PENTINGKAN PENGUSAHA PAM ATAU RAKYAT?

"Kebanyakan pengusaha pam petrol mendapati sukar dengan harga yang tidak menentu itu berdasarkan pada harga harian dan malahan mingguan, mereka mahu sedikit penentuan dalam harga petrol."

Demikian kata Najib ketika mengulas fenomena penurunan mendadak harga minyak mentah dunia sejak krisis kewangan Amerika merebak ke eropah dan Asia Timur.

Kerajaan tidak akan sentiasa mengurangkan harga runcit petrol dan diesel apabila harga minyak mentah dunia turun kerana ia tidak menentu dan boleh naik lagi dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata menurunkan harga terlalu cepat dan sangat rendah boleh menyebabkan kesan tidak baik terhadap usaha membangunkan sumber tenaga alternatif.

"Harga minyak rendah "ia tidak boleh bertahan, ia akan naik (dan) apabila harga naik, ia perlu dikaji semula," katanya kepada wartawan Malaysia di Hotel Miraflores sini Jumaat, ketika ditanya mengenai kesan harga rendah petrol terhadap Petronas dan ekonomi negara.

"Kajian sekali dalam dua minggu adalah sesuatu yang mereka boleh terima, katanya."Harga minyak tidak akan berada pada paras AS$50 sampai bilabila, ia tentu sekali akan naik, tambah beliau.

"Lagi pun, harga barangan tidak berkurangan sebanyak mana yang kita dapat kurangkan harga minyak," kata beliau.

Kerajaan telah mengurangkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak tiga kali sejak beberapa bulan lepas, yang terkini hanya beberapa hari lepas ekoran harga minyak mentah turun dengan mendadak disebabkan krisis ekonomi global, tambah beliau.

Bagaimanapaun, Julai lepas, harga minyak mentah mencacat satu rekod tinggi iaitu AS$147 setong yang memaksa kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel, kata Najib.

"Sama ada kita akan menurunkan dan sama ada dalam tempoh jangka pendek, kita hendaklah mengkaji kenaikannya, semua faktor ini perlu diberi pertimbangan," kata beliau.

Malahan, "kita tidak tahu apa akan berlaku dengan harga petrol atau minyak dalam masa beberapa bulan akan datang, perkara ini perlu dikaji lagi."Beliau berkata "pengurangan harga minyak mestilah mengambil kira sama ada pengurangan wajar dilakukan sepenuhnya kerana saya tidak fikir harga minyak akan terus berada di paras ini."

Ketika ditanya sama ada ini bermakna kerajaan tidak akan mengurangkan harga runcit minyak, beliau berkata: "Saya tidak kata tidak ada pengurangan tetapi kita kena lihat kewajaran."

Dari segi ekonomi negara, Najib berkata kesan terhadap inflasi tentu sekali lebih positif bermakna "kita ada peluang mengurangkan harga minyak."

"Jikalau kita kurangkan harga terlalu cepat, apakah ini bererti bahawa bila harga naik, nanti, kita terpaksa menaikkan harga kepada pengguna dan jika harga petrol terlalu rendah, usaha untuk membangunkan sumber tenaga yang lain mungkin tidak ada insentif," kata beliau.

"Bagaimanapun, kerajaan sedar bahawa memang ada tanggungjawab kita untuk mengkaji semula harga minyak berdasarkan kepada harga minyak di pasaran dunia.

"Dan tentu sekali kita akan membincangkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang akan datang," katanya.

Beliau berkata bahawa dari segi pendapatan negara dan Petronas, tentu sekali ia akan berkurangan, tetapi subsidi minyak juga berkurangan, jadi ada imbangan antara dua.

"Tahun depan, kita masih lagi boleh bertahan dari segi pendapatan dan sumber kepada kerajaan," kata Najib.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata "penjimatan subsidi akan lebih ketara" dengan harga minyak mentah telah jatuh kepada AS$50 setong, tetapi angka ini perlu dikaji.

