Kisah penyokong Hindraf mengunjungi rumah terbuka PM dan menteri kabinetnya di PWTC beberapa hari lepas masih menjadi topik hangat di media massa mahupun blog.
Pak Lah nampaknya kecewa dengan sikap penyokong Hindraf itu dan kononnya, hanya seorang sahaja penyokong Hindraf yang mengucapkan Selamat Hari Raya kepadanya. Selainnya hanya mengucapkan “Bebaskan Hindraf, Hapuskan ISA”.
Akhbar Utusan beberapa hari lepas memaparkan “Hindraf Melampau” sebagai tajuk utama akhbar mereka dan kini, Hindraf dilaporkan mahu menyaman akhbar Utusan dan meminta Syed Hamid Albar memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan yang menyinggung Hindraf.
Pada pendapat anda, siapakah yang bersalah dalam hal ini?
- Blogger Comment
- Facebook Comment
2 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
PM yang bersalah kerana membuat rakyat kecewa/gelisah/tidak tenteram dengan isu ISA.
ReplyDeleteJangan jadikan ISA Untuk kepentingan Politik.
ISA -hanya sesuai untuk - keganasan (mengunakan senjata api/bom).
Gubal undang-undang Baru ;
1.Isu seperti perkauman.
2.Gunakan undang-undang yang sedia
ada seperti akta hasutan.
3.Masalah agama Islam gunakan
mahkamah syariah.
4(1)Logik ker Isu Raja Petra dirujuk di bawah tahanan ISA
4(2).Kerana desakan :Raja petra dibawa bicara.
Pak Lah kata:
Menteri lain tidak boleh campur urusan Kementerian Dlm Negeri. Bidang yang tidak sama.Sedangkan bidang kehakiman yang menentukan hukum.
Sekarang sudah terbalik.
Pemimpin yang menjatuhkan HUKUM KARMA.
SEBAB YANG GUBAL UNDANG-UNDANG ADALAH KERAJAAN PEMERINTAH.
SIAPA YANG BERKUASA.
PELIK TETAPI BENAR.
Bagi saya, secara peribadi, ia agak melampau.
ReplyDeleteKalau ya pun nak kasi beruang dan kad kepada PM, tak perlu sampai bawa 1 pasukan baju oren.