SIAPAKAH PILIHANMU?

Sesudah Muhammad SAW, tiada lagi pemimpin yang boleh dianggap ‘maksum’. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari dari melakukan silap dan noda. Kita bukan nabi atau rasul yang sentiasa dipelihara Penciptanya.

Apakah itu harus dijadikan alasan untuk kita menerima sesiapa juga sebagai pemimpin kita. Sesungguhnya tidak! Kita harus memilih pemimpin yang mampu memimpin dan bersedia untuk dipimpin.

Bukan sesuatu yang mudah untuk mencari pemimpin seperti itu dan tidak juga sukar untuk kita menemukan pemimpin seperti itu.

Syaratnya mudah.

Kita harus mencari pemimpin yang mencontohi kepimpinan Nabi dan bukannya mencari pemimpin yang tidak selari dengan kehendak Nabi. Jika sudah diketemu pemimpin seperti itu, mengapa harus kita beralih arah?

Adakah kerana dia tidak berharta, tidak pandai berpoya atau tidak pandai bergaya membuatkan kita tidak mahu menerimanya sebagai pemimpin? Adakah harus kita mencari pemimpin yang berharta, memiliki paras rupa atau bergaya sepanjang masa?

Jika sudah diketemu pemimpin seperti itu, lihatlah siapa dirinya, siapa isterinya, siapa anak-anaknya, siapa kawan-kawannya dan siapa musuh-musuhnya. Adakah insan-insan yang berada disekelilingnya itu atau insan-insan yang dimusuhi itu seperti apa yang dipesan oleh Nabi atau seperti yang ditegah oleh Nabi?

Gunakan akal untuk berfikir, gunakan Quran untuk menilai dan gunakan Sunnah untuk menduga.

Jika tidak tahu… belajarlah, bergurulah, berbincanglah dan bertanyalah!

“Lihatlah dunia ini dari mata burung dan bukannya dari dalam tempurung!”

Berfikirlah sebelum bertindak.

Menyesal di dunia pendapatan, menyesal di akhirat tidak berguna lagi.

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Asalamualikum. Tahniah satu pandangan yg baik. Pada pendapat saya sehingga hari ini semua pemimpin(melayu) yg ada di negara ini mendakwa (dalam hati atau pun pernah diluahkan) mereka adalah yg terbaik dan berjuang menegakkan islam. Namun hakikatnya perjuangan mereka adalah semata-mata untuk "perut mereka" shj. Namun dalam keadaan sekarang apakah pilihan kita? Mahu atau tidak mahu kita terpaksa menerima pemimpin melayu yg hari ini diberi kuasa oleh rakyat, w/pun ada pemimpin melayu yg mendakwa ia bakal akan mempunyai kuasa tidak lama lagi (tetapi itu tidak pasti).Hal ini adalah lebih baik berbanding menyokong pemimpim bukan melayu yg pastinya tidak akan memperjuangkan kepentingan org melayu dan islam.Hari ini mereka mendakwa akan memperjuangkan semua tidak kira islam atau tidak, melayu atau bukan melayu, tetapi hakikatnya itu hanya omongan kosong utk meraih sokongan.Lihat sajalah Parti Gerakan, katanya parti berbilang kaum, tapi semua pemimpin atasannya adalah bukan melayu, org melayu tidak diberi peluang (kasian dr tu!!!!)

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Orang yang mencontohi Nabi, termasuk kepimpinan Nabi, mungkin boleh kita temui di mana-mana. Tapi tidak semuanya tertonjol sebagai pemimpin politik.

    Di kalangan pemimpin politik pula, kita biasanya mencari pemimpin seperti itu dalam parti Islam atau gerakan Islam.

    Tapi dalam konteks politik Melaysia, mungkin boleh juga kita temui dalam parti yang tidak bernama parti Islam.

    Marilah kita mencarinya.

    ReplyDelete
  3. Nur Aflah:
    Kita harus mencari pemimpin yang mencontohi kepimpinan Nabi saw .
    Nony:
    Hari ini mereka mendakwa akan memperjuangkan semua tidak kira Islam atau tidak .
    Omongan kosong (100%).
    PAS IS ALWAYS RIGHT.
    -(LEMAH)
    PKR -(50/50)SEMUA ADA.
    GERAKAN -TEMBERANG.
    MIC-AUTA.
    DAP-SAMSENG.
    MCA-LAUYA.
    UMNO-ALIBABA/GILA KUASA.
    PUTERI UMNO-(PEMANIS MAJLIS).

    ReplyDelete
  4. Puan Nur Aflah..
    Berkenaan dengan comment puan di dalam psoting saya yang last:

    terharu saya dengan tawaran puan.Insya Allah akan saya usahakan.Cuma kalau puan tak kisah, saya lebih selesa kalau saya membayar komisen iklan affiliates kepada puan terhadap setiap jualan daripada percuma sahaja.Segan saya.Terimakasih banyak-banyak.

    ReplyDelete
  5. cik mustapha

    dalam hal ni PAS adlh yg terbaik dari mangkuk2 yg lain.. Itu pun takleh nak fikir.

    Wahai Hamba Allah? Tertutupkah sudah hatimu mengenal yg mana islam dan yg mana bukan islam?

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.