WANITA MENGANDUNG PUN MAHU DIBUNUH?

Mayat isteri dihumban dalam perigi manakala mayat suami disumbat dalam tong besar berisi air selepas disembelih!

Begitulah kejamnya pembunuh pasangan penoreh getah warga Thailand, Anuar Dahman, 27, dan isterinya yang hanya dikenali sebagai Hasmah, 18, di rumah agak tersorok, kira-kira dua kilometer dari jalan besar di Kampung Banggol Chengal, Peria dekat sini, semalam.

Mayat mereka ditemui sepupu Anuar, Nik Noh Nik Soh, 48, bersama anak lelakinya, Raof Harun, 11, ketika datang ke rumah mangsa untuk mengajak pasangan itu menoreh jam 6.30 pagi. Nik Noh berkata, dia pergi ke rumah mangsa untuk mengajak mereka menoreh sebelum menggeletar ketakutan sebaik menemui mayat isteri sepupunya yang hamil tiga bulan dalam perigi, dipercayai dibunuh berhampiran rumah mangsa.

Berikutan itu, dia bergegas ke kampung berhampiran kira-kira dua kilometer dari situ untuk mendapatkan bantuan tanpa menyedari sepupunya turut mati dengan mayatnya disumbat dalam tong besar di depan rumah. Katanya, dia yang dua tahun mengambil upah menoreh getah di kampung itu mulanya mendapati rumah berkenaan agak gelap dan tidak melihat sesiapa dalam rumah, namun tidak mengesyaki kejadian buruk menimpa pasangan itu.

“Tidak lama kemudian, anak saya menjerit ketakutan apabila melihat mayat Hasmah dalam perigi yang digenangi darah.”

Rumah mangsa yang kira-kira dua kilometer dari jalan besar agak tersorok dari rumah penduduk lain dengan laluan ke kediaman mereka yang berbukit hanya sesuai dilalui pacuan empat roda. Rumah kongsi didiami pasangan itu sejak bekerja di situ, terletak di puncak cerun bukit dalam kawasan kebun getah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata pihaknya mengesyaki pembunuhan itu berlaku antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Menurutnya, pasangan terbabit mengambil upah menoreh di kebun getah milik penduduk tempatan, sejak dua bulan lalu.



“Mayat Anuar ditemui dalam tong berisi air dengan kepala di bawah dan kaki ke atas, manakala mayat isterinya pula dalam perigi berhampiran rumah dalam keadaan berkemban.

“Setakat ini, polis masih menyiasat motif pembunuhan itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun, beliau enggan memberitahu bagaimana pasangan suami isteri itu dibunuh penyerang serta jenis senjata digunakan kerana siasatan rapi sedang dijalankan dengan bantuan pakar patologi dari Kuantan, Pahang, yang dipanggil ke tempat pembunuhan itu. Namun, polis menahan seorang lelaki warga Thailand berusia 21 tahun untuk disoal siasat.

Sumber : Harian Metro


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. Manusia zaman ni macam takde perasaan terhadap perihal kemanusiaan. Jahil.

    ReplyDelete
  2. Bila hilang pertimbangan akal budi,

    hinalah perlakuan manusia itu,

    bahkan lebih hina daripada mahkluk

    bernama binatang!

    ReplyDelete
  3. Mohon bicara

    Pernah x kita rasa perasaan macam tu dalam keadaan yang macam tu?
    Rasa macam nak sangat bunuh orang (seseorang) namun akhirnya kita berjaya menahan perasaan tu?
    Pernah x?

    Kita x tau apa hujung pangkal cerita ni.Pasti ada sesuatu di sebaliknya.

    ReplyDelete
  4. Biasanya pembunahan kejam itu berlaku disebab oleh kehilangan ingatan manusia.
    !.Pengaruh Dadah.
    2.Rompakan yang terdesak.
    3.Ajaran sesat.

    Kalau guna Bom C4 itu agaknya jenis apa pula?
    Berkecai lah harapan kita untuk melihat Negara kita aman.
    Kalau dipimpin oleh manusia DURJANA........
    RUNTUH AKHLAK.
    RUNTUH AGAMA.
    RUNTUHLAH NEGARA (C4)
    BUKANNYA NEGARA - G7

    ReplyDelete
  5. Salam..
    walau apa pun alasanya,.. pembunuhan itu adalah sangat kejam.. hanya Allah yang dapat membalas dan menghukum pembunuh yang tak berhati itu.

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Janganlah kita sewinang-winang
    mencabut nyawa manusia yang lainnya kerana ia urusan Allah dan amat berat hukumannya.

    Tak kira apa alasannya yang bersalah tetap bersalah..terimalah hukuman di sini atau di sana.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.