PENYOKONG BN BOIKOT ANWAR?

“Ucapan perbahasan sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Bajet 2009 di Dewan Rakyat semalam selepas 11 tahun 'meninggalkan' Parlimen, gagal menarik perhatian penyokong kerajaan apabila ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) keluar masuk dewan sepanjang ucapannya hampir lima jam itu.”

“Hanya Ahli Parlimen BN dari Batu Pahat, Dr Puad Zarkashi dan Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan), yang mencelah ketika Anwar berucap.”

“Malah, ada ketikanya hanya seorang menteri, dua timbalan menteri dan tidak sampai 10 Ahli Parlimen BN berada di dalam dewan ketika Anwar berucap, selain beberapa menteri kelihatan mundar-mandir di lobi Parlimen atau berada di kafe.”

Itulah bunyinya laporan Berita Harian yang mendapat rating tertinggi hari ini.

Apa lagi yang hendak kita perkatakan. Gelagat ahli parlimen BN semalam sudah dapat kita jangkakan. Mereka jelas tidak berminat untuk mendengar perbahasan yang dibuat oleh Anwar. Malah, Menteri Kewangan yang baru juga tidak mendengar hujah yang dikemukakan oleh Anwar.

Posting ini bukan hendak membela Anwar. Jika benar Anwar dibenci oleh ahli parlimen BN, tetapi Anwar juga mewakili sebahagian besar suara rakyat Malaysia yang mengundi Pakatan Rakyat. Apa yang ingin disampaikan oleh Anwar mungkin berguna dan boleh digunapakai untuk kebaikan negara. Apa salahnya mereka mendengar daripada melepak di café atau lobi parlimen?

Apa gunanya ahli parlimen bersidang jika semua yang disampaikan oleh parti pembangkang dianggap tidak betul, menipu, tidak boleh pakai atau retorik semata-mata?

Sudah tiba masanya ahli parlimen yang mewakili suara rakyat bersikap lebih matang dalam mendengar dan membahaskan hujah yang dikemukakan dalam Dewan Rakyat. Kepentingan rakyat dan negara perlu diutamakan daripada kepentingan parti.

Hujah yang baik perlu disokong, tidak kira siapapun yang mengusulkannya samada dari parti pemerintah ataupun dari parti pembangkang.

Ingatlah pesan Raja Ali Haji dalam Gurindam 12 peninggalannya :


Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.

Barangsiapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.

Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiada jemu.

Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.

Apabila anak tidak dilatih,
jika besar bapaknya letih.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Assalamualaikum,

    1. Apa gunanya kita memilih orang-orang yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka ? Di Parlimen, berbahas merupakan satu-satu caranya untuk membawa dan membincangkan masalah rakyat. Sekiranya apa yang dibahaskan tidak diambil peduli, apa gunanya Parlimen.

    2. Ahli-ahli BN juga mengambil sambil lewa apa yang diutarakan oleh pihak pembangkang sedangkan kemungkinan wujudnya idea-idea yang bernas yang boleh digunapakai oleh Kerajaan. Mungkin BN masih merasa selesa dengan "kemenangan" mereka di PRU lepas.

    ReplyDelete
  2. entahlah, bila difikirkan...wujudkan pemimpin yang betul dan kering2 tekak berbahas untuk kepetingan rakyat terbanyak. Nak dengar pandangan org pun tak mahu..camana? Lebih rela jadi bebal nampaknya! FahamkaH mereka akan sistem pentadbiran negara, di mana di dalamnya terdapat pemimpin dari kedua2 pihak...pembangkang dan pemerintah yang dipilih rakyat untuk membela rakyat.

    Kadang2 bila dah menang bentuk kerajaan, boleh pula anggap yg menang sebagai pembangkang sebagai pengacau dalam pentadbiran. Memang bengong jugak yer. BUkahkah itu terangkum dalam sistem pentadbiran. Mereka juga menikmati gaji seperti mana ahli parlimen di pihak pemerintah!

    entah.. tak paham. boleh sesapa tolong fahamkan saya. tolong lah

    ReplyDelete
  3. entah.. tak paham. boleh sesapa tolong fahamkan saya. tolong lah:

    Dua orang itu akan masuk PKR.
    Tuhan lebih sayang kita
    Bersabarlah.
    Tuhan sudah tunjukkan kita.
    Siapa sebenarnya jembalang.
    Hantu.
    Syaitan.
    Kita juga akan masuk gelanggang politik.
    Berjuang ada dasar kebenaran bukan kebendaan.(Bukan seperti AliBaba).

    ReplyDelete
  4. 5 jam lama sgt tempoh utk berucap, paling tak 1-2 jam aje. Melainkan ada isu-isu yang membuatkan dewan rakyat terangkat...

    Rimas tengok Ibrahim Ali dalam dewan rakyat.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.