak senang duduk bila melihat rakan lain kena nombor ekor.

Persoalannya, apakah kita benar-benar melihat sesuatu yang diharamkan itu sebagai dosa ataupun hanya melihat yang diharamkan itu sebagai tegahan tradisi dan kepercayaan turun-temurun?

Fikir-fikirkanlah…

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. Aflah, nak tanya sikit. Sebelum memeluk Islam dahulu, kamu makan babi tak? Adakah itu sebabnya kamu masih membela isu babi ini?

    ReplyDelete
  2. Aflah saya nak tanya binatang yang ditunggang dalam gambar posting ini namanya anonymous ke?

    ReplyDelete
  3. sdr. anonymous @6:07PM, Mcm ni ke seorang gentleman mcm awak berdialogue dgn lady.

    Dia lebih mulia drp awak, segala perbuatannya sebelum Islam tidak diambil kira oleh Allah

    Tapi awak yg kononnya tak makan babi, taj suka pelihara babi tapi perangai macam babi.

    ReplyDelete
  4. Salam AFLAH,

    nak jawab macamana soalan ni? Salah BABI atau salah KITA? Kalau nak salahkan BABI pun tak boleh sebab ia makanan wajib kaum tertentu tetapi kalau nak salahkan KITA pun tak boleh sebab KITA yang mana satu hendak dipersalahkan? KITA yang dulunya memerintah atau kini membangkang atau KITA yang dulu membangkang atau kini dah memerintah?

    susah la kalau macam ni...yang buat salah tak nak ngaku salah tapi yang nak perbetul salah pula yang jadi salah..

    thx!

    p/s: saya sokong ANONY@6.49 PM

    ReplyDelete
  5. ada sahabat bila pergi oversea cukup sensitif dengan makanan, pantang makan kalau was-was, kot2 ada babi.

    Satu tindakan yg elok dan cantik, sentiasa berjaga2 dgn halal haram, tetapi solat tak jaga. beer tonggang jugak.

    tolong beri fatwa sikit, dosa makan babi dengan dosa tinggal solat dan tonggang beer, mana lebih berat dosa

    ReplyDelete
  6. oiiiii semua komentatator dari atas ke bwh.... babi pun korang boleh bergaduh..... korang semua di perlekeh oleh artikal babi tuh.

    ginilah lah... orang politik baik kiri ker kanan sama jer....masing masing nak jadi juara... nak tunjuk smua juara rakyat...bbi tu kan makhluk ALLAH. binatang mungkin dia nya najis. . tapi kalau manusia yang ada akal perangai lebih teruk dari babi ....makna nya babi di alam binatang lebih mulia...dari manusia yang mengatasi alam binatang,alam jin,alam malaikat tapi perangai lebih setan dan buruk kelaku dari babi.

    kepada anon yang mengata aflah tu aku rasa mak bapak kamu tak ajar kamu beradab sesama MANUSIA. AFLAH TU REVERT FAHAM. kamu jgn dok berlagak....aku pernah ikut pengajian sufi. ada manusia di lahir islam tapi mati nya kafir. ada yang lahir nya tak mentauhid ALLAH tapi matinya dalam islam...ingat kot kamu yang nak nazak nanti iblis yang datang mengoda...jaga sikit perkataan


    babi tak bersalah...yang bersalah manusia yang muka dan zahirnya manusia tapi rohani nya iblis dan nafsunya mazmumah.

    aku baca air muka AFLAH takder lah cacat cela rohaninya....kesilapan kesilapan kecil lumrah lah...

    saya tak bodek yer aflah...tapi kalau mulut macam buntot ayam ...cakap ikut kepala lutot...tak molek lah. cuba korang baca sifat biologis babi...segala sifat haiwan dan manusia seluruh alam ini ada pada babi...ada manfaat dan ada keburukan..dan ALLAH jadikan babi ada sebab...bukan suka suka...kamu hina babi bermakna kamu mencela ciptaan ALLAH. so nak tangani biar bijaksana,

    lain kali puan AFLAH tak payah bawak cerita babi...bawak ceriter DHAB, IKAN LINANG, LINTAH...yang nih dep suka ler kot...itulah mentaliti mereka. babi pun korang bolehgadoh....oii tahun depan ekonomi nak terlungkop dah...baik korang baca artikal ekonomi...berjaga jaga...kot ada yang terlungkop...lapar punya pasal kot kot ada yang bertenggong ngendap babi hutan kat bukit cerakah tur....he he he...

