MASA UNTUK MENGHENTAM NAJIB?


Sengaja ingin saya kongsikan perbualan saya bersama rakan saya sebentar tadi. Bual kami agak panjang dan berkisar tentang keadaan semasa ekonomi dunia. Buat masa ini, saya tidak mahu menyentuh isu ekonomi kerana ianya agak ‘complicated’ untuk di’mudahfaham’kan kepada pembaca.

Apapun, saya fikir tulisan Pak Kadir Jasin ini patut dibaca untuk memahami keadaan ekonomi semasa khususnya yang melibatkan negara ini.

Berbalik kepada perbualan saya sebentar tadi. Penghujung perbualan kami berkisar tentang Najib. Saya lebih berminat menyentuh tentang pembelian helikopter jenama Eurocopter Cougar EC725 buatan Perancis daripada isu SMS yang melibatkan Najib.

Semalam, Najib enggan mengulas lanjut tentang pembelian itu ketika ditanya oleh wartawan.

“I will give the details later,” jawab ringkas Najib pada wartawan.

Isu pembelian helikopter tersebut dibangkitkan oleh Anwar di dalam Dewan Rakyat. Maklumat pembelian itu diperolehi dari Pengerusi Mentari Services, Kapten (B) Zahar Hashim.

Ertinya, kita sudah tahu maklumat itu daripada siapa berbanding SMS antara Najib dengan Shafie yang disiarkan oleh MalaysiaToday.

Pembelian itu menjadi isu kerana beberapa sebab :

1) Kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter, walhal pembida lain menawarkan helikopter berkeupayaan sama pada nilai yang jauh lebih menjimatkan.

2) Harga tender yang ditawarkan Eurocopter bagi 10 helikopter itu adalah RM2.317 bilion dan adalah harga yang paling tinggi. Mentari Services, melalui syarikat induk Kelowna Flightcraft menawarkan helikopter buatan Rusia Mi-172 KF pada harga RM898 juta, manakala syarikat pembuat Nuri, Sikorsky dari Amerika Syarikat, menawarkan helikopter alaf baru S-92 pada harga RM1.452 bilion.

3) Kerajaan dilaporkan tergesa-gesa meluluskan tender Eurocopter walhal ujian penilaian ke atas keempat-empat helikopter belum selesai dijalankan. Bahkan, kerajaan enggan melakukan ujian penerbangan ke atas helikopter Kelowna dan Sikorsky.

4) Belum pun proses penilaian selesai dijalankan dengan tiba-tiba arahan diberi pihak tertentu supaya Letter of Intent (LOI) dikeluarkan kepada Eurocopter. LOI ini ditandatangani seorang pegawai menengah di Kementerian Pertahanan pada 15 September 2008, iaitu dua hari sebelum Najib Tun Razak berpindah ke Kementerian Kewangan.

5) Pengerusi Mentari Services, Kapten (B) Zahar Hashim, mempersoalkan kebijaksanaan Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan meluluskan perolehan Eurocopter tanpa melalui fasa percubaan sepenuhnya.

6) Pembelian helikopter dari Perancis itu menimbulkan keraguan kerana sebelum ini, pembelian kapal selam dari Perancis juga telah dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan Altantuya Sharibu.

Rakan saya memberikan alasan mudah kenapa isu pembelian helikopter ini dibangkitkan oleh Anwar. Sekarang adalah masa untuk menghentam Najib sebelum Najib ditabal sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6.

Saya kurang setuju dengan pendapat itu. Pada saya, kebenaran perlu ditegakkan tanpa mengira siapa, bila dan di mana kemungkaran itu dilakukan.

“Kita tidak tahu lagi cara Najib memerintah bila dia jadi orang nombor 1 kat negara ini. Silap haribulan, tiada siapa yang berani menulis yang ‘bukan-bukan’ lagi. Kalau Najib praktikkan semula apa yang Mahathir buat sewaktu memerintah dahulu, kita sudah tahu apa akan jadi pada ‘kebebasan’ bersuara di negara ini.” ujar rakan saya lagi.

Saya terus terfikir.

Mungkin ini masa untuk pembangkang menghentam Najib. Bukan masa untuk Najib menjawab segala tohmahan yang dibuat ke atas dirinya. Tempoh 5 bulan baki pemerintahan Abdullah bukanlah suatu tempoh yang lama jika bersandarkan pada situasi politik semasa.

Najib seakan sudah pasti akan menang tanpa bertanding kerusi Presiden UMNO jika tiada isu besar dikaitkan dengan Najib. Dengan baki mesyuarat Bahagian yang masih ada, sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah pencalonan yang dilihat lebih memihak kepada Najib.

Pakatan Rakyat pula dilihat semakin sukar merealisasikan impian mereka menggulingkan kerajaan sekarang. Sejak Abdullah memilih untuk berundur, hubungan antara BN yang dilihat retak dahulu, kini kembali bertaut semula. Mahu atau tidak mahu, api kemarahan rakyat pada Najib yang mula malap itu perlu ditambahkan unggunnya lagi.

Kalau tidak, terpadam pula api ‘reformasi’ nanti.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. Ya, masa utk menghentam Najib supaya dia rasa macamana Pak Lah rasa.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Najib bagi pihak Kerajaan sepatutnya bersedia dengan alasan kukuh (jika ada) bagi pembelian ini. Sekiranya tidak, ini akan membawa padah kepada Najib.

    ReplyDelete
  3. SEBENAR TUHAN SUDAH TUNJUKKAN KEPADA UMUM.JELAS........................
    WAJAH SEBENAR SIAPA NAJIB,ANAK-ANAK DAN ISTERINYA.
    KITA TIDAK PERLU PASANG unggun API.
    IANYA TELAH TERPASANG DAN AKAN MEMBAKAR DIRINYA SENDIRI,SEMENJAK KES LIWAT DAN SEBELUMNYA.NASIB UMNO AKAN TUMBANG BUKAN MAIN-MAIN INI FAKTA.
    LILIN ISA- JUGA SEDANG TERBAKAR.
    KES LIWAT - SEDANG TERBAKAR.
    KES MINYAK PETROL JUGA TERBAKAR.
    KES PEMILIHAN -BAKAR.
    PAK LAH TERBAKAR.
    TNB MEMANG TERBAKAR.
    BOM C4 SUDAH TERBAKAR.
    AHLI-AHLI UMNO SEDANG BERMAIN DENGAN KAYU PEMBAKAR.
    UNTUK BUAT KAYU ARANG.
    UNTUK MEMCONTENG MUKA SENDIRI.
    LIHATLAH LIHAT..LIHATLAH.
    APAKAH INI FAKTA ATAU AUTA???????

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Janganlah ada niat untuk menghentam..menegak kebenaran harus terkedepan..

    ReplyDelete
  5. Why salahkan Najib atas pembelian Eurocopter? Siapa yang dapat this deal? If it is SCOMI yg dapat maknanye Pak Lah yg dapat and not Najib.

    ReplyDelete
  6. bukan menghentam para ilmuwan semua..Ini adlah kebenaran..bahawa Najib ni tak sesuai jd Perdana Menteri..Mustapha dah jelaskan..Ape lg yg kamu org tak caya ni..??

    Memang hati dah tertutup ke wahai hamba Allah sekalian?? Nuraflah..salah tajuk tu. Maaf ye.

    Najib seorang yg tidak berakhlak, takkan sy yg kurang akhlak ni nak kan seorg imam yg tak berakhlak. Biar la imam sy memimpin sy menjadi berakhlak. Jgn la nak sangka baik benda yg buruk..Hodoh namanya tu.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.