SAH! KONTRAK NAIB CANSELOR UM DITAMATKAN


Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim mengesahkan kontrak perkhidmatannya yang tamat esok tidak disambung.

Rafiah ketika dihubungi Utusan memberitahu telah menerima satu panggilan telefon daripada pihak universiti yang memaklumkan perkara tersebut.

"Namun, saya tidak diberitahu sebab (kontrak) tidak disambung.

"Saya hanya dimaklumkan bahawa saya tidak akan disambung kontrak sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rafiah dilantik sebagai Naib Canselor UM pada 1 Mei 2006.

Sebelum ini, kedudukan Universiti Malaya (UM) yang merupakan universiti tertua yang kian merosot dalam sistem ranking universiti dunia THE QS -WUR dikaitkan dengan faktor peribadi Naib Canselornya Dato' Dr Rafiah salim yang tidak mempunyai ijazah kedoktoran atau PhD.

Isu tersebut ditimbulkan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohd Khaled Nordin ketika beliau menyampaikan ucapan penggulunggan Bajet 2009 di Dewan Rakyat 3 November lalu.

"Universiti Malaya merupakan satu-satunya universiti yang mempunyai Naib Canselor yang tidak bergelar Profesor iaitu tiada PhD," katanya kepada Khaled.

"Mungkin ini yang menyebabkan kedudukan ranking UM jatuh sejak akhir-akhir ini," katanya lagi.

Manakala Prof Hamirdin dalam 'posting' blognya hari ini memberitahu,

"Di desuskan Universiti Malaya akan dapat naib canselor baru. Tunggu sahajalah pengumuman rasmi. Naib Canselor baru, ranking boleh naik lagi kot."

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Salam,

    Entah mendapat iham dari mana, Menteri Pendidikan Tinggi yang terdahulu begitu ghairah hendak melantik wanita menjadi NC IPTA.
    Maka 3 buah universiti,iaitu UM, UKM dan UPSI pun dapat NC wanita.

    Tidak ada salahnya universiti mempunyai NC wanita.

    Tapi ketokohan, kaliber dan kelayakn seorang pemimpin universiti bukanlah bergantung pada jantinanya.

    Tidak kelihatan apa-apa perubahan yang membanggakan setelah tiga buah universiti itu mempunyai NC wanita.

    Jadi untuk UM, pilihlah NC baru yang paling berkelayakan, tanpa mengira lelaki atau wanita.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Oleh kerana di negara kita, ijazah dan bukan kemampuan atau kebolehan untuk memimpin agaknya yang dianggap begitu penting, maka seorang NC yang tidak mempunyai ijazah Ph.D mungkin dipandang tidak sama tarafnya dengan seorang NC yang ada Ph.D.

    Oleh itu, kedudukan NC UM sekarang mungkin tidak dapat dipertahankan lagi, apatah lagi setelah kedudukan UM dalam ranking universiti di dunia pun semakin merosot dari tahun ke tahun.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    UM tu apa hah??? Ulu Melaka ke??? kalau Universiti Malaya rasanya dah tak mampu untuk dibanggakan oleh graduannya...


    thx!

    ReplyDelete
  4. Salam
    Mungkin tiada pembaharuan penyelidikan,pengeluaran buku-buku ilmiah,seminar pada peringkat antara bangsa,product baru.Aktiviti -ativiti peringkat dunia dan kemerosakan pembelajaran ,pengeluaran dan kegiatan penyapaian.
    "Prof Hamirdin" lebih tahu segala kelemahan,bukan disebabkan wanita.Adakah disebabkan kerana wanita ini terlalu pentingkan protokol sehingga mengjejaskan mutu persembahan.Atau mengunakan methodology yang tidak lagi selari dengan kehendak semasa.Perkembangan ini boleh dinilai drp segi mutu,kejayaan dan proaktif dunia sudah berkembang dan aturan sudah berubah perkembang ini adalah perlu diperjelaskan dalam bentuk dokumen,Mesti ada kajian terkini.Pengurusan cekap perlu ditonjolkan dan dipersembahkan diperingkat Antarabangsa.Perubahan mentality harus dibuka bukan dengan sendiri tertutup.Kita bukan lagi diera perkembangan tetapi kemajuan sain dan teknologi yang semakin maju kehadapan bukan pandang belakang drp pusat pengajian yang lain.Mengatakan kita berada tempat teratas di Negara sendiri,memang ya..tanggapan inilah yang penyebab kepada kemajuan setempat(insitu) dan tidak-kemana-mana lagi......
    Mungkin tiada peruntukan atau peruntukan yang sedikit.Kajian tidak dapat diurus dengan baik,toleh-toleh lah sedikit jangan hanya mainpolitik sahaja.
    Orang yangtidak berkelayakan atau tidak tahu urus akan merosakkan mutu sesebuah pusat pengajian.Melantik kroni -ini satu hal.perlantikan politik bukan atas dasar merit.
    Umpama kelapa yang tidak mempunyai santan(kelapa tua).Ini adalah maruah Negara.

    ReplyDelete
  5. Assalamaualaikum Nur Aflah,

    What?...dia nie tak ada Ph.D ka. Apa punya haprak UM bagi orang yang tak ada Ph.D jadi VC.

    No wonder UM ranking is going down.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.