BENARKAH DR. ASRI MAHU BERSARA?


Terperanjat seketika bila membaca kisah Dr. Asri yang mahu menamatkan kontraknya sebagai Mufti Perlis lebih awal di Mstar.

Kononnya, Dr. Asri mahu ke luar negara kerana beliau kecewa dengan pergolakan politik tanahair dan sikap ahli politik lebih mementingkan kepentingan peribadi dari kepentingan rakyat.

Jika laporan ini benar, saya harap Dr. Asri akan terus menyumbangkan buah fikiran serta tegurannya yang bernas demi kebaikan ummah dan masa depan Islam di negara ini.

Jika beliau belum membuat keputusan muktamad, saya harap beliau akan terus berada di negara ini kerana negara ini memerlukan lebih ramai ulamak muda seperti beliau yang berani untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Khabar ini sebenarnya sudah lebih lima bulan berlegar di negeri Perlis, cuma alasan pencen awal kerana kecewa dengan situasi politik semasa itu masih boleh diragui kerana menurut seorang sahabat di Jabatan Mufti Perlis menyatakan adanya sebab-sebab lain yang lebih murni untuk beliau menamatkan kontraknya sebagai Mufti Perlis. Namun begitu, beliau saya jangkakan akan terus memperjuangkan apa yang sedang dan telah diperjuangkan sebelum ini walau apapun posisi semasa beliau.Sekurang-kurangnya ramai yang telah terkesan dengan apa yang didakwahkan beliau.

    thx!

    ReplyDelete
  4. Teruskan perjuangan walau tiada jawatan.
    Jawatan hanya di dunia.
    Yang penting jadi orang Alim.
    atau Tuan Guru.
    Boleh juga jadi Ahli PAS.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.