PERLANTIKAN 'HOT' SENATOR DIPERTIKAIKAN!
Pelantikan semula Norhayati Onn sebagai Senator yang pernah menimbulkan kontroversi dengan bekas Ahli Parlimen Gombak memperlihatkan kedegilan Umno dalam mementingkan sahsiah dan akhlak pemimpin mereka.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, Umno masih dengan sikapnya yang tidak mementingkan soal akhlak dan moral dalam kepimpinan walaupun mereka sudah kerugian dalam tsunami pilihan raya lalu.
"Umno tetap Umno masih tidak ada perubahan dasar dan perjuangan Umno tidak kukuh tidak menunjukkan satu kesedaran, " katanya ketika dihubungi.
Katanya, pemimpin yang mempunyai sahsiah yang baik dan bermoral wajar dijadikan asas kepada pemimpin kerajaan untuk dijadikan contoh terbaik kepada rakyat.
"Sepatutnya kerajaan yang bermaruah tidak mengambil beliau (Norhayati), ramai lagi pemimpin yang lain boleh diangkat, kena buktikanlah di mana Kerajaan Islam Hadhari?" tegas beliau.
Norhayati pernah menimbulkan kontroversi berhubung isu gambarnya dengan bekas Ahli Parlimen Gombak malah kes 'nusyuz' suami beliau masih dibicarakan di Mahkamah Syariah Shah Alam.
Beliau sebelum ini dilantik sebagai senator pada 14 Oktober 2005 untuk tempoh tiga tahun. Bagaimanapun Norhayati dikatakan telah mendapat surat pelantikan semula senator pada 22 Oktober lalu.
Sumber : Harakah Daily
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Salam:
ReplyDeleteKerajaan Islam Hadhari.(liberalisme)
Secara amnya, liberalisme mengutamakan hak-hak peribadi serta kesamarataan terhadap peluang untuk semua. Falsafah ini ingin membentuk satu masyarakat yang mempertahankan pemikiran yang bebas untuk setiap orang, batasan kepada kuasa khususnya kuasa kerajaan dan agama, kedaulatan undang-undang, pendidikan awam yang percuma, kebebasan bertukar fikiran, ekonomi pasaran yang memberikan kebebasan menjalankan perusahaan peribadi dan sistem kerajaan yang terbuka yang melindungi hak-hak semua rakyat secara adil dan saksama.[2] Di dalam masyarakat moden, mereka yang liberal mengemari sistem pengundian yang adil dan terbuka di dalam sistem demokrasi liberal di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang dan peluang yang saksama untuk berjaya. Liberalisme digunapakai oleh hampir kesemua demokrasi Barat.
Peribahasa kita hari ini.
Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul.
Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga.
UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA.
morality is irrelevant in politics. thats the fact, live or die with it
ReplyDeleteSalam Aflah,
ReplyDeleteInilah yang dinamakan sebagai Aksi Bodoh Dalam Bengong!!!
Saya suka tunggu komen dari saudara azli shukri...
thx!
Salam,
ReplyDeleteUMNO tentu tidak kekurangan tokoh wanita yang lebih "baik" daripada Norhayati. Tapi dia barangkali dilantik semula kerana pengaruh bapanya seorang orang besar UMNO (Kalau tak salah masih lagi "Pengerusi Tetap).
Jadi inilah politik dalam UMNO. Percaturan kuasa dalam parti itu memungkinkan seorang yang sepatutnya "dibersarakan" dilantik semula.
Apakah kesannya?Mungkin UMNO akan dicemik dan dibenci oleh rakyat.
Baguslah kalau begitu!
Kalau dulu2 senator dilantik dari kalangan pakar dalam beberapa bidang, terkini senator dilantik dari golongan 'pakar' jugak. PAKAR dalam bidang ..........fikirlah sendiri
ReplyDelete