NIK AZIZ : ISLAM SURUH BERDEBAT BUKAN BERDALIH!


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata debat terbuka bagi memilih pemimpin negara atau mana-mana organisasi wajar dijadikan amalan di negara ini.

Beliau berkata, menerusi debat terbuka, rakyat atau pengundi dapat menilai kredibiliti seseorang calon sama ada layak atau tidak untuk diangkat sebagai pemimpin asalkan ia dijalankan secara berhemah dan menerusi kaedah tertentu.

"Debat terbuka memang digalakkan Islam... Islam menggalak kita berhujah, berdalil dan berdebat untuk memilih pemimpin, berdalih saja tak boleh," katanya selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK), di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, Islam bukan saja menggalakkan perdebatan terbuka dengan bukan Islam dalam mencari kebenaran mengenai perkara berkaitan agama, malah debat sesama Islam juga digalakkan supaya rakyat memahami visi yang dibawa pemimpin terbabit.

Sumber : Berita Harian

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Salam Aflah,

    macamana la si botak jerlun tu nak berdebat, sebelum ni pun bapa dia yang dok bagi 'point' sebab tu kalau kita dengar dia cakap confirm skrip dah hafal kalau tak kosong saja la tapi macam ni pun orang AMNO suka...

    hancussssssssssssssss!!!!

    thx!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.