GABUNG SIVIL DAN SYARIAH


Undang-undang lazim dan undang-undang syariah di negara-negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam boleh diharmonikan melalui penggabungan kedua-dua mahkamah sivil dan syariah.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, pendekatan itu mampu direalisasikan kerana hakim yang sama boleh mendengar kedua-dua kes sivil dan syariah manakala peguam bukan Islam berhujah mengenai isu yang melibatkan undang-undang syariah.

Kata beliau, pengharmonian undang-undang itu boleh menjadi kenyataan kerana kini pakar yang bukan beragama Islam sudah lama menceburkan diri dalam bidang perbankan, kewangan dan takaful Islam.

‘‘Hasilnya penguatkuasaan undang-undang syariah dalam perbankan Islam berjaya mewujudkan banyak produk berasaskan Islam termasuk akaun simpanan, akaun semasa, kad kredit, takaful dan sukuk yang tidak pernah dibayangkan kewujudannya 50 tahun lalu.

‘‘Dengan ini, penentuan sama ada undang-undang syariah itu sebenar-benarnya berlandaskan Islam, maka sesebuah negara tidak seharusnya berundur ke belakang untuk melihat perbezaannya,” katanya ketika membentangkan syarahan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Harvard baru-baru ini.

Beliau dijemput menyertai program Pengajian Undang-Undang Islam bagi membentangkan syarahan Al-Razzaq Al-Sanhuri bertajuk ‘Mengharmonikan Undang-Undang Lazim dan Undang-Undang Syariah di Malaysia: Satu Pendekatan Praktikal’.

Abdul Hamid turut menegaskan, beliau percaya perkembangan sama boleh berlaku tanpa prejudis di negara-negara yang majoritinya umat Islam.

Menurut beliau, di Malaysia, undang-undang syariah mengambil pendekatan dengan menyerapkan undang-undang sivil asalkan ia tidak bercanggah dengan prinsipnya.

Abdul Hamid turut menarik perhatian bagaimana konflik timbul apabila sesuatu isu melibatkan bidang kuasa mahkamah syariah tetapi salah satu pihak merupakan bukan Islam (yang mana mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa membicarakannya), mahkamah mana akan mendengarnya.

Beliau turut membangkitkan persoalan mahkamah mana yang akan membicarakan sesuatu kes apabila isu yang dihujahkan terletak di bawah bidang kuasa kedua-dua mahkamah sivil dan syariah.

Selain itu, Abdul Hamid juga membuka satu persoalan lain iaitu mahkamah mana yang harus mendengar kes yang dibicarakan di mahkamah syariah yang turut mengandungi isu-isu perlembagaan.

‘‘Jalan penyelesaiannya ialah dengan menggabungkan dua sistem mahkamah yang mana kes-kes sivil akan didengar oleh hakim sivil dan sebaliknya.

‘‘Apabila kes itu melibatkan kedua-dua isu sivil dan syariah, ia harus didengar oleh dua hakim iaitu hakim sivil dan syariah,” katanya.

Dalam melontarkan pandangannya itu, beliau turut melihat ketidakseragaman dalam lingkungan undang-undang syariah sendiri kerana ia melibatkan mazhab.

‘‘Kita tahu salah satu sebab yang membawa kepada perbezaan pendapat di antara Imam Maliki dan Imam Abu Hanifah adalah kerana faktor geografi.

‘‘Kini tidak lagi kerana segala maklumat mengenai fakta atau undang-undang boleh dinilai oleh semua pihak dalam tempoh yang singkat.

‘‘Keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa di Asia Barat, Eropah atau di mana-mana sahaja boleh diketahui oleh ulama serata dunia apatah lagi adat resam kini lebih bersifat global,” jelasnya.

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Salam!
    Ini Off topic sikit tapi berkenaan apa yg berlaku kini.
    Kementerian Pelajaran main politik. Ramai pelajar dapat corot Sains... Yang kesian anak2 yang tak tahu politik tu apa... ramai tak A utk matapelajaran Sains..
    Apa nak jadi Malaysia kita nih...

    ReplyDelete
  2. Perlembaga Islam itukan ada .(perlembagaan Madinah).
    Dunia islam itu berlainan hanya umat Islam boleh tentukan perundang.

    Orang bukan Islam tidak tahu beza antara bersih dgn suci.

    Pandangan dia sama?

    Kata beliau, pengharmonian undang-undang itu boleh menjadi kenyataan kerana kini pakar yang bukan beragama Islam sudah lama menceburkan diri dalam bidang perbankan, kewangan dan takaful Islam.

    Sebab itu mereka ini boleh bermain dengan fatwa.
    Untung dia ambil banyak,bila beri sikit,katanya urus niaga tidak untung .
    Keuntungan, tidak boleh tetap(Riba).
    Bila kita tanya,soal margin keuntungan, dia kata tidap pasti.
    Anggaran juga tidak pasti.Sebab tidak boleh tetap.(RIBA)
    Kalau tidak boleh tetap sekalipun.
    Margin keuntungan itukan ada dlm niaga.Anggaran bagi tahun-tahun sudah,Kadaran semasa.
    Margin keuntungan itu bukan nya bermaksud sudah tetap.
    Ianya berupa anggaran.
    (Tipu Alam).
    Negara Islam lain tentu faham dan memberi keuntungan sewajar,kalau di Malaysia inilain jadinya,mau tipu...tipu hukum...
    Hukum ini lain bukan boleh dicampur aduk.
    Macam Kes Anwar hukum apa hendak pakai?
    Orang Cina mana tahu hukum.
    Orang Islam sendiri,lagi pakar......tidak mahu rujuk kpd undang-undang syariah.
    Hendak cerita pasal hukum.
    Universiti Harvard ini ( Pakar Yahudi).

    ReplyDelete
  3. Islam adalah agama lengkap dan sepanjang zaman...agama yg dinamik ....sesuai utk semua...sampai kiamat...takde lagi agama lain lepas Islam...sebab dia dinamik...menuntut manusia utk berfikir mencari penyelesaian sesuai dengan zamannya....utk mencari kebenaran dan keadilan.

    Pada saya...hukum syariah perlu dikemaskini dgn hukum sivil utk mencari cara penyelesaian yg sepatutnya mengikut zaman. Pada zaman Rasullullah, keadaan tak secanggih sekarang....pendekatan penyelesaiannya juga berbeza...dan pada zaman Rasullulah...undang2 yg paling sempurna dan adil adalah undang2 syariah pada zaman itu....

    Undang2 sivil...pada saya adalah undang2 yg diciptakan manusia hasil pemikiran manusia utk menyelesaikan masalah terkini...dgn penemuan2 sains dan teknologi...ia diintegrasikan dalam undang2 sebagai bukti kepada sesuatu kes...

    Undang2 Islam (syariah) juga sepatutnya menggunapakai pendekatan2 ini sepaya ia selaras dengan zaman sekarang...sehala dgn perkembangan sains dan teknologi...kerana Islam adalah agama utk sepanjang zaman....

    Jadi adalah tepat...pada saya...utk menggabungkan undang2 syariah dan sivil...supaya Islam itu sesuai sepanjang zaman.....

    Wallahualam....

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.