    ReplyDelete
  7. Sewaktu aman semua jenis babi hukumnya najis disentuh dan haram dimakan. Mengapa babi diharamkan kepada penganut agama islam...? Pastinya ada seribu satu macam alasan. Tapi kalau waktu dharurat, babi itu boleh dimakan dagingnya...Mengapa..?Pasti ada seribu satu macam alasan. Kita dengar pandangan Ulamak Negara (?) memberi fatwa...

    Tentang isu ternak babi di Selangor, Negeri Sembilan atau pun di Kedah adalah projek yang direstui oleh kerajaan BN. Sebelum kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa, isu ternak babi tidak timbul sedangkan disuatu masa dulu sudah terjadinya wabak penyakit babi di Negeri Sembilan namun tidak kerajaan negeri buat tak nampak saja.

    Apa yang berlaku sekarang, adalah mereka yang berdemo itu telah diupah oleh orang tertentu dengan tujuan untuk membangkitkan kemarahan orang melayu terhadap isu babi kerana orang melayu amat sensitif terhadap peraturan dan undang-undang agama.

    Tapi mereka yang berkepentingan itu lupa bahawa zaman sekarang adalah zaman islam hadhari yang dipromosikan oleh Pak Lah. Agama ini tidak menitik beratkan tentang undang-undang agama. Itu sebabnya bila mereka berdemo pasal isu babi, rakyat akan lihat mereka yang pengang sepanduk tu seperti gembala babi saja.

    ReplyDelete
  8. Salam Pn Aflah,
    Ada 2 soalan...
    1.Kenapa agaknya yer..sesetangah projek yang diluluskan oleh kerajaan lama,senang-senang aja digugurkan....tapi sesetengah tu dikekalkan...kalau dikekalkan projek yg melibatkan kaum mana?

    kita kan ada kuasa...kalau yang lain boleh digugurkan kenapa yang ni diteruskan?

    2.Semua tindakan BN dikatakan untuk eksploitasi..ya ke...bagimana dgn PR..utk eksplotasi juga ke utuk apa....
    tu je isu babi di selangor, Kedah,10% kouta utk b/melayu di UITM,Ketuanan Rakyat ganti Ketuanan Melayu dll utuk apa ye..

    Saya setuju ...gunakanlah bahasa yang bersopan,tak menjatuhkan maruah org lain.

    Jgn terikut-ikut dgn sesetengah bloggers yg menggunkan bahasa yang kasar,lucah,menjatuhkan maruah orang.Itukah adab beragama dan berbangsa...

    Semua orang boleh menggunakan bahasa yang kesat,kasar atau lucah tapi ISLAM tlh menggariskan semuanya.Tak setuju,menyumpahpun kena ikut syariat.Kata nak amal ISLAM..jgn menjatuhkan maruah manusia...

    Akhirnya,BN dan PR sebenarnya sama-sama main politik,namun sejarah dan kebenaran telah, tetap dan akan terus muncul...

    Renung-renungkanla
    Kg Dewan Beta,KB,Kel

    ReplyDelete
  9. Untuk anonymous @ 6:07PM ,Dulu kerajaan BN uruskan babi kenapa kau tak bising ? Negeri Sembilan penternak paling besar selain Melaka, kenapa kau orang tak nampak ,buta ke ? Apa kau orang ni barua BN.Orang UMNO sendiri pergi keluar negeri belajar cara bela babi babi babi.
    Tak baca ke paper, terutama orang umno selangor.Biarlah kalau PR nak buat yang terbaik dari BN ,yang buang taik babi kat muara sungai linggitu siapa ?.Kalau BN buat kau orang memang buta.mungkin kau orang memang perangai macam babi.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.