PERASMIAN PENGHARAMAN HINDRAF!


Berkuatkuasa hari ini, HINDRAF ‘dirasmikan’ sebagai pertubuhan haram oleh DS Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri Malaysia bukan Burma!

“Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang," katanya dalam laporan Bernama.

Hindraf pernah mengemukakan permohonan pendaftaran pada 16 Oktober tahun lalu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan tetapi tidak diluluskan sehingga kini.

Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.

Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.

Nur Aflah : Tengah fikir, apa nak jadi pulak lepas ni?
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. Salam,

    Walaupun mereka di haramkan, kebencian orang ramai terhadap kerajaan BN mungkin naik disebabkan BN ternampak masih berkuku besi.
    Kita semua tahu banyak permintaan Hindraf walau pun caranya kadang2 melampau, berasas dan memang benar kaum india malaysia terpinggir.

    ReplyDelete
  2. Hindraf
    Mereka ini harus dipimpin

    DEMOKRASI TERPIMPIN
    (AMBIL KATA POLITIK DRP INDO)
    Memang benar kaum india malaysia terpinggir.
    SAMY VELLU TIDAK BOLEH DIHARAP.
    JANGAN LAGI GUNA MINYAK LENGA/BUNGA MELOR.
    (ZAMAN SUDAH BERUBAH ).
    MAKAN SIRIH.
    UBAH PENAMPILAN.
    PKR JUGA TIDAK BERANI NAK UBAH.
    TAKUT TERUBAH.
    DAN MEMBIARNYA MENUBUH
    Pertubuhan HINDRAF.
    SEHINGGA HINDRAF HILANG AKAL.
    SEPERTI JADI WILL-WILL(SEWIL).

    Nur Aflah : Tengah fikir, apa nak jadi pulak lepas ni?

    BAHYAK LAGI PENDITA-PENDITA HINDU AKAN KELUARKAN FATWA
    BAHAWA PERTUBUHAN ITU BERSIH LAGI SUCI SERTA HALAL.
    MACAM MANA BOLEH HARAM NYA.
    PATUTKAH ORANG ISLAM TUDUH SAYA KAFIR.
    PATUT KAH?

    ReplyDelete
  3. salam..
    pertubuhan yang ditubuhkan dengan niat yang tidak betul memang sepatutnya diharamkan kerana dikhuatiri akan membawa negara ke arah yang lebih tidak 'terurus'

    ReplyDelete
  4. Apsal permohonan mereka tak diluluskan setahun lebih(dari September tahun lepas)?

    Tak kisahlah. Selama ni pun kami bergerak secara haram(xde kelulusan ROS je).

    Pas ni tubuh pertubuhan lain. Kalu diluluskan pastiakan setiap aset(banguan, tanah dll) jgn daftar atas nama pertubuhan. Guna nama individu. So bila diharamkan, kerajaan xleh amik semua aset.

    Hampir semua aset PAS didaftar atas nama individu. Planning jangka panjang.

    ReplyDelete
  5. sokong Firazzurri! Heh!

    ReplyDelete
  6. bukan setakat kuku besi sahaja. tetapi sebagai sebuah negara yang mengamalkan politik nazisme yang dalam bentuk yang lain.

    cuba baca Mein Kampf dari Hitler & bandingkan wawasan Hitler dengan apa pengalaman yang diharungi oleh rakyat malaysia sekarang.

    http://www.greatwar.nl/books/meinkampf/meinkampf.pdf

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Kalau Hindraf diharamkan, adakah mereka saluran lain untuk menyampaikan permintaan dan aspirasi mereka kepada pihak yang berkuasa?

    Kalau tidak ada, masalah tentu tidak selesai, kerana mereka tentu akan terus memilih cara berkonfrantasi dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  8. ayat dpd menteri tu macam justifikasi nak ISA je bunyinya.

    takkan tak de seksyen lain boleh dakwa mereka selain daripada ISA

    ReplyDelete
  9. Hindraf punya prinsip mereka sendiri, punya matlamat, punya kesungguhan.....

    pengharaman yang dilakukan sekadar untuk menyedapkan hati beberapa pihak.

    masalah yang ada tak selesai lagi, nah sekarang menambah lagi koleksi masalah....

    tahniah....

    ;-)

    SATUKAN JIWA MANUSIA, CARI PERSAMAAN WAIMA BERJUTA PERBEZAAN.
    TOLERANSI DAN DAMAI.....

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.