MAHATHIR MULA BIMBANGKAN 'BUDAK' NAJIB!

Dalam ‘posting’ terbarunya, Tun Mahathir menulis :

“Saya diberitahu Najib juga mempunyai penasihat muda yang amat berpengaruh terhadapnya. Mereka ini mempunyai hubungan rapat dengan menantu Abdullah dan Tingkat Empat, bahkan mereka adalah daripada kumpulan yang sama.”

Jika budak tingkat 4 Abdullah dikaitkan dengan syarikat ECM Libra, budak tingkat 4 Najib pula dikaitkan dengan Ethos Capital.

Tun memberitahu,

“Apakah Ethos, yang juga terlibat dengan Tingkat Empat, akan menjadi seperti ECM-Libra? Ethos Capital, sebuah syarikat pelaburan jenis Equity Capital tidak banyak berbeza daripada hedge fund. Mereka amat berminat untuk dapat sebahagian dari tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sekarang berjumlah RM300 bilion untuk mereka mengurus pelaburannya, kononnya dengan pulangan 40 peratus. Najib mungkin ingat bagaimana Orange County di California menjadi bankrap kerana pelaburan dalam hedge fund.”

Manakala blogger Herman Shamsudeen pula menulis,

“Sehari selepas saya mendedahkan Menteri Kewangan yang baru ini akan mencedok segala duit Kerajaan dan rakyat, tetapi apa yang kita tidak tahu adalah 2 hari sebelum ummat Islam mahu menyambut hari raya Kerajaan (kementerian Kewangan) telah sibuk mengeluarkan 3.5 Billion duit kerajaan yang didepositkan di dalam Bank Bank komersial di Malaysia dan telah memindahkannya ke dalam bank CIMB yang mana kita sedia maklum bank tersebut dimiliki adik Menteri Kewangan iaitu Nazir Abdul Razak.”

“Mengapa transaksi ini dibuat secara terburu buru? 2 hari sebelum Raya dan hari pertama Wall Street mengalami kejatuhan teruk semalaman. Mengapa perlu dipindahkan hanya BANK CIMB? Tidak cukup dengan memindahkan 3.5 Billion duit kerajaan kepada CIMB Bank, tidak sampai 2 minggu sekali lagi Najib mengumumkan 5 Billion lagi digunakan untuk menyuntik kedalam Valuecap iaitu sebuah syarikat pelaburan Kerajaan?” [seterusnya, klik sini]

Nur Aflah : Hmmm.. alahai. Pi Mai Pi Mai.. tang tu gak nampaknya :-(

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. SALAM:
    SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.DIA ORANG BOLEH BERMAIN DENGAN DUIT/WANG BERJUTA-JUTA SEPERTI DAUN KERING YANG BERGUGURAN,DIPIJAK-PIJAK DENGAN KAKI.ORANG UMNO SEMUA SAMA.

    PERIBAHASA KITA HARI INI.

    Tingkat Empat.

    ORANG YANG BERKEDUDUKAN TINGGI TETAPI MEMPUNYAI SIFAT YANG KEJI.

    ReplyDelete
  2. Sambung sikit lagi.............
    KALAU:

    Budak tingkat 4.

    BUDAK SURUHAN YANG BERKEDUDUKAN TINGGI YANG MEMPUNYAI SIFAT YANG KEJI.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    TDM dok bimbang buat apa lagi, kalau tengok situasi semasa maknanya kita agak terlambat kerana isteri org ini bakal menjadi Wanita Pertama Malaysia 2009..

    thx!

    p/s: kalau dah rusak....rusaklah juga yer...

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.