BUKAN ISLAM BOLEH JADI AHLI PAS?


Kepimpinan tertinggi PAS telah membincangkan secara mendalam kemungkinan membuka keahlian bersekutu kepada bukan Islam dalam PAS.

Ia merupakan atara dua agenda utama yang dibincangkan sesi permukiman pimpinan PAS selama tiga hari di Langkawi pada hujung minggu lalu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang turut menghadiri sesi permukiman tersebut.

Menurutnya, isu keahlian tersebut perlu dibincangkan dengan mendalam dan terperinci dalam siri-siri pertemuan pimpinan PAS.

Katanya, ini kerana ianya melibatkan dasar PAS yang harus dibawa ke muktamar tahunannya dan memerlukan pindaaan perlembagaan parti.

Isu keahlian bersekutu bukan Islam dan langkah mengukuhkan hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat, menjadi topik perbahasan panas dalam muktamar parti yang ke-54 di Ipoh Ogos lalu.

Usul membabitkan perkara tersebut turut diluluskan oleh perwakilan muktamar tersebut untuk diperhalusi oleh kepimpinan parti.

Kelab Penyokong

Sejak 2004, PAS telah menubuhkan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang dianggotai oleh penyokong bukan Islam di peringkat negeri, dengan keahliannya kini mencecah 18,000 orang.

Berikutan sokongan yang menggalakkan dari kalangan pengundi bukan Islam terhadap calon PAS dalam pilihanraya umum Mac lalu, Dewan Pemuda PAS pusat melangkah setapak lagi dengan menubuhkan Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP) yang dilancarkan di pejabat agung PAS di ibunegara Sabtu ini.

Menurut Mohamed Daud lagi, sesi permukiman itu dihadiri oleh anggota Majlis Syura Ulama dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Mereka termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Menurut beliau lagi, pimpinan PAS juga turut membincangkan bagaimana untuk memperkukuhkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

"Kita perhalusi lagi syarat-syaratnya. Kita akan memanggil pimpinan pelbagai peringkat, duduk sekali.

"Kita fikir masak-masak (bagaimana) untuk memperkukuhkan Pakatan," katanya.

Sumber : Malaysiakini

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Salam,

    Ini barangkali dilema yang terpaksa dihadapi oleh parti Islam seperti PAS.

    Hendak terima orang bukan Islam sebagai "ahli biasa", mungkin tidak boleh, kerana PAS adalah sebuah "parti Islam".

    Hendak terima mereka sebagai "ahli bersekutu", yang boleh bersuara, tapi tidak boleh dilantik sebagai pemimpin misalnya, mungkin tidak sesuai juga; kerana ini meletakkan mereka sebagai "ahli kelas dua".

    Hendak mengekalkan mereka "sebagai kelab penyokong PAS" sahaja, mungkin mereka tidak mahu kekal dengan status itu selama-lamanya.Mereka saya kira hendak diterima sebagai "ahli biasa" -- bukan sebagai ahli kelab penyokong sahaja.

    Jalan keluar? Saya fikir tidak ada, kecuali jika PAS dapat menarik mereka "masuk Islam" terlebih dahulu. Tapi inipin tidak praktikal juga.

    Jadi buat sementara, PAS barangkali hanya mungkin membanyakkan dan menguatkan kelab penyokong PAS sahaja. Itulah jalan keluar yang praktikal.

    ReplyDelete
  2. Keadaan ini juga saya kena fikir,kena beri buah fikiran jangan duduk hentam ...

    Pertama:

    Wujudkan dua keahlian.

    SATU -AHLI PAS YANG AHLINYA TERDIRI DRP UMAT ISLAM.
    KEDUA-AHLI PAS YANG TERDIRI DRP BUKAN ISLAM.
    BUAT SYRAT HENDAK JADI MENTERI KENA BERSUNAT DAN MASUK ISLAM.
    AJAR DIA NIAT MANDI WAJIB.

    SAYA SUDAH LETIH SANGAT HARI INI.
    NUR AFLAH TOLONG SAYA,BINCANG DGN YANG DIPERTUA PAS PUSAT,SAYA HENDAK TIDUR AWAL,
    LGIPUN MALAM INI ,MALAM JUMAAT.
    SAYA HENDAK BACA YASSIN/ZIKIR.

    ReplyDelete
  3. Nur Aflah,

    Pada pandangan saya isu keahlian dalam parti PAS perlu dibincangkan dengan mendalam dan terperinci demi menjaga kekuatan dan halatuju parti dimasa hadapan.

    Sebelum ini PAS selalu mengutarakan tentang melayu dan islam dalam kempen mereka. Apakah PAS kekurangan ahli sehingga membuka ruang kepada bukan islam dan bangsa asing..? Apakah PAS akan menjadi parti pelbagai kaum dan agama dalam Malaysia...?

    Walau pun ingin menambah ahli mestilah ditapis dulu sebelum diterima menjadi ahli. Janganlah seperti UMNO menerima ahli baru, cukup mengisi borang keahlian dan wang RM1.00, orang gila pun boleh jadi ahli parti.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.