PERANAN PEGUAM NEGARA PERLU DIKAJI SEMULA

Banyak pihak mula mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh Peguam Negara sejak barisan peguambela DS Anwar Ibrahim berjaya mempertikaikan campurtangan Tan Sri Ghani Patail dalam sijil pemindahan kes liwat Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi tempohari.

Kedudukan Ghani mula dipersoalkan sejak beliau disiasat atas tuduhan memalsukan bukti keterangan berhubung kes liwat Anwar pada tahun 1998. Beberapa pihak sebelum ini telah menuntut agar Ghani digantung tugas atau mengambil cuti rehat sementara kesnya selesai disiasat.

Selama ini, kuasa yang dimiliki oleh Peguam Negara di Malaysia telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan perdebatan. Peguam Negara merupakan ketua penasihat undang-undang kepada kerajaan dan bertanggungjawab menasihati menteri berhubung prosedur undang-undang di negara ini.

Dalam masa yang sama, Peguam Negara juga adalah pendakwa bagi pihak awam (rakyat) dan boleh menggunakan kuasanya untuk menyiasat, mendakwa dan mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang melakukan kesalahan termasuk pegawai dan pemimpin kerajaan.

Bagaimanapun, dua tugas ini dilihat ‘boleh’ menimbulkan ‘konflik kepentingan’ terutamanya bila pihak Peguam Negara perlu mengambil tindakan ke atas mana-mana pemimpin kerajaan. Konflik ini dapat dilihat dengan ketara ketika kes pembunuhan Altantuya dibicarakan kerana beberapa nama besar dalam kerajaan telah diberitakan terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Di beberapa negara Komanwel seperti Australia dan Kanada, masalah ‘konflik kepentingan’ ini tidak wujud. Tugas untuk menyiasat bukti, memulakan kes dan membuat pendakwaan diserahkan kepada Pengarah Pendakwa Awam. Tugas Peguam Negara hanya sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan dan tugas menyiasat serta mendakwa diserahkan kepada Pengarah Pendakwa Awam yang tidak terikat dengan pengaruh kerajaan.

Untuk mengelakkan berlakunya ‘konflik kepentingan’ tugas Peguam Negara di Malaysia, kerajaan sepatutnya membebaskan fungsi Peguam Negara daripada pengaruh kerajaan dan membenarkan Peguam Negara bertindak bagi kepentingan awam (rakyat) dan bukannya bagi kepentingan kerajaan lagi. Apa gunanya kerajaan mempunyai Menteri Undang-Undang sedangkan tugas itu turut dilakukan oleh Peguam Negara sepertimana yang berlaku hari ini?

Biarpun sebelum ini kerajaan menafikan tentang wujudnya pengaruh kerajaan ke atas tugas Peguam Negara, namun itu tidak dapat menghilangkan kesangsian di hati rakyat kerana Peguam Negara ‘boleh’ terdedah kepada motif tertentu atau bersikap berat sebelah terutamanya dalam kes-kes yang melibatkan konflik antara kepentingan kerajaan yang memerintah dengan kepentingan rakyat jelata.

Sudah tiba masanya, peranan dan fungsi Peguam Negara di negara ini dikaji semula dan Peguam Negara hendaklah bertanggungjawab untuk membuat sebarang laporan terus kepada Parlimen. Sekarang ini, sebarang laporan tentang tugas Peguam Negara dilaporkan oleh Menteri di Parlimen. Pembaharuan ini penting kerana kita tidak mahu lagi wang rakyat dibazirkan untuk menyiasat sesuatu kes yang akhirnya kes tersebut kalah kerana Peguam Negara gagal menunjukkan sebarang bukti yang boleh menimbulkan kes prima facie.

Contoh kelemahan yang ketara pendakwaraya awam dapat dilihat dalam keputusan hakim bagi kes penyelewengan PERWAJA, kes pembunuhan Xu Jian Huang, kes pembunuhan model Noritta Samsudin, kes tuntutan Pulau Batu Putih dan yang terbaru, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Sekiranya kerajaan benar-benar berhasrat mahu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap fungsi dan peranan Peguam Negara, kerajaan mesti mengkaji semula kedudukan dan peranan yang dimainkan oleh Peguam Negara.


