Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
Hari ini, media arus perdana telah menyiarkan kenyataan yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz bagi melengkapkan bantahan umat Islam terhadap penganjuran demontrasi anti-fatwa yang didalangi kumpulan Katagender dan FoodnotBombs beberapa hari yang lalu serta kenyataan yang menghina keputusan fatwa yang telah dibuat oleh Woman Aid Organisation dan Sister In Islam sebelum ini.
*******
KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan peringatan keras kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".
Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan pihak terbabit cuba melawan perintah Tuhan dan mencabuli asas syariat Islam.

"Siapa kita ni sampai nak lawan dia (Allah). Handal sangat kita nak lawan Allah?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran London Fish Tales di sini hari ini.
Beliau mengulas NGO bukan Islam mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".
Baru-baru ini, NGO tersebut, Katagender dan FoodnotBombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah keputusan majlis itu mengharamkan perlakuan 'pengkid'.
Pada 23 Oktober lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau "pengkid" kerana gejala tersebut di kalangan remaja perempuan Islam di negara ini semakin membimbangkan.
Nik Abdul Aziz berkata beliau meminta mana-mana pihak tanpa mengira NGO Islam atau bukan Islam agar tidak campur tangan mengenai fatwa yang telah dikeluarkan. Malahan beliau kesal dengan orang perempuan Islam yang tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka sehingga terlibat dalam gejala pengkid itu. "Mereka merupakan benih. Apabila orang Islam tidak hidup mengikut cara Islam jadi orang bukan Islam mula berani kata depan kita," katanya. BERNAMA
Nur Aflah:
"Pusingan pertama untuk membantah perlakuan menghina keputusan fatwa sudahpun dilakukan. Pusingan seterusnya yang lebih getir lagi adalah untuk menonjolkan keindahan dan keharmonian ajaran Islam. Semoga kita semua akan terus komited untuk mempertahankan kedudukan dan kesucian Islam di negara ini."
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
Majlis Fatwa Kebangsaan disokong mengeluarkan fatwa, tetapi fatwa tinggal fatwa, bila Big Boss 'batuk' je semua diam.
ReplyDeleteAlhamdullilah...semuanya telah bersuara...w/pun bukan tok guru.......sepatutnya turut dihighlihghtkan dalam posting sdri.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteUntuk pengetahuan Adibeta, sebelum ini saya telah highlightkan perkara tersebut dalam posting di bawah :
KLIK DI SINI
Mohon laluan Pn. Aflah, izinkan sy selitkan posting sy mengenai perkara ini. TQ.
ReplyDeletehttp://al-brangi.blogspot.com/2008/11/macamana-jabatan-agama.html