BILA PAK LAH NAK BERUNDUR?

Ketika berada di luar negara, isu politik tanahair yang selalu menjadi topik perbualan kami adalah:

1) Kenapa misi 916 Anwar gagal?
2) Bila Pak Lah nak letak jawatan?
3) Who will be the next TPM?

Teka-teki pertama dan kedua seakan sudah terjawab. Bila membaca laporan Malaysiakini yang bertajuk “Petanda PM tidak bertanding presiden” dan juga tulisan top blogger yang lain, seperti sudah sah Pak Lah akan menyerahkan jawatannya dalam masa terdekat dan bukannya 2010.

Persoalannya kini, bilakah masa yang sesuai bagi Pak Lah menyerahkan jawatan PM kepada Najib?

Ada yang menjangkakan sebelum atau selepas Mac 2009. Namun, saya lebih cenderung menjangkakan Pak Lah akan melepaskan jawatannya sebelum Mac 2009. Ini kerana jawatan Timbalan Presiden UMNO sudah mula menjadi rebutan sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini :

“Ini memandangkan kedua-dua merupakan 'orang dalam' (Zahid dan Mohd Ali Rustam) yang pastinya mengetahui perkembangan terkini dalam Umno dan kerajaan.”

Sudah pasti, Pak Lah dan Najib sudah berbincang mengenai tarikh yang sesuai mengenai peralihan kuasa antara mereka berdua. Pengumuman oleh Pak Lah yang sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia beberapa hari sahaja lagi seakan sudah diketahui butiran terperincinya.

Bagaimanapun, adakah majoriti rakyat Malaysia sudah dapat menerima Najib sebagai PM ke 6 atau adakah rakyat Malaysia bakal menyaksikan keruntuhan mutlak kerajaan UMNO dan Barisan Nasional selepas ini?

Mungkin video di bawah boleh menjelaskan ‘beban berat’ yang akan menghantui karier politik Najib selepas ini…

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. SENARIO POLITIK MALAYSIA SUDAH SAMPAI KEPENGHUJUNGNYA,SATU MEKANISMA BARU AKAN WUJUB.
    POP-LITIK KUCAR KACIR AKAN BERLAKU KERANA PEREBUTAN KUASA.
    POLITIK ADALAH MEMCARI KUASA KEBENDAAN.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.