KERAJAAN ENGGAN GUNA KAEDAH ISLAM


Kerajaan masih enggan mengambil kaedah Islam bagi menyelesaikan masalah jenayah yang kian meningkat mutakhir ini.

Kenyataan tersebut dinyatakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Wira Chong Chee Heung kepada soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sesi soal jawab lisan sidang parlimen pagi ini.

"Kita tidak boleh buat sekali gus ala Kelantan kerana negara kita Malaysia ini majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya kepada sidang dewan.

Siti zailah dalam soalan asalnya, meminta penjelasan kerajaan bagi mempertimbangkan cadangan untuk menggunakan undang-undang yang terkandung dalam agama Islam bagi menyelesaikan peningkatan masalah jenayah saban tahun.

"Ini adalah memandangkan Malaysia merupakan negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi persekutuan," ujarnya tegas.

Ia merupakan soalan tambahan yang dikemukakan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) yang meminta penjelasan mengenai langkah yang diambil kerajaan bagi mencegah kadar peningkatan indeks jenayah pada masa hadapan.

Sumber : Harakah Daily






Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Salam,

    Kenapa la 'masyarakat majmuk' di jadikan alasan. Di zaman Rasulullah pun masyarakatnya berbilang kaum juga. Hudud bukan PAS yang buat, tapi Allah. Kenapa takut sangat kerajaan kita ni? Takutkan manusia lebih dari Allah?

    Memang jenayah meningkat sekarang ni. Di area rumah saya, depan, bawah, belakang rumah jiran di masuki pencuri. Terkini Ahad (16/11) sekitar 3 pagi semalam, kereta saya pula di curi. Bayangkan betapa strugglenya kami hidup di K.L ni, kereta yang satu tu pula di curi orang!!Marah, sedih, kecewa, geram semua ada. Tapi kami sekeluarga redha apa yang berlaku...dugaan dariNya untuk menguji umatnya..

    ReplyDelete
  2. setuju sangat tu...kena jalankan HUDUD cepat cepat

    ReplyDelete
  3. salam...

    pada saya....kerajaan boleh buat hukum Islam...tapi masalahnya adakah hukum-hukum Islam yg akan digunapakai sudah di'up to date'kan dgn perkembangan dan cara penyelesaian yg terkini???

    Contohnya dalam kes zina....adakah masih berdasarkan kepada 4 orang saksi, maka kalau takde 4 orang saksi tak ada...apakah bukti DNA digunakan??? Adakah teknologi terkini digunapakai dalam kaedah penyiasatan cara Islam?

    Kalau sudah di'up to date'kan...baru la dapat mengadili kes dgn adil dan saksama. Masa Rasullullah dulu....Hudud diterima kerana ia adalah undang2 yg paling terkini dan paling adil pada masa itu kerana penyiasatannya berdasarkan teknologi yg ada pada masa itu....itu pemerhatian manusia terhadap sesuatu....sebab tak ada teknologi lain yg lebih canggih daripada saksi cukup haul yg melihat perbuatan zina tersebut...oleh itu...mesti ada 4 orang saksi yg melihat...baru bole jatuh hukum...sebab kehidupan dulu dgn kehidupan sekarang berbeza....tak banyak tempat terlindung (dalam gua mungkin la)...pendek kata susah nak selindung....orang senang nampak ape kita buat....kalau berzina malam2 tu kiranya senang la nak dengar suara mendesah-desah pen zina tu....jadi orang lain yg terdengar tu...mesti la "curious" nak tahu....kebetulan pulak ada kawan2....haaa...dah cukup la satu group 4-5 orang utk skodeng orang buat zina....sebab tu la 4 orang saksi yg melihat dijadikan bukti utk pertuduhan zina itu...

    zaman sekarang ni....kalau buat zina dalam bilik hotel pun....paling kuat boleh tangkap khalwat.....padahal perbuatan zina memang dah dilakukan....cuma takde 4 orang saksi....sebab bila jabatan agama islam datang dgn polis....takkan la orang berzina tu nak bukak pintu semasa melakukan hubungan...mestilah berhenti dulu berzina utk bukak pintu....dan kemudian pegawai agama hanya nampak mereka berkhalwat....tapi tak nampak mereka berzina...kan? kan? kan? sedangkan mereka dah berzina.....jadi mcmmana nak membuktikan yg penzina telah melakukan zina sedangkan takde 4 saksi yg nampak??? Oleh itu, jika HUDUD di'up to date'kan dengan teknologi terkini DNA, mungkin terdapat air mani penzina lelaki yg terlekat pada faraj penzina perempuan, dan ini dapat dibuktikan dgn kaedah DNA yg boleh dibuktikan empunya air mani tersebut......jadi dapatlah disini menghukumkan mereka telah melakukan zina....

    Begitu juga dgn kes2 jenayah yg lain.....hukum Islam (HUDUD) perlu mengadaptasi kaedah2 terkini yg menggunakan teknologi sains terkini dalam menzahirkan bukti2 jenayah.

    Hal ini memerlukan masa....dan utk permulaan, bolehlah diserasikan dulu hukum syariah dan sivil....sebab hukum sivil adalah ciptaan manusia yg menggunakan kaedah teknologi terkini....supaya hukum syariah Islam (HUDUD) dapat di'up to date'kan.....

    Bukan maksud saya utk mengatakan hukum Islam (HUDUD) tak boleh pakai.....tapi ia perlu di'up to date'kan dengan keadaan terkini kerana ISLAM adalah agama dan cara hidup SEPANJANG ZAMAN.....SAMPAI KIAMAT......

    wassalam

    rizanskywalker@live.com

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Kerajaan BN saya rasa tidak ada kemampuan dan tidak ada kemahuan untuk melaksanakan "kaedah Islam". Jadi janganlah harapkan sangat.

    Kerajaan PAS pula, jika dapat memerintah kerajaan Pusat melalui Pakatan Rakyat, mungkin ada kemahuan, tapi saya tidak pasti sama ada, ada kemampuan (dan kekuatan) atau tidak.

    Jadi kita masih perlu tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  5. Perlu diperjelaskan pada masyarakat dahulu tentang Islam baru layak untuk kita laksanakan hukum Islam.

    Islam dizahirkan oleh Muhammad s.a.w, bukan dengan sekadar menaikkan hukum tetapi dengan melebarkan kefahaman tantang keindahan Islam.

    Bangsa lain di Malaysia menolak hukum kerana mereka masih terlalu jauh untuk mengenal Islam, jangankan kata bangsa lain, yang berugama Islam di Malaysia masih porak-peranda.

    Memang perlu dikaji untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.