MUHYIDDIN MALU ATAU TAK BERANI NAK CERITA?


Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mereka yang terbabit dalam politik wang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sebagai gurauan.

"Ia juga boleh bermakna dia kecewa tentang apa yang berlaku dalam Umno dari segi kempen yang dijalankan dan amalan yang menggunakan wang," katanya yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang merupakan calon Timbalan Presiden Umno tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai politik wang dalam parti itu tetapi berkata, beliau malu dengan apa yang berlaku.

"Saya tak nak bercakap banyak pasal tu sebab saya berasa malu pasal mendedahkan kelemahan parti saya sendiri hingga media "megah" bagi melaporkan hal-hal yang tidak baik bagi parti saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Perdagangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 di sini.

Semalam, Dr Mahathir dalam nada berseloroh berkata, semua pemimpin Umno yang mengamalkan rasuah patut dimasukkan ke dalam penjara dan ISA mungkin boleh digunakan terhadap mereka berbanding digunakan terhadap seseorang yang menulis perkara karut dalam internet.

Beliau juga percaya ada calon jawatan Timbalan Presiden menggunakan wang bagi mendapatkan pencalonan untuk melayakkan diri bertanding pada pemilihan tahun depan.

Mengulas kenyataan itu, seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan dakwaan Dr Mahathir Mohamad bahawa sebagai pandangan peribadinya.

Beliau yang juga calon bagi jawatan Timbalan Presiden berkata: "Kita berharap semua calon tidak terlibat dengan politik wang dan cara lain yang kurang sihat kerana mereka yang menawarkan diri itu untuk berkhidmat kepada parti supaya parti terus menjadi kuat.

"Pandangan yang Tun (Dr Mahathir) sebut, itu pandangan beliau, terpulang kepada ahli untuk mentafsirkannya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada 56 murid Sekolah Kebangsaan Dato' Palembang yang mendapat 5A pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 di sini, hari ini. Selain Muhyiddin dan Mohd Ali, seorang lagi calon yang layak bertanding jawatan tersebut Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Mohd Ali berkata, anggota parti boleh memilih dan menilai calon yang menawarkan diri di pelbagai peringkat jawatan iaitu daripada timbalan presiden, naib presiden dan majlis tertinggi pada pemilihan parti Mac tahun depan.

"Mereka boleh menilai dari segi trek rekod sumbangan kepada parti dan kerajaan, perkhidmatan yang lalu di samping yang ada sekarang dan juga kesanggupan untuk berkhidmat pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata, parti memerlukan banyak lagi kekuatan untuk menyatupadukan anggotanya, mengembalikan kekuatan Umno, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan untuk berkhidmat dengan lebih baik dan memenangi pilihan raya pada masa akan datang.

"Kerja kita banyak lagi dan bilangan yang ramai menawarkan diri, anggota parti boleh pilih yang terbaik," katanya yang yakin pemilihan parti akan berlangsung dengan baik.

Sumber : MSTAR

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. "Pandangan yang Tun (Dr Mahathir)
    -patut dan benar sekali.........

    by me

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.