Mengenai rebat yang dibayar kepada pemilik kereta dan motosikal untuk memperbaharui cukai jalan sejak Mac tahun ini, beliau berkata ia akan dikaji semula pada tahun depan, bagi menunggu satu pusingan tempoh pembayaran rebat yang akan berakhir pada Mac 2009.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 comments:

  1. Pemimpin seperti inilah yang menjadi idaman ahli ahli UMNO. Pemimpin yang tak prihatin kepada rakyat tetapi pentingkan Pengusaha keara para pengusaha boleh bagi komisen. Bila Pemimpin dapat komisen, Ahli UMNO pun dapatlah sikit juga terutama dekat pemilihan macam sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. Nampak gaya kena buat banci berapa ramai pengusaha pam minyak ni kroni BN.
    Untuk menguntungkan semua pihak dan tak perlu lagi kerajaan BN tanggung subsidi rakyat, jadikan harga minyak di pam vs. harga minyak dunia sebagai penentuan harga harian.
    Untung besar hanya kroni BN kongsi,
    Rugi besar hanya ditanggung rakyat jelata

    ReplyDelete
  3. PARA LANUN UMNO MENYUSAHKAN RAKYAT

    ReplyDelete
  4. ketiga tiga komen di atas bercakap ikut kpala lutut.

    mungkin tak lulus spm, tak baca bloomberg,the edge, wall street journal.

    ketiga2 komentar ini dilahirkan botol susu sentiasa di mulut sampai ke tua.

    sabsidi, nak free, prinsip berekonomi macam ayam ...

    tak puas hati ...terus menuduh ...di katakan kroni..apa kata kalau dia pulak kroni dia kata orang tersebut pedengki.

    golongan ini ramai ....tak kan kemana.

    di suruh bekerja sambil lewa...kerja dengan majikan melayu dia naik kepala...sabotaj pun ada...bekerja dengan bukan melayu berdecet pun tidak...walaupun kena kutok " melayu pemalas "

    kerja kerajaan tapi tak semua...tapi apa yang aku lihat kopi nya secawan tapi dudok hampir tiga jam...apa yang di bualkan kosong belaka. non productive.

    hidup takder cita cita asyik kuat mengata saja....kalau ada melayu nak maju ...di tarik nyar kebawah supaya sama taraf mcm dia.

    ada juga lagak mcm banyak wang kredit kad,hutang koperasi, hutang ptpn, hutang personal loan bank keliling badan dari atas kepala hingga hujng kuku.

    komen komen bila silap atau salah terus tuduh tanpa alasan atau buat kajian.

    tengok lah apa yang ketiga tiga komen diatas katakan.

    pengusaha pam minyak..mereka bukan pemilik pam yang mutlak...mereka hanya operator yang terpaksa kluar modal untuk niaga...mereka mereka ini pernah makan gaji....nak berdikari...komisen mereka bukan lah besar sangat....pergilah tanya mereka....mereka. mereka individu seperti anda. ada tanggungan...yang beza nya mereka berani keluar dari kepompong makan gaji....mereka berniaga ....mereka sumbang dengan memberi kerja pada orang lain...nak kata mereka kroni umno tak baiklah....ada juga pendokong dan penyokong pakatan rakyat....mana anda anon tau mereka kroni umno. anda nampak ker cap lambang umno di dahi mereka. ada ker anda dapat maklumat dari bisikan malaikat ke telinga anda...atau anda dapat bisikan dari setan iblis, hantu raya,hantu jerangkung....yang datang bawa kamera video tunjuk dengan jelas apa yang anda katakan.

    he he .....kesian bila menilai IQ anda...dah lah lembam....EQ pulak out....dan SQ pun kering kontang.

    malu malu malu....lah jgn buat begitu...biarlah komen dan ajak kita berfikir....kalau minyak naik harga barang naik apa yang patut kita lakukan...muhasabah lah diri...improve kan diri...tingktkan ekonomi....cari lah hobi....yang tak mendekatkan diri kepada aktiviti yang merugi.

    aku komen...sebab hangpa sembrono membuat tuduhan tanpa mengguna akal fikiran.