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Peguam Negara ( Attorney General ) adalah kedudukan yang sangat exclusive dan tertinggi dalam bidang undang undang di Malaysia. It's like a Director General or a CEO or a Managing Director. Peguam Negara bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan dalam bidang undang undang dan perlembagaan negara dan juga menentukan agar undang undang dan justice berjalan baik dan telus. Justice sepatutnya tidak mempunyai agenda sendiri. When justice is done with personal agenda or when justice is done with a bias decision then it is no longer justice, it's injustice.

    DSAI telah lama membongkar betapa sistem undang undang negara (judicial system) diMalaysia adalah korap sekorap korapnya dan ia dilakukan demi kepentingan pihak pihak tertentu. Ramai yang menyatakan Suruhanjaya Kehakiman yang dibentuk adalah sebagai langkah awal untok membendung ketidak adilan yang nerlaku. Entah berapa banyak lagi kes selain dari Perwaja, Noritta, Altantuya yang rakyat tidak dengar. Rakyat tidak mungkin akan mendengar kes kes ini jikalah tidak kerana pihak Pembangkang menyoal dan mengetengahkan isu ini kepada rakyat. These cases are the biggy. The small cases dissapeared in thin air.

    Peguam Negara is a human being and his decision is swayed and influenced by many who look over his shoulder and Ghani Patail is afraid of his own rice bowl after seeing what happened to Salleh Abbas.

    This is something that Pakatan Rakyat can raise in parliament and demand an answer. Demand an answer.

    ReplyDelete
  2. Di beberapa negara Komanwel seperti Australia dan Kanada, masalah ‘konflik kepentingan’ ini tidak wujud. Tugas untuk menyiasat bukti, memulakan kes dan membuat pendakwaan diserahkan kepada Pengarah Pendakwa Awam. Tugas Peguam Negara hanya sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan dan tugas menyiasat serta mendakwa diserahkan kepada Pengarah Pendakwa Awam yang tidak terikat dengan pengaruh kerajaan.

    IKUT LAH MEREKA INI KALAU BETUL MAHU TELUS.
    DIA ORANG SEBENARNYA TIDAK MAHU BUAT HOMEWORK.
    BANGUN PAGI GOSOK GIGI.
    PERGI KERJA.
    MINUM KOPI.
    YANG BUAT KERJA ORANG BAWAH.
    BILA ADA KES
    BUKA FAIL.
    ORANG BAWAH ,BUAT FAIL TUNGGANG TERBALIK.
    BOSS TIDAK SEMPAT HENDAN BACA,SEBAB MENGANTUK.BOSS SAYA KUAT MAIN.
    MAIM GOLF.
    PULAU BATU PUTIH KE SEMUA TERLEPAS.
    SEBAB TIADA BUKTI KUKUH.
    SEBAB ITU MEREKA INI MESTI TIADA "BIAS".
    KALAU KITA BERBIRAS MACAM MANA.
    BILA MASA PULA KITA BERBIRAS.
    kita bilas lah dia orang nii.
    macam tidak tahu berkerja,orang dah lama dah buat undang-undang baru nii baru terhegeh-hegeh.

    ReplyDelete
  3. ah ah satu lagi...

    Altantuya Shaariibuu
    cuba tenguk anak dia tu ...
    ketawa dan senyum selalu...
    kita juga mengalir air mata bila kita melihat baby.Tanpa ibu tercinta...
    Wanita seorang yanglembut.
    Insan yang penyabar.
    Anak-anak akan terlepas perasaan rindu kepada ibu.
    di mana kah ibu saya,bila dewasa nanti
    akan tertanya lah dimana ibu mereka.ibu, oh ,ibu.
    ibu ku tidak pulang.
    adilkah dunia ini.
    adilkah orang islam ini.
    jauh mata memandang
    dalam kerjernihan air mata mengalir berserta sedu sedan oh tuhanku alam ini kejam untuku,pusaranya tiada di sini sedangkan rohnya pergi hentah kemana,dimana kah pusara ibuku.
    oh,,,,bondaku kau terseksa rupanya.
    oh bondaku tiba-tiba air mataku mengalir tanpa henti...........
    bonda tercinta.....
    mana pusaramu?????

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.