    ReplyDelete
  5. Nampak benar yang komen anon Nov.24 11.43PM ini memang cetek pemikiran.Mungkin saudara ini tinggi sekolah tetapi pandangan anda menunjukkan saudara ini cetek dari segala galanya termasuk pendidikan agama.Pada masa sekarang ini, rakyat malaysia membayar minyak lebih daripada beberapa tempat di Amerika. Persoalannya sekarang adakah kerajaan pimpinan UMNO sanggup melihat rakyat pada keseluruhannya menanggung kos untuk kemewahaan segelintir pengusaha pam. Minda mr anon ini dijangkiti virus BN yang tidak mementingkan rakyat.

    ReplyDelete
  6. bagus juga si lanun dengan pemikiran nya...tak perlu terang lebih2. . so teruskan dengan pemikiran anda .... hal pendidikan agama ikut lah apa yg anda fikir........ "islam is a way of life"...islam bukan agama...kalau agama bermakna sama taraf dgn buddha hindu bersifat ritual.

    hal pengusaha pam minyak. ....ini masaalahnyer ....kalau komen ikut otak sendiri...pergi lah survey dulu....kalau ada yang mewah ....takda kaitan dgn kroni kroni.....ciri ciri usahawan dan mereka berusaha untuk maju....tapi anda hanya tukang caci saja. sampai masa mungkin pemikiran anda akan terbuka atau kalau malang tetap begitu sampai bila bila.

    surah arrad...carilah...ALLAH TAKKAN UBAH NASIB SESUATU KAUM...MELAINKAN KAUM TERSEBUT UBAH NASIB NYA SENDIRI.....ini konsep anjakan paradigma .....perlu lah berubah pemikiran , sikap, untuk maju. gagal jgn salahkan orang lain....

    so orang yang positif melihat apa apa cabaran dalam kehidupan itu satu cara bagi mereka untuk maju....

    bab umno...nih kena objektif....UMNO atau orang umno yang timbul masaalah...dan dlm umno..adakah semua orang umno...mcm tu.... he he aku rasa ko pukul rata jer.


    dulu minyak naik kau orang marah....nih dah turun dan akan turun lagi 15 sen korang bising...ada ajer tak kena...pengusaha minyak luah masaalah korang kutok....tapi pemborong pemborong bahan makanan basah dan kering yg majoriti bukan melayu yng menguasai pasaran pengguna korang tak nak bising mintak turun harga.


    takda sesapa yang menyusahkan sesapa.....yang penting di muka bumi ALLAH yang luas nih usaha lah untuk maju.

    ....aku takkan sebegini...klau komen2 anon yang di atas sembrono membuta tuli memberi komen...aku baca ...aku bagi lah pandangan balik...


    satu soalan kalau nak adil...kau pergi ke semua stesen minyak di tempat kau....tanya dia orang..senang ke susah nak tadbir stesen minyak...tanya dia orang adakah dia orang kroni umno atau bn...

    ReplyDelete
  7. Salam....
    1.Untuk Anonymous Says
    November 24, 2008 11:43 PM-tak usahlah guna bahasa gitu,Jagalah maruah kita Orang Islam dan Melayu....

    2. Setuju dgn Anonymous Says : November 25, 2008 10:54 AM.Urus sebuah negara tak semudah uruskan sebuah rumah...

    ReplyDelete
  8. Yang peliknya semasa perang Iran-Iraq, perang Sarajevo dan perang telok ( US - Iraq ) dulu harga minyak dulu tak ler semahal harga sekarang.

    What is the truth?.

    ReplyDelete
  9. Dalal:

    Harga minyak dalam USD bergantung kepada turun naik USD itu.

    Turun Naik USD pula bergantung kepada penawaran dan permintaan USD.

    Pengembangan USD bergantung kepada belakan duit USD.

    Memang harga minyak bergantung kepada penawaran dan permintaan minyak, tetapi faktornya sebenarnya sedikit.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.